Rabu, 17 Januari 2018

Cara Guna Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Sekarang ini semua dihujung jari je! Tak perlu susah-susah tak perlu penat-penat. Ibubapa dan penjaga sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.  Tak kiralah samada peperiksaan tu ujian pertengahan tahun, akhir tahun, Percubaan, UPSR, PT3 ataupun SPM sebabnya sistem ini akan memaparkan setiap keputusan dan markah setiap pelajar. Cumanya ibubapa dan penjaga hanya perlu ketahui bila tarikh keputusan peperiksaan itu boleh dibuat sahaja. Yang ini kita kenalah refer pada sekolah ya! 

Cara Guna Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS Online) Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online 

Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) Sistem Semakan Online Keputusan Peperiksaan Murid Untuk Semakan Ibubapa (SAPS Ibubapa & SAPS Guru)

Merupakan analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan pelajar dan murid di sekolah.
Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem ini, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka hanya dengan memasuki laman web itu.

Sistem semakan SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, jadi ianya memudahkan ibubapa ataupun penjaga untuk memantau prestasi akademik anak mereka.

Cara Guna Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)

  1. Layari laman sesawang semakan SAPS https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan ic/ sijil lahir pelajar (tanpa space) seterusnya tekan button CARI
  3. buat pilihan pada Negeri dan masukkan nama sekolah seterusnya tekan button SEMAK
  4. Pilih tahun peperiksaan dan jenis peperiksaan itu
  5. akhir sekali, pilih analisis markah samada Papar Slip Keputusan ataupun Papar Markah Peperiksaan. 
Dah Siap ! Senang aje kan guna SAPS Online ni?? Ingat SAPS semakan ibubapa, semakan guru. 




1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.