Rabu, 3 Januari 2018

Nikmatilah setiap perbezaan yang ada

Nikmati setiap perbezaan yang ada disekeliling kita. Jangan cepat menilai apatah lagi menghukum hanya kerana perbezaan yang wujud itu. Dunia ini tidak akan sunyi hanya kerana perbezaan yang wujud itu. Dan ia juga tidak akan sunyi seandainya perbezaan itu tidak wujud! 


Ketahuilah disetiap perbezaan itu wujudnya pelbagai warna yang berbeza disebaliknya. Adakah kita sanggup hanya hidup dengan satu warna! Hanya satu warna yang kita gemari! Yang kita suka sehingga kita sanggup memaksa orang lain untuk berpihak bersama kita?? Perlukah kita memaksa sehingga sanggup menjadi penyebab seseorang itu perlu berkorban sebesar itu??

Begitulah dalam kehidupan kita. Sesuatu yang kita suka. Kita gemari belum tentu turut digemari apatah lagi disukai orang lain. Dalam adik beradik kita sekalipun. Yang lahir dari rahim ibu yang sama tapi tetap juga mempunyai kehendak/keinginan yang berbeza meskipun yang lahir itu pasangan kembar seiras. Walaupun tak mustahil untuk mereka meminati orang yang sama kerana setiap diantara kita telah dicipta perbezaan diantaranya yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana yang pasti kita semua diperlukan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Ibarat segelas air. Dicampur kopi dan susu. Sedikit sebanyak kuantitinya tidak sama tapi rasanya tetap ada meskipun tidak sedap! 


20 ulasan

  1. CIK TIE
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor Aenean massa.


    i ada suggestions, you boleh tukar bahagian editor diri tu melalui coding, hehehhe

    btw memang setiap manusia dilahirkan berbeza, lain muka lain hari lain perasaaan.... kalau sama itu bukan kehidupanlah namana. thanks nice reading !

    BalasPadam
  2. Sangat setuju dgn kata2 ni.. Mmg setiap org bbeza.. Oleh itu terimalah kekurangan kelebihan dan pbezaan antara satu sama lain..

    BalasPadam
  3. iyaa betul banget. Kalo sampe kaya gitu, kita bisa selalu dalam keterpurukan. Membandingkan kita dengan orang lain.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan bait2 kata dalam entry ni..tiada apa yang sempurna dalam dunia ini.. nikmati sepenuhnya..syukur atas setiap kurniaan

    BalasPadam
  5. Setiap yg berlaku itu ada hikmat dan disebalik kejadian ada asbabnya..Insya Allah

    BalasPadam
  6. Betul tu. Hidup ni mesti saling lengkap melengkapi. Kalau semua sama, tak seronok lah kan?

    BalasPadam
  7. Setuju sangat tu. Rasa pun Allah cipta pelbagai. Kalau x macamana kita nak menikmatinya kan.

    BalasPadam
  8. Satu, tiada benda/manusia yang sempurna.

    Dua, raikan perbezaan. Pasti menyeronokkan..

    BalasPadam
  9. Setuju...
    Raikan perbezaan...
    Sebab tu Allah jadikan kita mcm2 jenis dan ragam...

    BalasPadam
  10. yes different people got different liking different opinion.
    but it is what makes us unique!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  11. Teringat mantan bos AS selalu cakap.. Dalam profesyen atau karier pun, kita kena raikan perbezaan dengan sifat tolak ansur.
    Perbezaan tu bukan untuk di highlight kan untuk tujuan mencari salah.

    BalasPadam
  12. setiap warna ada laah berbeza..begitu juga dengan sikap kita

    BalasPadam
  13. Selalu kena hina masa jatuh sakit. Down sgt masa tu. Smpai tahap suruh suami kawen lain. Ya Allah tuhan je tahu rasanya. Sy bersyukur sgt suami penyayang, masa sy sakit operation die sntiasa jaga sy xpenah mengeluh.. smpai sy sihat.. org mengata sy plak ditimpa sakit. Apa yg sy blajar jgnlah cepat hukum org yg diberi ujian, awk sihat jgn takbur jaja x sakit. Semua kuasa Allah.

    BalasPadam
  14. iye betul..apa yang kita suka, belum tentu ornag lain pun akan suka juga. terima kelebihan, kekurangan sesiapa saja, barulah rasa nikmatnya

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  15. Adakalanya mereka tidak nampak indahnya perbezaan sedangkan itulah yang akan mewarnai kehidupan.

    BalasPadam
  16. Ya embrace differences...always learn to emphatize and to accomodate. We are all born different.

    BalasPadam
  17. accept and enjoy the differences =)

    BalasPadam
  18. Kata-kata semangat ni. Terima kasih kongsikan. Semoaga menjadi insan yang lebih tabah masa akan datang.

    BalasPadam
  19. betul..setuju..setiap org ada kelebihan & kekurangan..jgn paksa org utk ikut apa yg kita suka tapi cuba jadi lebih seimbang dan boleh bertolak ansur...

    BalasPadam
  20. Setuju sangat, berbeza tak semestinya tak elok tapi melahirkan pelbagai variasi yang menarik...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.