Khamis, 8 Februari 2018

Terpaksa Berkejar Tak Seronok

Haiii assalamualaikum dan selamat pagi korang. Hari ini dah hari ke-8 untuk bulan ke-2 kita di tahun 2018. Plan nya konon nak update 2 entri setiap hari untuk bulan ni tapi nampak gayanya susah sikit la. Terpaksa berkejar! Bila terpaksa buat kerja dalam keadaan camni memang langsung tak seronok. Bukan je tak seronok tapi juga memenatkan. Bila dah jadi camni hasilnya pun hmmm macam melepaskan batuk di tangga pun ada. Kalau ikut istilah lain janji ada kan tapi kepuasannya ?

Sebenarnya perkara inilah yang cuba ciktie elakkan. Tak kira nak buat apapun  yang penting jangan terlalu berkejar. Tapi bila dah terpaksa tu nak buat macamana kan. Kena cuba cari jalan penyelesaiannya la. Ok, bila dah berkejar tu kita buat kerja pun dalam keadaan terburu-buru. Bila dah camtu mulalah kita stress. Tangan nak buat itu ini dalam waktu yang sama fikiran nak kena fikir apa lagi apa lagi. Tak ke haru namanya tu hehe tapi kalau dah camni hmm ubatnya tidur jelahh bagi ciktie. Kalau korang camne pula..

Oklah untuk mengatasi masalah tak sempat nak update 2 entri setiap hari ni nampaknya ciktie kena kembali kepada plan asal bulan Januari hari tu la. Cuma mungkin kalau ada masa terluang tu entri ke-2 dan seterusnya bakal menyusul. 

Ok dahhh itu je ciktie nak bagitau untuk pagi ni. Oohh ye ciktie nak minta tolong korang like & follow Page Facebook ciktie ni boleh tak?? Nanti ciktie akan buat benda yang sama dekat page korang tu nanti. Page ni ciktie dah  buat lama tapi macam hidup segan mati tak mahu je 😫😫 Ciktie harap-harap ada yang sudi la ye ✌️





16 ulasan

  1. betull betull kalau buat something terkejar kejar mmg tak syiokkk

    BalasPadam
  2. dah like fb pages cik tie.. sama la yang tak kerja jadi nak update blog mood kelaut lagi kesihatan x ok sikit ni

    BalasPadam
  3. rileks cik tie..ikut mcam cik nor ...klu rajin updates..klu mls dok diam2 jer..hhaha

    BalasPadam
  4. terbaek.. semoga dipermudahkan buat entry..:)

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

    BalasPadam
  5. betul. mmg sgt x seronok dan sangat2 la penat jadinya nnt

    BalasPadam
  6. klu ciktie rajin, satu hari buat dua entry tapi schedule kan dia.. so dia akan auto post

    BalasPadam
  7. kak fiezz target satu hari satu entry..tu pun kdg tak terkejar..bznyaa plus kdg tak ada info/idea nak up cerita apa kat blog..

    BalasPadam
  8. have a nice day ciktie ... slow slow update blog, jgn blog bersawang dah ... mmg kena komited kalau nak update 2 entry sehari kan ...

    BalasPadam
  9. kak fiezz target satu hari satu entry..tu pun kdg tak terkejar..bznyaa plus kdg tak ada info/idea nak up cerita apa kat blog..

    **done like page cik tie ;)
    Klu free2, like page k.fiezz (@fiezasanidotxyz)

    BalasPadam
  10. kak fiezz target satu hari satu entry..tu pun kdg tak terkejar..bznyaa plus kdg tak ada info/idea nak up cerita apa kat blog..

    **done like page cik tie ;)
    Klu free2, like page k.fiezz (@fiezasanidotxyz)

    BalasPadam
  11. sama la kita ciktie... cikyan kononnya nk update entryy tiap hari, tp xblh jugak laaa.. busy sgt !

    BalasPadam
  12. Heheeh sama lah kita ciktie.. Hajat hati bulan ni nak buat entry paling teruk 1 entry sehari tapi nanhadooooo..

    BalasPadam
  13. bijok ciktie.
    wt so so, klu dp gak stress la

    BalasPadam
  14. Good luck ciktie,moga segalanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  15. nak update 2x sehari masa busy tu memang mustahil tapi kalau ada waktu senggang, terus update 3 atau 4 entry lepastu draft je. Nanti tinggal publish hehe

    BalasPadam
  16. klu tak mampu jgn paksa..
    bt sekdar termampu je cikti
    nnt memudaratkan kesihatan pulak

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.