Menang Giveaway Doodle By Fazz

Februari 28, 2018 15 Comments
Menang Giveaway Doodle By Fazz
Menang Giveaway Doodle By Fazz | Alhamdulillah, rezeki pertama ciktie dekat IG pada tahun ini  Terima kasih banyak Safni Resources sebab bagi hadiah doodle notebook yang comel ni. Dah selamaat sampai dah dan ciktie suka sangat! Terasa sayang pula nak guna hehe. Terima kasih korang ! Terima kasih juga pada penganjur sebab telah memilih ciktie sebagai salah seorang pemenang ni.


Sebenarnya giveaway ini adalah sambungan daripada giveaway dekat blog fazz. Disebabkan ada yang tiada blog tapi nak join. Makanya terhasillah giveaway ini. Alhamdulillah, giveaway dekat blog ciktie tak sempat join jadinya join dekat IG je.


Amacam comel tak doodle notebook yang ciktie menangi ni? Comel kan!! Cute sangat pada pandangan mata ni. Kreatif dan berbakat betul empunya tangan orang yang mendesign ni. Kalau tunggu ciktie buatkan hmmm memang kesudah la tiada. Dah la tak kreatif tak berbakat pula haha

Kalau nak tahu banyak lagi design doodle yang comel-comel dekat Ig Safni Resources ni. Korang boleh klik sini je kalau nak tengok lain-lain design tu ye. Sampaikan rambang mata la nak pilih mana satu design untuk hadiah doodle notebook ni. Pinjam gambar ye fazz




Doodle notebook ni kalau kita buat hadiah pun ok juga kan. Nanti kita mintalah Safni Resources tu masukkan nama orang yang kita nak bagi hadiah tu dekat design doodle ni. Mesti orang yang terima hadiah kita tu happy. Benda comel siapa tak nak kan!

Kalau korang teringin nak dapatkan doodle notebook yang comel ni juga. Boleh je order dekat Safni Resources. Whatsapp je dia dekat no.phone ni 0196141973.

In Shaa Allah memang tak menyesal punya la!!

Tips Pengubat Hati

Februari 27, 2018 12 Comments
Tips Pengubat Hati
Hiii assalamualaikum dan selamat pagi. Awal ciktie update blog hari ni hehe. Selalunya sempat taip entri selepas habis waktu office je tapi hari ni nak try curi-curi masa la update konon-kononnya la ni hehe.


Tips Pengubat Hati
  1. Sentiasa bersangka baik
  2. Buang segala hasad dengki
  3. Ikutkan senyuman
  4. Sentiasa merendah diri
  5. Hiasi diri dengan sifat pemaaf
  6. Hiasi diri dengan sifat ikhlas
  7. Sentiasa hadir ke majlis ilmu
  8. Jangan tinggal ibadat


Masa kerja kat Kuala Lumpur dulu selalu sempat juga la blogwalking ke sana sini sebelum mula waktu kerja tapi sekarang tak sempat. Makin banyak kemudahan makin timbul penyakit m ni. Btw ciktie masih lagi tercari-cari masa yang sesuai untuk blogwalking ke blog korang. Thanks pada korang yang masih sudi singgah baca entri dekat sini. Seharian kerja nak berblogwalking waktu malam tu ada kalanya cam tak sesuai pun ada. Penat! Mengantuk 🤐🤐 tapi apapun itulah masa yang ada. Nak tak nak kenalah guna secara berhemah juga. Bersangka baik sudahlah la ye.

Bila kita selalu bersangka baik, hidup kita pun tenang. Tiada nak dengki-dengki dekat orang..tak puas hati dengan orang.. Kita pun lebih berfikiran terbuka. Lebih positif tiadalah nak menyalahkan orang sangat. Betul tak. Apa yang ciktie bagitau ni berdasarkan pengalaman ciktie sendiri la sebab ada masa-masanya ciktie pun down juga. 








Kenduri kesyukuran di Kg. Bechah Hangus

Februari 26, 2018 8 Comments
Kenduri kesyukuran di Kg. Bechah Hangus
Sabtu lepas pergi kenduri dekat Ketereh! Kg. Bechah Hangus. Majlis kenduri kesyukuran sempena menyambut menantu. Nasib baik hari tu jalan clear je tiadalah ciktie makan jem tengah-tengah jalan hehe..

