Pengalaman Tukar Kereta

Januari 18, 2018
Sudah 4 hari ciktie drive kereta Axia ni! Hehe masih lagi terasa kekoknya. Iyalah kereta baru jika nak dibandingkan dengan kereta saga hitam ciktie tu. Memang jauh sangat la bezanya. Tapi seronok juga tukar-tukar bawa kereta camni. Boleh juga buat perbandingan mana ok mana tak kan??


Kedua-dunya jenis kereta auto jadi tiada masalah sangat la cuma haha macam kelakar juga bila diingatkan balik. Pertama kali bawa bukan main berhemah lagi drive pagi Isnin tu datang kerja. Pelan sungguh !! Nak tekan minyak pun macam confius hikhik. Dah tu wiper dengan signal pula kedudukannya berbeza dengan kereta saga tu pula. Terkial-kial sikit la masa bawa tu. Kecian siapa yang berada belakang kereta ciktie hari tu. Dan petang semalam sekali lagi tertukar wiper dengan signal! wiper kereta ini pula ada 2. satu kat depan dan satu kat belakang. tiba-tiba je wiper terpasang. Dah tu tak tau camne nak hentikan pula. Panas-panas terik camtu tiba-tiba pasang wiper dah kenapa!!

Sebenarnya kereta hitam ciktie tu adik ciktie bawa pergi Terengganu sekejap! Dah lama sebenarnya dia nak bawa pergi sana. Entah nak tambah apa tak taulah. Dia ada bagitau tapi ciktie dah lupa biasalah perempuan kan. Tapi tak semuanya macam ciktie ni. Ciktie hanya tau bawa je. Itupun nasib baik isi minyak dan isi air tahu macamana nak buat. Lain-lain ciktie serah pada mereka yang pakar je. Contohnya macam nak isi angin atau kalau ada masalah ciktie minta pomen dekat bengkel milik kawan adik ciktie tu tolong isi dan tengok-tengokkan. Sebelum ini ciktie pernah juga cuba isikan angin sendiri tapi tak jadi! Masa itu abang cashier dekat Petronas sini jelah yang jadi mangsa hehe. Lepas tu kawan ciktie cadangkan suruh pergi dekat bengkel kereta je. So, bermula dari situlah ciktie minta orang dekat bengkel tu isikan angin tayar kereta ciktie tu. 

Ok itu jelah ciktie nak kongsi buat hari ini. 
Sehingga jumpa lagi esok, insyaAllah!







Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com