Congratulations Sulong !

Januari 12, 2018
22Disember 2017 hari tu my cousin dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya. Alhamdulillah, tahniah Sulong! Bertemu dah jodohnya. Selamat menempuh alam pertunangan dan semoga selamat semuanya. Orang kata tempoh pertunangan ni pun ada dugaannya yang tersendiri. Tak taulah hanya mereka  yang telah menempuhnya saje yang tahu. 

Congrats Tie

Kebetulan hari tu kita dapat balik awal. Big boss bagi lampu hijau. Jadi sempat la join majlis tu.. Meriah juga! Boleh dikatakan mak saudara dan sepupu memakai baju corak yang sama. Design je la lain-lain. Mana nak lainnya kain tu ditaja khas oleh abahnya hehe.

Geng Perempuan


Gambar sepanjang majlis tu tak sempat nak ambil. Yang ada hanya sebelum majlis. Hantaran belah lelaki pun tak sempat ambil juga! Hmm tak apalah..kita share hantaran bagi pihak perempuan je la ya. Gubahan hantaran ni simple je. Air tangan bapa saudaraku tu juga. Dah banyak dah sebenarnya gubahan pengantin yang telah dihasilkan. Dalam banyak-banyak tu rasanya ini yang paling simple. Nanti kalau ada masa free kita cuba cari balik gambar gubahan yang dihasilkan tu dan cuba kongsi dekat sini. Sekarang ni kita cuci mata dengan gubahan ini dulu



Baju Melayu


Sirih junjung


Bakul buah

Dan ini sahaja gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis tu. Apapun tahniah Sulong !!

Geng dapur






Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga dipermudah kan segala urusan.. Bertunang dugaan nya memang dasyat.. Kena banyak-banyak bersabar,..

    BalasPadam
  2. cantik hantaran dia.. purple.. cikyan suka !

    BalasPadam
  3. Tahniah akak ucapkan pada sepupu awak dan semoga kekal hingga ke jinjang pelamin, Insha Allah..

    BalasPadam
  4. Tahniah Dan selamat bertunang buat cousin Cik Tie...

    BalasPadam
  5. oo..nama sepupu cik tie tu sulong ke atau nama manja family..ingatkan lelaki tadi..hihi..apapun tahniah.. betul, tempoh bertunang ni byk dugaan dia..jadi harap lebih sabar, yea..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com