Tahniah Aziz dan pasangan

Keluar rumah dalam pukul 11. Dalam pukul 12 lebih-lebih sikit camtu sampai sana. Plus minus lebih kurang 2 jam la pergi balik. Sejam pergi dan sejam balik heheeh Sebenarnya itu adalah first time ciktie drive sendiri pergi Kg.Bechah Hangus. Sebelum ini asyik lalu je jalan besar depan tu. Tak pernah pun singgah. Bukan taknak cuma tak sempat.


Putri, Kak Dah, My Mom, Kak Nak, Mok Su

Kebetulan kenduri ni jatuh hujung minggu tiada masalah sangat la nak pergi. Tapi kalau jatuh hari kerja kena fikir juga la. Kalau tiada aral melintang mungkin boleh pergi kan..

Tak dapat bergambar dengan pengantin. Dapat bergambar dengan pengapit pun jadilah

Apapun tahniah my cousin dan selamat menempuh alam berumahtangga. Semoga jodoh ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin. Maaf juga tak sempat nak jumpa pasangan pengantin hari tu. Kebetulan sampai awal dan masing-masing dah kekenyangan takut terlelap pula 😄😄 Ingatkan sempat la dengan rombongan perempuan a.k.a orang belarok tapi tak
apa la insyaallah nanti kita boleh jumpa juga nanti. Bukan hari tu mungkin hari lain. Betul tak..


Sedap gulai daging umbuk kelapa tu. Terasa macam nak makan lagi la 😌😌. Rempahnya cukup. Dagingnya pun lembut. Ayam masak merah pun ok cuma cam terlebih garing sikit la. Keras sikit! Nasib baik ambil seketul je hehe.. Pandai diorang bajet! Ayam potong kecil-kecil. Senang la kita nak makan pun.



Ikan kering pun halus-halus je hehe. Tak masin pun. Itu yang sedap tu. Nasib baik masa sampai tu orang tak ramai mana. Boleh la menikmati hidangan dengan senang hati hikhik





Oklah korang cukup la buat kali ni. Sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Dahhh


SriDevi dalam kenangan

Februari 25, 2018 9 Comments
SriDevi dalam kenangan
SriDevi dalam kenangan | Bintang ternama Bollywood, Sridevi Kapoor (54 tahun) meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung. Takziah ciktie ucapkan kepada keluarga dan semua peminat mendiang. Berita ini betul-betul mengejutkan kita semua bukan sahaja para peminatnya tetapi juga barisan pelakon Bollywood sendiri.

Gambar dari Google

Kalau nak tahu Ciktie juga merupakan salah seorang daripada peminat dia. Ciktie suka lakonan dan mendiang sendiri. Bukan sahaja cantik tetapi juga berbakat. Lagi-lagi dalam Nagina tu. Macam sesuai sangat watak tu dengannya.

Foto dari google

Foto dari google

Menurut HMetro mendiang telah menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai dan ketika itu beliau bersama suami (Boney Kapoor) dan anak perempuan bongsunya (Khushi).

Memulakan karier seawal usia 4 tahun dalam bidang lakonan. Kalau tak silap filem pertama mendiang adalah filem tamil iaitu Thunaivan. Kalau salah ciktie minta maaf ye. Selepas itu mendiang atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayappan terus menjadi pilihan syarikat produksi. Sepanjang penglibatannya dalam bidang ini mendiang pernah dikurniakan Padma Shri iaitu anugerah ke-4 tertinggi khusus untuk orang awam.

