Isnin, 22 Januari 2018

The Best Star Resort at Langkawi

Semua orang tahu Pulau Langkawi adalah sebuah pulau peranginan yang indah dekat Kedah. Ia punya view memang tak usah cakap la. Menarik sangat! Memang sentiasa menjadi pilihan sebagai lokasi percutian paling top bukan saje menjadi pilihan pada pasangan baru kahwin, percutian keluarga,  reunion, penganjuran bengkel, seminar ataupun  family day samada dari agensi swasta mahupun kerajaan. Dan bagi orang perempuan seperti Ciktie ni, Langkawi ini merupakan gedung  pinggan  mangkuk! Jadi bila dah sampai sana tak rembat 1 atau 2 memang tak sah. Pusat bebas cukai katakan hehe.


Oklah kalau nak tahu dekat sana tu ada satu resort best tau. Dekat dengan Pantai Cenang, dekat dengan Underwater World dan yang paling penting ia juga dekat dengan airport (Langkawi International Airport). Kalau drive dalam 15 minit camtu rasanya dari resort ni. Siapa yang dah pergi sana mesti tau tempat ni. Best Star Resort nama tempat ni. Tapi tempat ni tempat yang sesuai untuk percutian bajet rendah la. Kalau korang surt dekat Traveloka rate dia pun ok. Siapa yang sukakan suasana percutian ala-ala santai ataupun romantik seperti ciktie yang suka berjalan di tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa camtu. Memang terasa seronok sangat la.


Kalau buat family day dekat sini pun ok! Games tu boleh buat dekat pantai je. Pasangan yang dah kawin, baru kawin ataupun mereka yang tengah cari ilham, cari idea untuk hasilkan lagu ataupun novel baru pun ok kat sini. Nak tahu mana ciktie tahu semua ni?? Ciktie check la Best Star Resort Langkawi reviews kat Traveloka sebelum ciktie booking. kita kenalah dapatkan infonya dulu, betul tak?



Bilik dia biasa seperti mana-mana hotel kat tempat lain juga ada katil, bilik air dan almari. Haa satu lagi resort ni juga ada wifi tau nanti jangan terkejut pula tepi pantai ada wifi. Bolehlah guna nak buat kerja ke, surt internet ke nak main game ke tapi tolonglah jangan asyik dengan phone sangat. Tak best la datang tempat camni tapi kita macam antisosial pula. Ok, antara jenis bilik yang ada dekat sini ialah super deluxe, deluxe, family room dan superior.





Beach Cove Restaurant, restoran yang ada kat sini sesuai dijadikan tempat dating korang dengan orang tersayang tu. Suasananya romantik sambil mendengar bunyi ombak sambil masukkan makanan ke dalam mulut 😍😍 Tapi untuk family pun sesuai sebab restoran ni tak diskriminasi ke atas orang yang ahli keluarganya ramai Hehehe.



Dalam resort ni juga ada swimming pool tau. Korang boleh praktis untuk berenang sebelum pergi snorkeliing. Yelah kena train stamina dulu sebelum pergi ke laut menikmati keindahan alam semulajadi yang indah tu. Tapi ciktie nak pesan awal-awal kalau pergi jalan-jalan kat pantai tu janganlah bawak pasir tu sekali pergi rendam kaki kat swimming pool tu naya kat swimmer-swimmer yang bakal mewakili negara tu tertelan air pasir dari kaki korang huhu. Kita hidup bermasyarakat jadi berpada-pada la ye!





Kat tepi pantai ni jugak la kita boleh tengok sunset. Macam ciktie bagitau tadi untuk pasangan yang baru kahwin ataupun yang dah kahwin nak enjoy the moment, area beach sini la yang paling sesuai for u guys. Awesome kan.



Langkawi ni famous untuk shopping macam kat bandar dan juga beach sport macam kat pantai cenang ni. Korang nak main bola tampar, banana boat, snorkeliing atau apa-apa je watersport korang boleh datang sini. Jetski pun ada cuma itulah kita tetap juga kena jaga keselamatan diri kita.



Best Star Resort ni kalau drive dalam 15 minit je dari airport. Jadi untuk yang naik flight tu kita dah boleh set masa siap-siap. Kalau nak shopping tu rasanya dalam setengah jam je kot untuk kita pergi ke Pekan Kuah. Biasalah Langkawi kalau tak shopping bukan Langkawi namanya tu. Nak-nak harga ia memang tak boleh dapat dekat KL ni.

