Mencari bloglist!

Januari 31, 2018 7 Comments
Mencari bloglist!
Hii
 Assalamualaikum & selamat pagi semua! 
Alhamdulillah, seperti tahun sudah hari ni ciktie dapat cuti lagi sempena Hari Thaipusam! 😘😘 Selamat menyambut Hari Thaipusam pada mereka yang menyambutnya. Selamat bercuti dan selamat bekerja pada mereka yang bekerja hari ini. Jangan jealous ye 🤗

Ok, sebelum ciktie keluar ronda-ronda bandar kejap lagi ciktie nak join satu segmen ni tajuknya mencari bloglist! Menariknya segmen ni kita secara tak langsung dah masuk dalam bloglist! Tak nak ke?? Nak join klik pautan bawah ni






Piza percuma dari Domino's

Januari 29, 2018 7 Comments
Piza percuma dari Domino's
Alhamdulillah, Sabtu lepas ciktie dan beberapa orang blogger lagi #teambpt memenuhi undangan Domino's Pizza Kubang Kerian. Bukan kitorang je ada lagi seorang dua blogger lain. Kalau nak tahu ini merupakan destinasi ke-14 Jalan-jalan Cari 100 Piza di kedai-kedai yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia yang telah berlangsung dari 13 Januari hingga 3 Februari 2018 nanti. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi Jalan-Jalan Cari 100 Piza yang akan datang, boleh layari laman Facebook Domino's @DominosMY 


Alhamdulillah, terima kasih Domino's sebab sudi mengundang ciktie untuk join sama program ni. Sehari sebelum tu program ni dah buat dekat Domino's Pizza Pengkalan Chepa. Tapi ciktie tak sempat nak join sama yang dekat situ walaupun memang lokasinya dah dekat sangat dah dengan rumah!


Seawal 2.00 petang kitorang dah sampai sana. Pemberian piza secara percuma ni bermula pukul 3 hingga 4 petang. Sejam je tu dan ianya diberi kepada 100 orang pertama yang hadir. Sebenarnya program Jalan-jalan Cari 100 Piza ini merupakan satu usaha pihak Domino's untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak putus-putus memberi sokongan. Unik kan cara diorang ni.. Dengan cara camni juga diorang dapat dekati lagi para peminatnya di pelbagai lokasi yang berbeza.


Oh ya lupa nak bagitau Program Jalan-jalan Cari 100 Piza ni bersama stesen radio THR Gegar. Hari tu DJ Nazz pun ada sama. Program tu dimulai dengan penerangan ringkas dari wakil Domino's. Seterusnya kami dihidangkan dengan Domino's pizza!! Yeaahhh memang best sangat-sangat. Lebih cheese lebih sedap. Boleh tarik-tarik lagi. Memang tak tipu. Mabelesss sangat

Jemput tengok ye ✌️

Classified Chicken
Classified Chicken


Spicy Sambal
Spicy Sambal

Cheesy Four
Cheesy Four

Yang ni siapa tak tahu namanya Cheesy Four. Ada Gaclic Cheese Olian, Cheesy Cheddar Stix, Stuffed Cheddar Bites dan Crazy Chicken Crunchies Tomyam.

Cheesy Cheddar Stix dan Stuffed Cheddar Bites ini adalah menu baru! Ciktie dah cuba dah Cheesy Cheddar Stix hari tu. Camni 👍👍 rasanya . Untuk Stuffed Cheddar Bites tu tak sempat. Tengok-tengok dah habis 😆

Tropical Sambal Prawn

Ini pula Tropical Sambal Prawn! Ada rasa pedas-pedas cili sikit. Sedap jugak!! Dah nak kena order ni! Rasa macam nak makan piza lagi la

Cheese Tarik Crust

Dan ini Cheese Tarik Crust! ia baru lagi diperkenalkan. Piza yang ni korang boleh tarik sepanjang mana yang korang nak. Tapi janganlah gelojoh sangat. Slow-slow tarik tu ye 😆😆 Ia punya rasa tu macam ada hmm apa ya. Tak reti nak cakap! Rasanya yang penuh dengan kenikmatan..keju yang melimpah ruah..dan bila setiap kunyahan itu 😊😊 rasanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..yang ni kena cuba baru tahu rasa dia macamana


Sambil-sambil menunggu giliran dan makan piza free tu ada aktiviti menarik menanti pengunjung. Hadiah ia pun menarik juga!! Nak tahu apakah ianya jeng jejeng Cheesy Cheese Tarik Challenge. Siapa berjaya tarik cheese lebih panjang dialah yang menang!!