Dan antara filem lakonan mendiang yang ciktie suka dan berjaya melonjakkan namanya adalah :-
  1. Chandni
  2. Mr India
  3. Mawali
  4. Nagina
  5. Gumrah



Bersangka Baik

Februari 25, 2018 6 Comments
Bersangka Baik
The Secret! Siapa pernah baca atau tengok dokumentari ni? Ok yang dah tengok atau dah baca tu ok. Yang belum lagi kat sini ciktie nak share sikit mengenainya. Inipun ciktie terbaca dalam satu majalah ni. Alamakkk lupa pula majalah apa. Tak mengapalah kot kan 🤔

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Ia mengisahkan seorang pesakit kanser payudara yang sembuh daripada sakitnya dengan cara yang ajaib iaitu dia membayangkan dirinya telah sembuh lalu dia menjalani kehidupan seperti biasa dan  beberapa bulan kemudian doktor yang merawatnya mengesahkan kansernya telah pulih!

Dalam video itu juga, hanya ada 3 langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan iaitu :-
  1. Ask (meminta)
  2. Believe (menyakinkan)
  3. Receive (menerima)

Oleh itu kita disarankan untuk fokus kepada apa yang kita ingini bukan sebaliknya. Dan kekuatan fokus tersebut itu akan menghasilkan kekuatan menyakini untuk mendapatkan apa yang kita hajati itu.

Perkara ini juga sebenarnya pernah diberitahu Rasulullah SAW sebelum ini

"Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku dan aku akan menyertainya ketika ia berdoa pada-Ku" -Riwayat Muslim. 

Kita adalah apa yang kita fikirkan!! Fikirkanlah sesuatu yang sentiasa positif insyaallah yang positif itu bakal menghampiri kita ..




Merawat Masalah Gatal dan Penyakit Kulit Dengan Glow Gelenggang !!

Februari 23, 2018 23 Comments
Merawat Masalah Gatal dan Penyakit Kulit Dengan Glow Gelenggang !!
Merawat Masalah Gatal dan Penyakit Kulit Dengan Glow Gelenggang !! | Alhamdulillah, dah bertambah baik dah pergelangan tangan kita ni. Tiadalah susah hati lagi tengok pergelangan tangan sebelah kiri ni. Luka-luka ia pun dah mula kering cuma kesan lebam itu je yang masih ada. Thanks Glow Gelenggang sebab dah berjaya membantu kita merawat masalah kulit ni.


Gara-gara tak tahan gatal habis luka dan berbirat pergelangan tanganku garu. Lagi terasa gatal apabila pergelangan tangan ini terkena air atau bergesel dengan tangan baju yang lembap. Cuaca sekarang yang panas juga penyumbang utama masalah ni. Nasib baik juga ada produk Glow Gelenggang. Terima kasih sekali lagi Glow Gelenggang! Bisa gatal-gatal ni pun dah kurang. Kesan luka disebabkan asyik mengaru pun dah mula kering. Sekarang ni dalam proses nak hilangkan kesan lebam je. Kalau sebelum ini sendiri nak tengok pun cam tak sanggup.

Apa itu Glow Gelenggang

Kalau korang nak tahu Glow Gelenggang ini sebenarnya adalah produk herba organik yang dihasilkan oleh 100% bahan semulajadi yang terpilih. Ianya tanpa bahan kimia, bebas steroid dan selamat digunakan.

Dihasilkan daripada Daun Gelenggang yang bertindak sebagai agen anti-kulat paling tinggi yang membantu melegakan gatal-gatal kulit disebabkan oleh resdung dan penyakit kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta, bunga badang, alergik, kurap dan banyak lagi la. Baby yang mempunyai masalah ruam susu juga boleh digunakan tau.


6 Bahan Terpilih Yang Terdapat Dalam Glow Gelenggang

1. Daun Gelenggang (Cassia Alata)
Ia bertindak sebagai agen anti-bakteria dan anti-kulat untuk merawat penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat kulit, serangan hama, bakteria mahupun mikro.
2. Habbatus Sauda (Black Seed Oil)
Bertindak sebagai anti-histamine, anti-oksida dan anti-jangkitan untuk membantu pemulihan kulit dan penyembuhan luaran.
3. Minyak Argan (Argan Oil)
Mempunyai ciri anti-radang dan bertindak membina sel kulit baru. Kaya dengan vitamin A dan E untuk kelembapan dan elastisiti kulit.
4. Minyak Zaitun
Ia bertindak sebagai pelembab pada semua jenis kulit termasuk kulit kering, melembut dan mengurangkan kekeringan serta kekenduran kulit dimana ia mampu meresap ke lapisan dalam kulit dan menguatkan lapisan tisu.
5. Susu kambing
Bertindak mengawal dan mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan sinar UV. Ia juga boleh mencerah, melembut dan melembapkan kulit.
6. Crystal Menthol
Bertindak sebagai antiseptik yang menghalang pertumbuhan kuman, mengurangi rasa sakit. Dan yang paling penting ianya digunakan sebagai aromaterapi.

