Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu
Mengisahkan Tengku Aqilah seorang anak yang telah disisihkan oleh bapanya sendiri, Tengku Hisham hanya kerana bapanya tidak dapat terima kenyataan isteri kesayangannya lebih memilih derita mengandungkan Tengku Aqilah daripada mengubati sakitnya. Sejak lahir dia telah disisihkan oleh bapanya. Dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa dan dia begitu mengharapkan agar dia dapat merasainya. Sejak kecil dia diajar supaya memanggil bapanya dengan gelaran 'Pak Engku'.
Sejak mamanya meninggal dia menumpang kasih Mak Kiah sekeluarga. Selepas mamanya meninggal juga dia dihantar ke sekolah berasrama penuh sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dibiayai oleh Pak Engku sendiri. Itupun disebabkan amanat arwah isterinya. Tengku Natasha yang cemburu dengan kejayaan adiknya telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan bapanya telah meminta supaya sekembalinya Tengku Aqilah ke tanah air dia perlu bekerja sebagai tea lady merangkap penyambut tetamu di pejabat bapanya itu. Kila juga tidak dibenarkan tinggal di rumah bapanya.
Disebabkan amanat arwah mamanya dan keingginannya sendiri, Tengku Aqilah telah menerima tawaran Pak Engku bekerja di syarikat bapanya itu. Disebabkan wajahnya yang lebih mirip kepada arwah mamanya dia telah mengenakan mekap dan rambut agogo untuk menyembunyikannya. Disini juga dia bertemu dan mengenali Tengku Ryan Ameer jejaka kacukan Inggeris-Melayu. Memangku tempat bapanya Tengku Hashim yang juga adik kepada bapanya. Merangkat kekasih kakaknya.. mereka pantang bersua pasti akan bertekak!
Suatu hari Ku Ryan telah excident dan Qila telah menyelamatkannya. Dari situ Qila bertemu Paksu Hashimnya. Seperti mamanya Paksu Hashimnya juga pergi meninggalkannya. Sebelum meninggal Paksunya telah meninggalkan wasiat supaya Ku Ryan berkahwin dengan Qila bagi membolehkan Ku Ryan mendapat kembali saham 40% tu.
Dalam tempoh tak sampai 6 bulan perkahwinannya, Ku Ryan sebenarnya telah jatuh hati dekat Qila. Ketiadaan Tengku Natasha disamping bapanya yang sedang sakit juga telah membuka sedikit ruang dihati Pak Engku! Oklah sampai sini jelahhh ye. Apakah kesudahan hubungan Tengku Natasha dengan Ku Ryan dan dapatkah Qila menunaikan amanat arwah mamanya itu ??. Kalau nak tahu jangan lupa dapatkan novel ni di kedai-kedai buku berhampiran ye. Kalau tak nak korang boleh juga saksikan kesudahan cerita ini dekat Astro Ria dan RiaHD setiap Isnin hingga Khamis 10.00 malam.. Lakonan Dato' Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.
Hee best kan. Ika pun dah baca banyak kali :)
BalasPadamTak pernah baca novel dia tapi sekarang memang tengah layan drama ni. Tak boleh miss. sedih kan novel ni org ckp
BalasPadamMmg menarik sinopsis cerita ni..pernah jgk tgk x asyik skip pas baca sinopsis ni rasa nk tgk tanpa skip 😬
BalasPadamsama.. my fav jgk novel ni... bila dah adaptasi drama.. even tau tak kan sebest novel tapi nganga jgk malam2 tgk even mata xleh bukak.. haha
BalasPadamNak kena cari ni, sebab rumah xde tv jadi membaca je la
BalasPadamdah terjebak dengan cerita ni jugak sbb ada tertengok haritu..macam menarik cerita dia..baca sinopsis ni baru tahu kenapa pak engku tak suka Qila..sbb tak tengok dari mula..hehe
BalasPadam