Perdana Street Foods Hotel Perdana JOM !!

Mac 23, 2018
Perdana Street Foods Hotel Perdana JOM !! | Kalau nak tahu ini firsttime ciktie join Perdana Street Foods dekat Hotel Perdana ! Sebelum sampai tu memang langsung tak terbayang camne sebenarnya program ia tu. Selepas hampir dua minggu sibuk dengan urusan kerja #tanpacutihujungminggu tawaran Perdana Street Foods ni ku terima tanpa banyak soal. Dapatlah hilangkan tension sekejap sebelum kembali sambung urusan kerja balik..



Hmmm cara penyusunan booth diorang cukup sistematik! Sebaik saje sampai dekat sana, kita akan diberikan kertas pesanan makanan. Ia boleh juga diperolehi dari kaunter. Dekat kertas itu sudah tercatat semua menu dan harga bagi setiap menu yang disediakan itu. Kita hanya perlu pilih dan tandakan menu yang kita ingini selepas meninjau booth makanan yang berada kat situ kemudian serahkan kembali kertas pesanan makanan itu ke kaunter. Nanti diorang akan bagi kupon berdasarkan menu yang kita tanda tadi selepas kita membuat pembayaran. Langkah seterusnya silalah ke booth menu yang telah kita pilih untuk menukarkan kupon tersebut dengan makanan. Itu je !! Senang dan mudah je kan..


Ini baru sebahagian tau

Sebenarnya ada banyak pilihan makanan yang telah disediakan dekat situ. Kalau tak silap ada dalam 13 atau 14 jenis menu termasuk minuman camtu la. Itu belum lagi termasuk senarai menu yang kecil-kecil bawah ia tu tapi disebabkan terlalu banyak tu sampai tak tau nak pilih hikhik dalam tak tau tu merasa juga ciktie makan laksa utara. Sedap! Cukup masam, cukup garam ! Kuahnya pun pekat. Memang puas hati sangat la !! Berbaloi sangat lunch tu tak ambil makanan berat hehe

Laksa Utara

ABC, ais kepal buah-buahan dan 2 jenis dessert itu pun tak kurang hebat juga. Crepe Suzette dan Sweet Pasta yang diorang sediakan tu pun unik je pada pandangan ciktie. Lain dari yang lain. Kalau korang nak tahu macamana rasanya tu jangan lupa singgah Hotel Perdana  Kota Bharu untuk rasainya sendiri. Bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari. Program Perdana Street Foods ini berlangsung dari 15 Mac 2018 sehingga 15 April 2018. Sebulan tau.. kebetulan sekarang ini musim cuti persekolahan jadi rebutlah peluang ini untuk sama-sama merasainya bersama keluarga dan insan tersayang!

Ais Kepal Buah-buahan

ABC


Sweet Pasta

Crepe Suzette

Lok-lok

Colek buah

Ikan bakar


Kway teow kerang

Lagi satu yang menariknya dekat Perdana Street Foods ini, menu Dim Sum turut disediakan. Ia didatangi dalam 3 set! Jadi kita boleh pilih set mana yang kita nak atau kita boleh je pilih kesemua ketiga-tiga set Dim Sum tu kalau kita nak kan 😅😅! Tapi set 3 telah menjadi pilihan malam tu. Not bad jugalah rasanya walaupun ciktie bukanlah seorang pengemar Dim Sum.



Jadi korang tunggu apa lagi ? Sambil-sambil menikmati hidangan tu boleh juga tenangkan fikiran. Bertempat di Anjung Terrace Hotel bersebelahan kolam renang ianya memang selesa sangatt! ala-ala santai je rasanya. View kat situ pun cantik tau  




Itu je kot !! Tapi kalau korang nak dapatkan  info lebih lagi korang boleh layari sesawang www.hotelperdanakotabharu.com

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#hotelperdanakotabharu
#hotelperdana
#perdanastreetfood
#streetfood












Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Menu yang menyelerakan... Boleh la try bila pergi KB..

    BalasPadam
  2. cantiknya deco, makanan pun best belaka :D

    BalasPadam
  3. memang ok sangat dia punya tawaran.
    layout pun nice dan tidak crowded.
    memang kalau sape yang datang kb, kena datang #perdanastreetfood ni.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com