Baru masuk hari ke-2 cuba produk ni. Kita guna 2 kali sehari. Balik dari kerja lepas mandi dan juga sebelum tidur. Sapu minyak herba ni dekat tempat yang gatal. Alhamdulillah tak sangka kesannya sekali guna pun dah boleh nampak. Luka disebabkan mengaru dah mula mengering cuma apa orang panggil macam biji-biji bawah kulit yang menjadi punca gatal tu tak hilang sepenuhnya lagi tapi hari ini ianya dah bertambah baik. Dah mula hilang!

Ia didatangi khas dalam 2 item iaitu:-
1. Sabun Herba Organik (50gm)
2. Minyak Herba Organik (30ml)


Produk ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tak kira jantina mahupun peringkat umur. Pendek kata semua boleh guna. Mereka yang hamil pun tidak terkecuali. Boleh guna tau!

Jangan risau ataupun was-was tau nak guna produk Glow Gelenggang ini. Ia langsung tidak pedihkan kulit kita. Tidak juga panas, tidak berbau ubat apatah lagi berbau busuk! Dan yang paling penting ia tidak keringkan kulit. Lagi satu kelebihan produk ni ialah ianya produk homemade!  Senang cerita bagi menjamin kualitinya produk ini hanya akan dihasilkan apabila ada permintaan (made to order basic).

Minyak Herba Organik

Sabun Organik

Selepas mandi menggunakan sabun herba tu kulit pun terasa lebih lembut. Tak perlu lagi nak cari losyen hehe. Seriously memang best je kita guna set Glow Gelenggang ni. Terasa nyaman je. Rasa ia ada sedikit berangin (dingin menthol) dan baunya pun ala-ala vanilla camtu.

Produk Glow Gelenggang ini kita boleh dapatkan ia dalam bentuk set ataupun berasingan. Harga untuk setiap satu item tu dalam Rm47. Tapi kalau nak jimat kita cadangkan ambil set ia je. Rm70 dah boleh jimat rm24 kat situ. Tapiii kalau nak jimat lagi boleh guna kod promosi  SITI10 untuk dapatkan diskaun sebanyak Rm10.

Cara nak order senang je guna Whatsapp pun boleh! Jangan lupa masukkan sekali kod promosi tu ye untuk dapatkan diskaun. Dan untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Glow Gelenggang boleh hubungi

FB page : Glow Gelenggang
Website : www.glowgelenggang.com
Whatsapp : 014-5445951


5 Simkad Percuma 20 GB Dengan Mobile@Unifi

Februari 21, 2018 6 Comments
5 Simkad Percuma 20 GB Dengan Mobile@Unifi
5 Simkad Percuma 20Gb Dengan Mobile@Unifi | Buat kali pertama TM mengadakan promosi besar-besaran dengan menawarkan pakej yang cukup menarik kepada mereka yang terawal sebagai langkah pengenalan dalam memperkenalkan Unifi Mobile.  Untuk tempoh percubaan ini, TM telah menawarkan 20GB melalui rangkaian LTE secara percuma, 10 minit panggilan dan 10 sms percuma terhadap sejuta pelanggan mereka yang terawal. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2018 atau sehingga promosi ini habis!



Apa yang  menarik Unifi Mobile ini tidak mempunyai tarikh luput dan maksimum seorang boleh mohon sampai 5 simkad! Cara nak mohon senang je hanya perlu muat turun aplikasi Mobile@Unifi dekat aplikasi Google PlayStore. Jadi tunggu apa lagi? Jom la derah sebelum terlambat. Orang dah bagi percuma ni rugilah tak ambil!

