Kenduri kesyukuran di Kg. Bechah Hangus

Februari 26, 2018
Sabtu lepas pergi kenduri dekat Ketereh! Kg. Bechah Hangus. Majlis kenduri kesyukuran sempena menyambut menantu. Nasib baik hari tu jalan clear je tiadalah ciktie makan jem tengah-tengah jalan hehe..

Tahniah Aziz dan pasangan

Keluar rumah dalam pukul 11. Dalam pukul 12 lebih-lebih sikit camtu sampai sana. Plus minus lebih kurang 2 jam la pergi balik. Sejam pergi dan sejam balik heheeh Sebenarnya itu adalah first time ciktie drive sendiri pergi Kg.Bechah Hangus. Sebelum ini asyik lalu je jalan besar depan tu. Tak pernah pun singgah. Bukan taknak cuma tak sempat.


Putri, Kak Dah, My Mom, Kak Nak, Mok Su

Kebetulan kenduri ni jatuh hujung minggu tiada masalah sangat la nak pergi. Tapi kalau jatuh hari kerja kena fikir juga la. Kalau tiada aral melintang mungkin boleh pergi kan..

Tak dapat bergambar dengan pengantin. Dapat bergambar dengan pengapit pun jadilah

Apapun tahniah my cousin dan selamat menempuh alam berumahtangga. Semoga jodoh ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin. Maaf juga tak sempat nak jumpa pasangan pengantin hari tu. Kebetulan sampai awal dan masing-masing dah kekenyangan takut terlelap pula 😄😄 Ingatkan sempat la dengan rombongan perempuan a.k.a orang belarok tapi tak
apa la insyaallah nanti kita boleh jumpa juga nanti. Bukan hari tu mungkin hari lain. Betul tak..


Sedap gulai daging umbuk kelapa tu. Terasa macam nak makan lagi la 😌😌. Rempahnya cukup. Dagingnya pun lembut. Ayam masak merah pun ok cuma cam terlebih garing sikit la. Keras sikit! Nasib baik ambil seketul je hehe.. Pandai diorang bajet! Ayam potong kecil-kecil. Senang la kita nak makan pun.



Ikan kering pun halus-halus je hehe. Tak masin pun. Itu yang sedap tu. Nasib baik masa sampai tu orang tak ramai mana. Boleh la menikmati hidangan dengan senang hati hikhik





Oklah korang cukup la buat kali ni. Sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Dahhh


Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

  1. Selamat pengantin baru buat Aziz dan pasangannya, semoga berbahagia hingga ke Jannah...

    BalasPadam
  2. paling best dapat makan free kan..hihihi..

    BalasPadam
  3. ala seronoknya makan lauk kenduri.. nak jugak makan lauk kenduri..best tu...lama dah xmkn lauk knduri..lagi2 kalau ada ayam masak merah...auuuchhh !

    BalasPadam
  4. simple ja kan! senang majlis mcm ni

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baruuu buat sepupu =)

    BalasPadam
  6. Selamat Pengantin Baru kepada sepupu Cik Tie..Selamat menempuh alam rumahtangga ;)

    BalasPadam
  7. Selamat Pengantin Baru kepada sepupu Cik Tie..Selamat menempuh alam rumahtangga ;)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com