Kalau cari barang tak jumpa atau tetiba hilang memang stress! Sakit hati ! Dah la nak cepat nak marah orang je rasanya. Mulalah berkumat-kamit mulut tu. Habis semua barang disepahkan dan dum dam dum dam haha. Sebenarnya apa jua benda yang kita nak buat itu kenalah dalam keadaan tenang barulah ok. Barulah kita boleh berfikir dengan rasional tak mau marah-marah walaupun memang akan marah hushh sabar ye! Kalau memang ada rezeki lagi ia akan tetap kita jumpa cuma kena slow-slow jangan gopoh-gapah ye.
Sambil-sambil cari tu mohonlah pertolongan dari DIA. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.
Doa Agar Barang Hilang Ditemui Semula !
Ya Allah
Engkaulah tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan
mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya.
Ya Allah, kembalikanlah kepadaku barang-barangku yang hilang
kerana barang-barang itu adalah pemberianMu kepada hambaMu.
Ya Allah, tuhan yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.
kalau hati yang hilang macam mana pulak? :P
BalasPadamTerima kasih share..selalu hilang kunci..
BalasPadamIn sha allah... good sharing.. semoga kita2 sama2 dapat mengamalkannya
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamperkongsian yang bagus dan berpahala nih
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian awak Cik Tie..
BalasPadamHuhuhu tak terfikir masa tahun 2010 masa cincin tunang harga ribu2 hilang dek kerana kurus huhuhu
BalasPadamazah pernah amalkan doa ni, jumpa duit yang hilang tapi bila azah amalkan doa ni, kucing azah tak balik balik juga. mungkin dia dah takde dekat dunia ni :((
BalasPadamNice sharing, boleh la zumal amalkan...
BalasPadam