Dan selepas tempoh promosi ini, ia akan ditawarkan dengan harga rm10.

Muat turun aplikasi Mobile@Unifi sekarang !!

Unifi Mobile adalah perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh TM selepas menamatkan perkhidmatan Wide iaitu perkhidmatan yang menawarkan data tanpa had dengan bayaran sebanyak Rm79 sebulan ditamatkan!

Walaupun unifi mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, pengguna perlu memastikan akaun mereka terus aktif untuk tempoh setiap 90hari.

Untuk membuat penambahan nilai, ia boleh dilakukan dengan harga bermula rm13 untuk 1GB internet asas sehingga kepada 8GB untuk rm50.
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB Internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13






Semakan Daftar Pemilih

Februari 20, 2018 6 Comments
Semakan Daftar Pemilih
Semakan Daftar Pemilih | Perang bendera dah mula kelihatan dah sepanjang kawasan Pengkalan Chepa. Kawasan lain ciktie tak perasan mana lagi. Tak sempat nak jejalan lagi. Tapi kalau area jalan #PC ni memang dah kelihatan dah dari minggu lepas.

Oren, hijau biru! Meriah juga sesekali tengok. Sepanjang jalan kiri kanan dipacakkan bendera parti yang bakal bertanding. Dah terasa mood pilihanraya dah ni. Tapi pilihanrayanya bila ye? Dari tahun lepas bawalah ke tahun ni. Dengar kata ianya akan diadakan bulan Mac! Pastu dengar kata akan diadakan bulan Jun pula. Tapi apapun ianya akan diadakan sebelum raya nanti. Tak kisah lah bila ianya diadakan tu yang menjadi isunya sekarang korang dah daftar belum? Kalau belum derah-derah la daftar. Tak tau nak daftar macamana. Caranya kat sini ye..

Bagi yang dah daftar tu pula dah semak ke tempat anda membuang undi nanti dekat mana?? Ciktie dah semak dah! Tempatnya pun dekat-dekat area ni juga. Ciktie syorkan korang semak tempat membuang undi korang ni kena dekat mana. Bukan apa senang dah tahu tempat tu awal-awal. Tiadalah kalut sangat nanti. Lagi satu kot-kot mana tau korang nak tukar tempat membuang undi korang tu ke. Sempat lagi nak buat ni.

Kalau korang nak semak tempat membuang undi korang tu klik sesawang ini http://daftarj.spr.gov.my/defaultbm.aspx

Pembayaran BR1M

Februari 19, 2018 4 Comments
Pembayaran BR1M
Pembayaran BR1M | Tahniah pada mereka-mereka yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Semakan status dah boleh dibuat mulai hari ini - 19 Februari 2018.  Dengar kata ramai yang dapat ye? Alhamdulillah, tahniah ye.. 

Untuk pembayaran ciktie tak pasti pula duitnya dah masuk atau belum. Tapi kalau status permohonan dah lulus tak mustahil duitnya dah masuk kan hmmm tah la korang. Apa kata tunggu dulu la Sampai esok ke sebelum pergi semak dekat bank tu.

Ok, siapa yang tak tau cerita tu boleh membuat semakan melalui portal ataupun sesawang  BR1M. Kalau korang nak lagi senang install je aplikasi BR1M melalui Google PlayStore. Lepas tu pilih Semakan Status. Masukkan  ic. Jawab soalan mudah yang diberikan kemudian barulah status permohonan itu akan dipaparkan.



Kategori penerima BR1M

Rm450 - bujang
Rm1200 - berkeluarga






Betul ke aiskrim ubat sakit tekak dan batuk

Februari 17, 2018 10 Comments
Betul ke aiskrim ubat sakit tekak dan batuk
Betul ke aiskrim ubat sakit tekak dan batuk | Betul ke aiskrim ubat sakit tekak dan batuk?? Jawapannya YA!  Ciktie dah cuba dan ianya berhasil. Sekarang ni cuaca panas. Sakit tekak dengan kembarnya batuk pun apa lagi mestilah nak menempel sama tanpa mengira siapa orangnya tu. Kecil besar tua muda semua disapunya tanpa tinggalkan saki-bakinya.