Ciktie suka tempat ni dan ciktie suggest tempat ini pada korang untuk rasai sendiri. Memang tak rugi tau. View ia memang cantik. Apa yang perlu korang buat hanya buka website ataupun aplikasi traveloka, book Best Star Resort dan stay selama mana yang korang nak dan korang mampu.

23 ulasan

  1. Wah,best ni dah lama tak pergi Langkawi, nanti boleh menginap di The Best Star Resort ni. Nampak cantik sangat view kat situ...

    BalasPadam
  2. fuhhh cantik tempatnya.. best oii kalau pergi sana.. tenang jiwa..

    BalasPadam
  3. pantai mana yang tak dilanda ombak. kalau omabk mengganas, ke swimming pool la jawabnya ye dok 😸😸😸 memang tertarik. boleh cuba la nanti kalau dpt ke langkawi lagi.

    BalasPadam
  4. Cantik resortnya ciktie. InsyaAllah ade rezki bolehlah stay kat sana nanti kalau ke langkawi :)

    BalasPadam
  5. dah lama tak pergi langkawi.. seronoknya kat sana.. hari tu pergi sana pun sebab kerja.. yangs eronok tu shopping la paling best.. hahaha.. tapi TB tak ingat dok resort mana masa tu.. boleh la try Best Star Resort ni nanti kalau ada rezeki pi langkawi lagi..

    BalasPadam
  6. Tenang jer bila tgk hotel ni. Paling ptg dekat dgn airport

    BalasPadam
  7. Bestnya penginapan menghadap pantai..zaza tak pernah lagi jejak langkawi tapi memang pasang impian nak pergi nanti..

    BalasPadam
  8. Besar juga bilik dia tu ciktie walau kata utk bajet rendah. Semua nampak selesa. Best sebab dekat dengan pantai. Boleh layan sunset dan sun rise. Macam nak ke langkawi sekarang juga.

    BalasPadam
  9. Best yer, dah bertahun tak pergi langkawi.

    BalasPadam
  10. Subhanallah. The best view semestinya alam sekitar kita kan. Rindunya nak ke langkawi lagi. Rasanya ritu ada singgah sekejap kat pantai ni. Cantik sangat. Hihi. Periuk mangkuk eh. Lepas tu jenuh berangkat bawak balikπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  11. I nak pergi langkawi dan stay in this resort lah.. bestnya!

    BalasPadam
  12. Perkongsian yg menarik. Emi pun macam plan nak ke langkawi tahun ni. Last emi pergi tahun 2014, dah lama sgt dah. Nak borong coklat haha. Blh la consider utk tinggal kat sini.

    BalasPadam
  13. Lama tak jejak Langkawi... Kali terakhir ke sana. Itu pun sekerat hari je.. Sebab pelayaran berhenti kejab sebelum ke Phuket.

    Kali kedua terakhir (yakni yang pertama) masa tahun 1998. Wowww dah 20 tahun gitew

    BalasPadam
  14. Cantik pemandangan dia. Will drop soon. InsyaAllah 😊

    BalasPadam
  15. Nice ciktie, tengok gambar pun dah nampak tempat ni best, dah boleh start kumpul duit dan set masa ni,.lepas ni target cuti dekat sini

    BalasPadam
  16. Bestnya, rasa macam nak bercuti semula ke Langkawi bila tengok gambar2 kat atas ni. Lama dah tak ke sana, kalau ke sana leh lah survey2 tempat ni

    BalasPadam
  17. aira tak pernah sampai lagi langkawi. hehe mungkin satu hari nanti, boleh cek jugak resort ni. nampak lawa :D

    BalasPadam
  18. Rawlins suka pergi Langkawi sebab sunset dan night view dia. Kalau ke sana duk rumah kawan je maka tak penah lagi duk memana hotel/ resort. Thanks sharing ye.

    BalasPadam
  19. Bestnya swimming pool kt sebelah pantai. Boleh mandi dua-dua terus tak payah tukar 2 kali.

    BalasPadam
  20. Dulu honeymoon pun kat langkawi..hehe..Memang best kat sini..

    BalasPadam
  21. the hotel looks decent. we like Langkawi a lot

    BalasPadam
  22. bilik nampak luas dan best dekat laut.. agak2 harga bilik berapa? Miss going Langkawi

    BalasPadam
  23. Wah best gila...dah 2 tahun xpi ke.lkawi...ingat nnt nak.ajak jgak husband ke sini cuti2 msia

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.