Alhamdulillah !! Akhirnya kerajaan umumkan juga cuti perlepasan tambahan sempena mengundi tu. Kalau semalam SPR dengan rasminya dah umumkan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh Pilihanraya yang ke-14 dan juga cuti peristiwa khas untuk sesi persekolahan pada hari berkenaan.
Tapi macam tak seronok pun ada juga hari mengundi ni jatuh tengah-tengah diantara hari bekerja tu. Isnin, Selasa kerja ! Rabu off .. Khamis, Jumaat masuk kerja balik. Kan best kalau dapat penambahan cuti sehari dua lagi tu. Mesti lagi meriah ramai yang dapat balik kampung. Dapat berkumpul ramai-ramai keluar mengundi sama-sama seperti sebelum ni. Tiadalah terasa tergesa-gesa diorang nak kena balik KL, Johor semua tu. Tapi bila dah camni rasanya mesti ramai juga yang tak dapat balik tu. Sekolah pun cuti sehari je.
Semakan tempat mengundi boleh dibuat mulai 14 hingga 16 April 2018 melalui pautan https://pengundi.spr.gov.my
Sana-sini orang masih lagi persoalankan pasal hari penetapan pilihanraya tu. Kenapa Rabu?? Kenapa tidak Sabtu? Kenapa 9 Mei .. Kenapa camtu, kenapa camni dan kenapa tidak camni hahaha. Walaupun pihak SPR dah menyatakan alasan pemilihan tarikh dan hari itu dibuat masih ramai yang masih persoalkannya kan.
baru la betul hari raya. dapat cuti hehe betul la, sepatutnya bagi la cuti lama sikit kan. lepas mengundi kene kerja semula
BalasPadam| blog aimanabdullah |
CikAsh xleh kelik..abe mengundi sini... nak kelik seorang susah hati la
BalasPadamTak sabar nak balik mengundi di kampung, ni kali pertama bagi husniey
BalasPadamHehe
Kesian bagi yang bekerja susah nak manage masa tu.. Kalau dapat buat hari weekend Jumaat atau Sabtu atau Ahad okay lagi
Tarikh yang dinantikan rakyat Malaysia...
BalasPadamsakit tarikh tu & menyusahkan banyak pihak
BalasPadamfinally dpt public holiday kannnn
BalasPadam