Bila dah mula batuk tu nak hentikan bukan main susah! Ada tu sampai menitis air mata dan muntah-muntah la. Lepas satu-satu kita usahakan supaya ianya hilang. Awal-awal tu cuba juga minum ubat batuk tapi tak menjadi. Makin teruk lagi adalah sampai satu tahap nyaris-nyaris hilang suara..lepas tu dari satu ke satu tips kita cuba sampaikan kepada aiskrim vanilla! Alhamdulillah, nampak perubahannya.

Kalau korang sakit tekak atau batuk, ciktie cadangkan cuba makan aiskrim vanilla dulu. Kalau tak berhasil barulah kita terus ke step seterusnya. Ciktie beli aiskrim vanilla hari tu pun dalam rm7 lebih je. Makan dalam 2/3 kali juga la. Tapi ianya bergantung kepada antibodi tubuh kita juga. Tak ok kat sini mungkin ok kat sana. Kat sini ciktie dah senaraikan beberapa tips lain untuk merawat sakit tekak dan batuk. Mungkin ia boleh menolong kita serba sedikit lepas ini.

Tips Merawat Sakit Tekak & Batuk


Madu. Campurkan 2 sudu teh madu bersama air suam dan perahan lemon/ asam limau. 


Strepsil dan air putih
Banyakkan minum air putih.


Kumur dengan air garam sebelum dan selepas bangun tidur. Jangan sampai tertelan pula! Seeloknya sebelum matahari terbit. Gunakan air suam dan kacau sebati garam tu.

Kicap bersama perahan air asam limau! Rasanya sedap. 


Asam Jawa. Campurkan 2sudu asam jawa bersama air suam. Kacau dan toskan. Kemudian minum airnya.
Aiskrim vanilla. Tak ada selera camne pun bila suapan aiskrim dah masuk mulut automatik ia boleh terima :)





Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot

Februari 17, 2018 10 Comments
Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot
Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot| Alhamdulillah, terima kasih Nieyl! Semoga bertambah murah rezeki Nieyl dan blog Seindah Cerita lepas ini. Ini adalah kemenangan ke-2 ciktie sebagai top commentor untuk bulan Januari. Pinjam gambar ye Nieyl 😄


Sebelum ini ciktie dah terpilih sebagai pemenang dekat blog Starlavenderluna.blogspot. Entri ianya ada dekat sini.

Rezeki bulan pertama tahun 2018. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki ciktie dan blog ini selepas ini. Insyaallah, aamiin. Dah alang-alang korang dah baca entri ni, jom la terjah blog Nieyl pulak. Mana tau rezeki korang jadi top commentor dekat situ pula lepas ini.



Hampir seminggu tak sihat. Dalam tempoh itu juga blog sepi tanpa entri terbaru. Banyak jejak tak sempat nak reply lagi. Task pun masih ada yang tak sempat siap lagi. Apapun terima kasih kepada yang sudi singgah dan bertanya khabar tempohari.


Gong Xi Fa Chai

Februari 16, 2018 4 Comments
Gong Xi Fa Chai
Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru kepada semua yang menyambutnya hari ini. Sorry baru sempat nak wish. Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kejayaan dan keceriaan buat kita semua.

Gong Xi Fa Chai
Nian Nia You Yu


Dah lama rasanya tak berpeluang tengok tarian singa ataupun tarian naga! Semoga tahun ini berpeluang la nak tengok.

Clear betul jalan dalam bandar Kota Bharu tengahari tadi. Seronok pula drive kalau jalannya camtu hehe. Susah nak dapat jalan dalam bandar lengang camtu. Nak-nak kalau kalau hari cuti tapi tadi tu mungkin sebab orang nak pergi solat Jumaat juga kot

Lengang

Lengang


Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot

Februari 15, 2018 11 Comments
Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot
Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot| Terima kasih akak sebab pilih ciktie sebagai pemenang dalam ramai-ramai tu. Terharu sangat. Semoga ukhwah alam maya ini berterusan terjalin. Insyaallah, aamiin.



