Isnin, 15 Januari 2018

Sibuknya Hari Ini

Akhirnya dapat juga masa nak tengok-tengok blog sekejap. Pagi tadi hanya sempat buka Facebook je. Tak tengok lebih-lebih pun tak sempat 😫😫. Hari ini sibuk sangat-sangat seharian mengadap sistem hrmis. Itupun baru sempat siap satu yang kita punya sendiri. Orang lain punya masih dalam proses. 

Sekarang ini masih lagi terkial-kial belajar bagaimana cara nak masukkan rekod cuti dengan Gantian Cuti Rehat (GCR) semua tu. Masa ini la nak buat dan masa ini juga nak semak huhu. Memang tak menang tangan rasanya. Sebelum ini tugasan berkaitan hrmis ini bukan kita punya. Jadi bila tugasan ini diambilalih dan pertama kali nak buat camni la jadinya. Kacau bilau la sikit kan. Belajar pun melalui whatsapp dan telefon ditambah pula dengan line internet yang macam ini. Sabar banyak laa 


Pening-pening pun tengahari tadi keluar lunch dekat Dasar. Dekat Kedai Bihun Sup Pantai Dasar! Kat sana memang femes sup dia. Sup daging dan sup perut! Biasa pergi sana makan mee sup dengan Kuew teow sup je dan tak pernah tahu pun dekat situ ada nasi sup juga. Jadinya tadi kita cuba nasi sup dia. Alhamdulillah, kenyang! Rm6 untuk nasi sup dengan air milo. Ok sangat la kan? Oohh ya, dekat situ juga ada jual goreng-goreng dengan jeruk. Macam-macam jeruk ada dan ada hari itu kita beli jeruk celagi tapi tak sempat nak rasa! It's okay..janji tak membazir betul tak??

Balik kerja tadi hmm ini satu masalah lagi. Air tiada! Dalam tangki air dah habis jadinya kenalah angkut dari telaga. Nasib ada telaga lagi kalau tak lagi haru!!

Alamakkk!! panjangnya cerita kita kali ini. Oklah moral of the story buatlah kerja yang diamanahkan kepada kita itu sebaik yang boleh. Apa yang kita hasilkan itu juga sebenarnya mencerminkan diri kita juga. 

5 ulasan

  1. samalahh kitaa lately ni busyyyy sangattt..entry baru pun tak up up lagi baru tulis separuh je haihhh

    BalasPadam
  2. buat slow2 sis.. semoga dipermudahkan segala urusan hari ini.. ada msa, cikyan pon sibuk jugak.. smpai tak sempat nk lunch.. hahhaha

    BalasPadam
  3. kenyang perut senang hati... leh sambuang bt keje... hehe

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan urusan kerja tu...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.