Khamis, 1 Februari 2018

Cara pos barang melalui pos laju

Hii ini bukan kali pertama ciktie menggunakan khidmat pos laju sebenarnya. Biasanya ciktie akan pergi terus je dekat pejabat pos untuk pos bungkusan atau apa-apa barang. Barang yang nak dipos tu masuk kotak pastu bungkus dengan kertas minyak siap-siap dekat rumah. Pergi pejabat pos just isi borang dan bayar je. Dah siap!


Tapi kali ni ciktie guna sampul surat pos laju saiz S berat maksimum 0.5kg! Harga dalam Rm7.50.. Dalam ni dah tersedia borang poslaju tu. Just isi pastu bawa gi pejabat pos untuk timbang balik barang yang kita nak pos ini je. Kalau timbangannya terlebih kenalah topup mana yang kurang tu. Kalau tak bagi je dekat staf pejabat pos kat kaunter tu.

Hehe sebenarnya bukan saje-saje ciktie nak tulis entri ni. Senang kalau lain kali ciktie nak rujuk balik ke kan hehe lagipun sampul camni lebih ok sebab dalam ni dah ada bubble. Barang yang kita nak hantar pun lebih terjamin. Tak mudah hancur kalau kita pos makanan seperti keropok, kerepek ke kan?? 

Itu kalau sikit-sikit la kan tapi kalau kita nak pos kerepek tu dalam kuantiti yang banyak, kita boleh je guna kotak poslaju. Pejabat pos ada sediakan kotak tu. Tapi harganya ciktie kurang pasti la sebabnya ciktie tak pernah guna. Biasa ciktie guna kotak sendirian berhad je. Ok, berbalik kepada kotak poslaju tu. Ciktie perasan ada sesetengah dari kita suka gunakan kotak tu untuk pos barang. Alhamdulillah, memang itulah yang sepatutnya. Kalau tak penat je Pos Malaysia sediakan perkhidmatan ni.

Tapiii kalau boleh kita sebagai pengirim tu masukkan dulu la barang yang kita nak pos tu dalam plastik ke dulu sebelum masukkan ia dalam kotak tu. Tiadalah penerima tu terima barang kita dalam keadaan terburai, penyek ke..hancur ke. Nak salahkan staf pejabat pos pun tak boleh juga kalau kotak barang yang kita pos tu orang terima tak sebaik sebelum kita pos kan..

Oklahh, ciktie nak sambung isi borang ni. Thanks korang sudi singgah baca entri dekat blog ciktie ni. Nanti ciktie balas setiap kunjungan korang ye. Mungkin kalau bukan sekarang nanti ciktie usahakan slow-slow ye..


11 ulasan

  1. Terimakasih atas perkongsian :)
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/segmen-jari-jemari-menari-bloglist.html

    BalasPadam
  2. cikyan tak pernah lg pos utk brg personal.. kalau brg company, hari2 pasti ada bnda yg nk dipos..

    dan ya, seeloknya letak la dlm plastik.. lebih selamat..dan xde la kne hujan kan...brg pon smpai dgn keadaan baik..

    BalasPadam
  3. pos laju punya servis makin teruk sikit..brg byk delay and lambat sampai.. apapun poslaju tetap paling common utk courier barang =D

    BalasPadam
  4. biasa memang guna pos laju prabayar ni sbb lebih senang dan cepat. kalau yg biasa nak kena timbang bagai. leceh sikit

    BalasPadam
  5. CR kalau pos bantal guna sampul poslaju yang satu lgi tp xde buble2 tu..

    BalasPadam
  6. Sekarang dah mudah, beli bungkusan je tak perlu bungkus-bungkus macam dulu

    BalasPadam
  7. Alamak macam tak sure je kalau nak pos kerepek pakai poslaju ni . Takut hancur je nanti .heheh

    BalasPadam
  8. Bubble tu memang ada siap siap kaa dalam smpul tu atau kena beli? Kalau kena beli , nk beli kat mana yea ? Sy tk biasa pos barang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dalam sampul yang itu memang dah ada. Bubble tu kita boleh beli dekat Lazada..shopee pun ada

      Padam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.