Bacaan suhu pagi ini masih lagi 22°C! Sama seperti pagi semalam juga! Hari masih lagi sejuk tapi hari ini tak boleh layan sangat. Banyak benda dah tertangguh nak buat dari semalam. Apapun harap hari ini tak hujan. Panjanglah sikit langkah kita nanti hehe
Cuaca dua tiga hari ini memang terasa sangat sejuknya! Tak usah cakap semua orang rasainya. Tapi malam tadi memang terasa sangat berbanding malam semalam. Bercampur pula angin dan hujan sekejap-sekejap. Macamana tak sejuk kan?? Jenuh cari selimut. Pastu lena sampai ke pagi haha.
Dan kemarin hehe cipta sejarah betul! Gara-gara nak cover sejuk punya pasal sampai berbaju 2 lapis. Satu lengan pendek dan satu lagi baju tebal. Baju yang tebal ini biasanya pakai masa musim tengkujuh je. Itupun tiadalah sampai berlapis pakai hehe tapi kemarin rasanya bukan musim tengkujuh dah! Tapi ia punya sejuk hush..hush bernafas pun rasa macam keluar asap.
Btw itu jelah kita nak cerita pagi ini. Dah..dah bangun-bangun. Dah lewat ni. Siapa tak solat lagi tu nak pukul 7 dah ni.
Betul,sejuk sangat sekarang ni. Rasa macam tak nak berpisah dengan bantal je...
BalasPadamsejuk
BalasPadamha'ah haritu cuaca sejuk,tak tahan..cuti sabtu ahad duk rumah tak pasang kipas..siap pakej pakai cardigan lagi..ni dah back to normal..
BalasPadam