Isnin, 19 Mac 2018

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan | Haiii assalamualaikum dan selamat tengahari korang! Banyak orang buat kenduri-kendara cuti-cuti sekolah sekarang ni kan. Jalan pun dah jem. Sabarlah menghadap jem tu ye hehe ciktie pun sama dengan korang juga ni. Sabar jelahhh. Musim cuti sekolah ni memang tak lepas dari jem dan orang buat kenduri-kendara kan.. 


Oklah takmau cerita pasal jem atau pasal kenduri-kendara lagi. Tapi ciktie just nak share pasal 3 Perkara Yang Perlu Disegerakan dalam hidup kita. Benda ni selalu je kita dengar orang berpesan-pesan cuma kali ini ciktie pula nak tinggalkan pesanan buat korang semua pula..

Yang Pertama sebaik mendengar azan! Segeralah kita menunaikan kewajipan kita terhadap-Nya. Memanglah kerja tak pernah habis kan tapi sebenarnya kalau kita tinggalkan sekejap pekerjaan kita itu untuk mengadap-Nya. Ianya lebih baik. Kita pun lebih fresh..idea pun lebih bernas. Kerja kita lepas itu pun lebih tenang 😄😄

Yang ke-2, sebaik sahaja berlaku kematian! Sebaiknya jangan ditangguhkan lagi kerana kita telah dijemput oleh-Nya. Tapi semestinya itu adalah detik terakhir kita di dunia ini. Dan sebolehnya kita inginkan semua orang ada saat itu sebabnya kita tak pasti samada lepas ini kita bakal berjumpa lagi atau tidak.

Dan yang terakhir sebaik sahaja bertemu jodohnya! Yalah karang timbul fitnah susah pula nak hentikan mulut mak bawang cik bawang semua tu. Biasalah ada antara kita ni yang tidak-tidak tu suka nahhh 

Ok, itulah 3 pesanan ciktie buat korang semua kali ni ye. Ok, dah..


26 ulasan

  1. Akak setuju dengan awak.. perkara pertama tue, kalau boleh disegerakan dapat pahala lebih.. perkara kedua memang takkan ada tangguh lagi.. dan yang ketiga tue, hihi akak no komen.. kalu boleh segerakan lagi bagus kan.. bukan saja makcik bawang, pakcik bawang pun takleh kata apa-apa..

    BalasPadam
  2. Thankyou atas pesanan ciktie
    Memang kena selalukan ingat pesanan macam ni bagi muhasabah diri sikit

    BalasPadam
  3. tq ciktie. peringatan yg sempurna hari ni 1 Rejab.
    in shaa Allah...

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk ingatan ni. Terkadang kita alpa . Betul, kalau kita jaga solat tepat pada waktunya, hati kita akan tenang :)

    BalasPadam
  5. wah... ringkas tapi padat! haha. terima kasih atas perkongsiannya, ciktie! perkongsian yang ringkas tapi cukup terkesan. ialah dalam kesibukan mencari hal dunia, memang perlu juga diseimbangkan dengan amalan untuk akhirat juga!

    BalasPadam
  6. yang no.3 tu bila nak jumpa xtahu lah..haha

    BalasPadam
  7. Betul..setuju..semua tu perlu diuruskan tanpa sebarang penangguhan cuma bab jodoh tu..hehehe...calon dah ada..tarikh x tau bila..acaner tu..

    BalasPadam
  8. Baik. Pesanan ringkas yg berguna. Kdg2 ada je yg tidak menghormati azan. Yang mana perkara baik tu eloklah diamalkan. Moga diterima amalan baik kita. Amin

    BalasPadam
  9. nice sharing

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    BalasPadam
  10. yg pertama tu mmg wajib...segerakan solat itu lebih afdal, thanks for the reminder tauuu :)

    BalasPadam
  11. 3 perkara yang sangat penting dalam hidup untuk seorang muslim. Terima Kasih ciktie, mengingatkan satu sama lain :)

    BalasPadam
  12. nice sharing... tp akak slu leka ngan azan... hukhuk....

    BalasPadam
  13. Well said on this 3 things must do and lately a lot of issue about makcik2 bawang... sound annoying ya and seems like they are really free to be like those makcik bawang. - Rach

    BalasPadam
  14. Setuju dengan semua perkara. Suka no 3 kalau jodoh kena dipercepatkan. Kalau x melepas lah
    Heheh

    BalasPadam
  15. Bagus pesanan satu dgn dua tu.Yang ketiga tu susah last mask tau itu jodoh atau tidak. Asyik nak percepat sbb takut mak cik bawang tapi lepas kahwin sendiri merana buat apa.

    BalasPadam
  16. terima kasih atas pesanan ciktie ni. sama-sama la kita beringat kan. cuma part jodoh tu takde lagi la. agaknya jodoh masih belum lahir kot.. hehe

    BalasPadam
  17. So true your write up. The third one usually is a norm as people definitely will make fake statement or gossip. There are no wrong finding someonw in your life. As long not ppl wife or husband.

    BalasPadam
  18. hurm.. number 3 tu..lambat benar

    BalasPadam
  19. Terima kasih diatas ingatan. Betul2 tu terutama yang melibatkan kematian. Jadi insaf sekejap. Penting saling mengingatkan

    BalasPadam
  20. Yang nombor tiga tu!!! Hahahahahaaa.. Belum bertemu jodohnya

    BalasPadam
  21. Betul, lagipun tak elok kalau dalam hidup kita dok tangguhkan apa-apa. Benda baik jangan lengahkan.

    BalasPadam
  22. Terima kasih untuk peringatan ini, kenkadang kita sebagai Manusia, sentiasa terlupa...

    BalasPadam
  23. Betul tu..3 pekara yg kena dipercepatkan...jangan bertangguh..tak baik.

    BalasPadam
  24. Yang ketiga itu i boleh relate! sebaik sahaja bertemu jodoh cepat cepat ngapp, mana tau kan nanti out of control, opppsss.

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah perkongsian bermanfaat buat semua...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.