Ahad, 4 Februari 2018

Festival Thai Malay Ekspo

Festival Thai Malay Ekspo | Lena betul budak kecil ni tidur. Penat agaknya ikut ciktie dengan maknya pergi Festival Thai dekat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tengahari tadi. Hari ini adalah hari terakhir dah karnival ni. Festival ini sebenarnya dah bermula dari 29 Januari 2018 lagi tapi hari ini baru ciktie berpeluang pergi. Siapa yang nak datang atau yang tak datang lagi karnival ni bolehlah datang sekarang. Ia masih lagi dibuka sehingga 12 malam ni.

Ciktie

Sebenarnya ciktie nak pergi semalam  tapi semalam kan Sabtu! Hari cuti mesti lagi ramai orang. Dengan nak parking lagi mesti susah. Itu yang pergi hari ini.  Nasib baik masuk tadi parking senang nak dapat. Orang pun ramai juga masa ciktie sampai tadi mungkin sebab masa tu tengah lunch kan.

Colek

Memang dah niat nak pergi sana nak beli colek! Jadinya ciktie usha-usha la colek apa yang ada kat sana. Ushhh ramai betul orang kat situ. Tempat lain ada orang juga tapi tiadalah camtu ramai. Adik akak abang semua pakat serbu kat situ. Ciktie nak celah masuk tengok pun susah. Terpaksa tunggu jelah dulu.. bila dah ada peluang baru celah-celah masuk hikhik

Colek

Banyak juga colek buah yang ada kat situ. Ada buah mempelam, betik, belimbing, jambu batu, jambu air,  limau bali, nenas, kelubi, buah sto, buah cermai, celagi apa lagi ekk lupa dah banyak sangat hehe. Harganya Rm5 je semangkuk! Membukit sorang-sorang punya mangkuk tadi.

Buah berangan

Colek fresh

Colek buah

Festival Thai Malay Expo

Festival Thai Malay Expo

BBQ

Makanan thai

Makanan siam

Chicken Coop

Colek

Masa pusing-pusing tadi ciktie perasan ada juga asam-masin. Kategori asam juga ni hehe. Orang Kelantan memang suka asam-asam ni. Sebab tu asam masin, jeruk, colek memang femes. Sekejap je dah habis. Tapi ada juga orang Kelantan yang tak gemarkannya tapi ciktie nak kata gemar sangat tu taklah juga bergantung pada buahnya. Korang macamana pula??

Makanan thai

Somtam pun ada juga tadi tau. Teringin juga nak cuba sebab dah lama tak makan tapi kesian la pula dengan budak kecil ni kalau beli.

Somtam

Kerabu banyak tadi! Macam-macam kerabu ada. Kerabu kaki ayam, Kerabu Maggi, kerabu ayam. Kerabu apa lagi ye hehe  pendek kata semua ada. Laksa ia pun ada juga tadi. Btw siapayang nak datang derah-derah la ye.

Pelbagai kerabu

Kerabu kaki ayam



10 ulasan

  1. Aduhhh terliur la tengok makanan thai ni

    BalasPadam
  2. alaaa bestnyaa..teringinnya cikyan nak pegi festival mcm ni...tp tak pernah bkesempatan lg,,,tringin nak try tgk apa yg best kat sana..

    BalasPadam
  3. meriahnya !! saya paling suka sontam !!

    BalasPadam
  4. Pergi sini kalau tak bawak duit secukupnya memang balik nangis kat bucu katil la. Hahaha , semua sedap tapi harga pun agak mahal juga.

    BalasPadam
  5. Haritu pun ada karnival thai-malaysia food cam ni kat area rumah saya..mmg suka suka la jawabnya..sbb saya peminat kerabu maggie..hehe..tapi hritu saja try maggie tom yam versi thai..saja nak test..

    BalasPadam
  6. Haritu pun ada karnival thai-malaysia food cam ni kat area rumah saya..mmg suka suka la jawabnya..sbb saya peminat kerabu maggie..hehe..tapi hritu saja try maggie tom yam versi thai..saja nak test..

    BalasPadam
  7. Tengah tunggu festival thai di negeri CCL tahun ni .. tak sabar rasanya nak food hunter kat sana . Macam2 jenis makanan

    BalasPadam
  8. end of this month nak ke thai.
    wow! tak sabar ciktie.
    passport da siap.
    duit kat ejen pun da settle byr.
    duit belanja ajer yg lom tuko ke baht.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.