Hadiahnya pun dah selamat sampai kemarin. Cantik bungkusan pink tu. Suka anak buah ciktie sorang tu. Berebut nak buka hehe. Oklah dah alang-alang korang dah baca entri ni apa kata terjah blog beliau sekali.

Pinjam header ye kak :)






Mini Photobook 6x6

Februari 15, 2018 11 Comments
Mini Photobook 6x6
Mini Photobook 6x6 | Sampai dah ciktie punya mini Photobook! Cepat je pihak Pixajoy buat kerja diorang. Minggu lepas baru ciktie submit hari ini dah boleh tengok hasilnya. Cantik! Memang puas hati sangat. Lepas ini tiada masalah lagi nak cetak gambar. Boleh bukukan terus. Tak usah nak fikir-fikirkan lagi pasal album hehe

Mini Softcover Photobook 6x6





Cantik kan?? Hehe tambah cantik bila ianya hasil air tangan sendiri. Tak kisah lah kalau korang kata tak lawa pun yang penting ciktie suka!

Photobook ni kosnya tak sampai rm10 termasuk pos. Kebetulan hari tu Pixajoy adakan promosi rm1 untuk Photobook 6x6. Ciktie rembat je la. Sekarang ni ciktie tak perasan ada lagi atau tak promosi Photobook ni. Kat dalam ni kita boleh design sendiri. Boleh letak berapa banyak gambar yang kita nak. Cuma page yang dia bagi ni bergantung la ada yang 36 dan ada 48 page. Jangan ada tersalah page nanti photobook korang tak jadi lak! Jangan kata ciktie nak kabo ye hehe

Kalau korang nak design sendiri photobook korang sendiri korang install siap-siap dulu Pixajoy Editor di http://www.pixajoy.com.my/free-application

Kemudian ikut je langkah demi langkah yang ia tunjuk dekat situ.


Sorry Tak Update Blog

Februari 13, 2018 10 Comments
Sorry Tak Update Blog
Maaflah dah dua tiga hari blog ni sepi tanpa entri terbaru. Empunya diri tak sihat! Ini pun baru sekarang rasa ok sikit berbanding sebelum ni. Jadinya sempat la karang entri ni kejap. Alhamdulillah dah ada rasa kebas sikit dah demam ni. Cuma geli-geli tekak dan batuk je lagi yang masih liat taknak hilang. Selera makan pun dah ok sikit. Kepala berdenyut pun dah hilang. 

Sementara menunggu drama Lafazkan Kalimah Cintamu bersiaran. Aiskrim vanilla pun tiada bayang lagi ni. Orang yang ditunggu-tunggu pun tak kunjung tiba. Esok insyaallah dah ada date dekat klinik. Gara-gara date esok! Demam dua tiga hari sanggup ku tahan.

Sekarang ni musim demam. Jadi korang hati-hati ye. Jaga pemakanan jangan lupa minum air putih lebih sikit. Siapa sangka dalam sihat-sihat tiba-tiba boleh jatuh sakit. Nampak cuaca kat luar bukan main cantik. Ditambah pula dengan angin tu. Memang best tapi ianya akan jadi tak best bila kita tak sihat hukhuk. Nak buat apa pun tak boleh.



Terpaksa Berkejar Tak Seronok

Februari 08, 2018 16 Comments
Terpaksa Berkejar Tak Seronok
Haiii assalamualaikum dan selamat pagi korang. Hari ini dah hari ke-8 untuk bulan ke-2 kita di tahun 2018. Plan nya konon nak update 2 entri setiap hari untuk bulan ni tapi nampak gayanya susah sikit la. Terpaksa berkejar! Bila terpaksa buat kerja dalam keadaan camni memang langsung tak seronok. Bukan je tak seronok tapi juga memenatkan. Bila dah jadi camni hasilnya pun hmmm macam melepaskan batuk di tangga pun ada. Kalau ikut istilah lain janji ada kan tapi kepuasannya ?

Sebenarnya perkara inilah yang cuba ciktie elakkan. Tak kira nak buat apapun  yang penting jangan terlalu berkejar. Tapi bila dah terpaksa tu nak buat macamana kan. Kena cuba cari jalan penyelesaiannya la. Ok, bila dah berkejar tu kita buat kerja pun dalam keadaan terburu-buru. Bila dah camtu mulalah kita stress. Tangan nak buat itu ini dalam waktu yang sama fikiran nak kena fikir apa lagi apa lagi. Tak ke haru namanya tu hehe tapi kalau dah camni hmm ubatnya tidur jelahh bagi ciktie. Kalau korang camne pula..

Oklah untuk mengatasi masalah tak sempat nak update 2 entri setiap hari ni nampaknya ciktie kena kembali kepada plan asal bulan Januari hari tu la. Cuma mungkin kalau ada masa terluang tu entri ke-2 dan seterusnya bakal menyusul. 

Ok dahhh itu je ciktie nak bagitau untuk pagi ni. Oohh ye ciktie nak minta tolong korang like & follow Page Facebook ciktie ni boleh tak?? Nanti ciktie akan buat benda yang sama dekat page korang tu nanti. Page ni ciktie dah  buat lama tapi macam hidup segan mati tak mahu je 😫😫 Ciktie harap-harap ada yang sudi la ye ✌️





Resepi Mudah Nasi Ayam

Februari 07, 2018 10 Comments
Resepi Mudah Nasi Ayam
Dah lama tak masak nasi ayam! Last masak bila dah ek hmmm dah lama dah tapi dalam tahun lepas juga la. Tapi dah lupa bila hehe..Kali ni ciktie nak tampal kat sini siap-siap resepi nasi ayam ni. Sementara masih ingat lagi resepinya. Kalau tak jenuh juga nak mencari dalam himpunan kertas-kertas ni.


Perapkan ayam *seekor je yang telah dibersihkan bersama 3ulas bawang putih dan seinci halia yang telah dikisar seketika sebelum direbus. Masukkan 1 kiub ayam dan pastikan air untuk rebusan ayam itu banyak sebab nanti kita nak guna air rebusan ayam ni. Ayam tu rebus setengah masak je tau..

Untuk Nasi
3 cawan beras *cuci dan ditoskan
Sedikit mentega
Sebiji bawang merah *kisar
2 ulas bawang putih *kisar
Sebatang serai *kisar
Sedikit halia *kisar
Sebatang kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang 
2biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
Kiub ayam
Garam secukup rasa


Caranya
  1. Panaskan periuk. Masukkan  mentega  dan dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan biji pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan* sehingga nak-nak garing. Seterusnya masukkan sedikit air kunyit yang telah ditoskan.
  3. Masukkan beras dan goreng ianya sehingga beras ia kelihatan macam garing!  Beras tu nampak macam sebijik-sebijik pastu cam ada putih-putih. 
  4. Masukkan air rebusan ayam kalau air tak cukup campurkan dengan air biasa, garam secukup rasa dan daun pandan. 
  5. Seterusnya biarkan nasi itu masak seperti biasa!



Ayam
  1. Asingkan ayam dengan air rebusan ayam.
  2. Ayam yang diasingkan digaulkan bersama 3ulas bawang putih dan setengah inci halia yang telah dikisar, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Nak lagi sedap masukkan sedikit madu.
  3. Perap seketika sebelum digoreng. Boleh juga dipanggang!


Tips - untuk bagi ayam tu nampak berkilat! Sapukan sedikit minyak zaitun.



Air lada
  1. 3biji lada besar, 2biji tomato, 1 biji lada kecil diblend hancur. Nak lagi pedas boleh tambah cili lagi.
  2. Kemudian campurkan ia bersama setengah cawan air rebusan ayam.
  3. Masak hingga mendidih dan tambah sedikit gula dan garam untuk seimbangkan rasanya



Kicap
  1. Kicap lebihan perapan ayam tadi dicampur bersama setengah cawan air rebusan ayam.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.



Sup
  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit isi ayam.
  3. Biarkan sehingga ianya mendidih.
  4. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.



Dah siap! Sekarang barulah boleh nak goreng ayam yang diperap tu! Lagi lama kita perap lagi sedap ianya.




My Ping in TotalPing.com