Kalau korang nak order online Domino's Pizza boleh tau, pergi je dekat sesawang http://www.dominos.com my/ takpun boleh guna talian 1300-888-333 ni. Nak dapatkan info terkini mengenai Domino's Pizza atau lain-lain promosi pun boleh layari sesawang http://www.dominos.com.my/

Sememangnya ciktie pengemar Domino's sejak dulu lagi. Ciktie suka sebab roti ia tak tebal dan yang penting cheese lebih hehe.  I like cheese!! Lagipun bagi ciktie Domino's pizza nI semua based dia rasa cheese.  Yang membezakannya adalah topping ia tu.


TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK !

Januari 28, 2018 6 Comments
TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK !
Hii korang!
Selamat tengahari. Dah lunch ke? Lunch dengan apa tu? Ni ciktie nak bagitau berita baik buat semua peminat cadar Patchwork ni. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki cadar Patchwork idaman anda. Kalau nak tahu sekarang ni Syaqist Patchwork sedang mengadakan tawaran hebat. Nak tahu lebih lagi moh la kita sama-sama usha tawaran hebat nii

TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK !

SYAQIST Patchwork menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu.



SET PREMIUM CADAR  PATCHWORK SYAQIST
MATERIAL CADAR SYAQIST 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.



KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST
  • Jahitan lebih halus dan kemas
  • Material kain pure cotton berkualiti tinggi
  • Lebih tebal dari cadar yang biasa
  • Kain sejuk dan selesa dipakai
  • Melekap dan terletak di atas katil
  • Jahitan corak bunga nampak timbul
  • Bilikk akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya
  • Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh
  • Tebal dan boleh di pakai lama
  • Menambah keempukan tilam
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang
  • Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin



PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST
Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah :-
  • Diskaun semua item termasuk item promo
  • Hadiah hari jadi
  • Rebate rm50 untuk belian ke-11
  • Tidak perlu memperbaharui keahlian
YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA!! 



PROMOSI KOSONG KEDAI
Syaqist dalam proses berpindah ke kedai baru jadi untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!

HARGA
HARGA BIASA RM 195
HARGA PROMOSI RM 185

FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG

SABAH & SARAWAK RM 15



CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK PATCHWORK SYAQIST



WHATSAPP : 018 3733749











Pernikahan Yuna dan Adam Sinclair di Puncak Rimba

Januari 27, 2018 8 Comments
Pernikahan Yuna dan Adam Sinclair di Puncak Rimba
Tahniah Yuna dan Adam Sinclair!
Dah selamat bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis tertutup petang semalam. Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Insyaallah,  aamiin. Cantikt lokasi tempat pernikahan mereka tu! Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Ciktie suka sangat tengok! Pelaminnya berlatarbelakangkan hutan semulajadi. Dengan kabusnya tu. Alahaiii  so beautiful! Kalau tak silap ianya bertemakan taman tropika kan..





Cantik sangat kan?? Kebetulan pula majlis pernikahan mereka tu baru lepas hujan. Itu yang nampak view berkabus tu. Memang wow sangat-sangat la! gojes sangat backdrop pelamin dia tu.  Oklah jom tengok gambar kahwin diorang.





 

 












Tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.com

Januari 26, 2018 6 Comments
Tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.com

Alhamdulillah, macam tak percaya tersenarai dalam 100 blog pilihan Hasrul Hassan 2018! 

Tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan 

Iyalah blog Ciktie Dot Com inikan tak sampai sebulan lagi menggunakan domain sendiri. Entri-entri yang diterbitkan pun baru berapa kerat. Banyak lagi perlu belajar bertatih ini. Lepas tu tersenarai pula dalam 100 blog pilihan pula. Siapa percaya kan?? Percubaan hari itupun sebenarnya sekadar mencuba nasib! Alhamdulillah, untung sabut nampaknya blog ciktie ini. Macam mimpi pun ada. Apapun semoga ciktie diberi kesihatan yang baik begitu juga blog ciktie ini supaya ianya dapat memaparkan perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua. Insyaallah, aamiin.


Ikutkan senarai dekat blog HH, blog ciktie berada dekat no.60! Alhamdullillah, tersenarai jugakk.. kalau korang nak tengok senarai itu boleh tengok dekat sini ye! 

Sementara bagi korang yang bukan blogger tu, kalau nak tahu siapa sebenarnya HasrulHassan itu. Kat sini ciktie dah buat research dah sikit ye pasal HH tu. Kalau nak tahu lebih lagi korong kenalah singgah dekat blog beliau ye!

Siapakah Hasrul Hassan?

Merupakan blogger dan house husband sepenuh masa. Seorang ayah, mempunyai seorang isteri dan 3orang anak. Berasal dari Perak dan kini menetap di Pulau Pinang (Nibong Tebal). Merupakan graduan Sains Komputer, USM.

Sebelum HasrulHassan.com beliau sebenarnya sudah memiliki beberapa blog lain. Masa tu beliau dah banyak menulis mengenai soal dakwah dan teknik pemasaran online. 

Lepas tu, barulah beliau wujudkan blog HasruHassan.com ni. Tapi awal kemunculannya ia dikenali dengan nama Bangku Kosong. Ada sesiapa pernah singgah blog ni tak dulu-dulu?? Awal-awal dulu beliau banyak berkongsi tentang gambar yang beliau ambil masa tu.. 

Btw sekarang ni Bangku Kosong dah tiada dah! Yang ada HasrulHassan.com! Kat blog beliau banyak kongsikan tips dan panduan menulis blog, bagaimana nak  menarik orang untuk datang ke blog kita, bagaimana nak kekalkan kunjungan dan banyak lagi la. Kalau nak tahu lagi dekat blog tu juga beliau ada kongsikan pasal kekeluargaan, percutian, shopping, gaya hidup.

Lebih dikenali dengan HH! Pakar SEO, Sifu blogger, Sifu SEO Malaysia. Apa lagi ekk 😄. Apa yang pasti beliau memang seorang yang tak sombong! Tak kedekut ilmu, sudi jawab pertanyaan kita kalau ditanya. Tak tanya camne nak jawab kan??? Dan blog beliau memang menjadi rujukan terutamanya pada mereka yang baru nak berkecimpung dengan dunia blogger ataupun SEO.

Itu je kot!! Nak tahu lebih-lebih lagi singgah je www.hasrulhassan.com






KayLiz Granola Bukan Sekadar Oat

Januari 23, 2018 6 Comments
KayLiz Granola Bukan Sekadar Oat
Sedap juga KayLiz Granola ini! Pertama kali cuba terus jatuh hati. Tak sama dengan oat yang pernah ciktie cuba makan sebelum ini. Yang ini makan camtu je dah sedap. Kruk..krak..kruk..krak.. Sesekali rasa macam kunyah kacang pun ada hehe ralit! Nak-nak kalau tengok tv camni.


Apa Sebenarnya KayLiz Granola tu??
Sebenarnya KayLiz Granola ini adalah makanan untuk kesihatan yang berasaskan oat! Diperbuat daripada gabungan bersama oat, Chia Seed, potato sweet dan juga madu. Jadi ia bukan sahaja baik untuk mengawal kolestrol tetapi juga untuk memberi kita tenaga.

Seharian bekerja kadang-kadang tu jadual pemakanan kita tak menentu. Asyik berkejar ke sana ke mari akhir sekali kena gastrik. Nak-nak ciktie yang bekerja di tingkat 4 pejabat tiada lif ini. Kalau terlewat bangun atau bersiap jawabnya lambat la masuk pejabat! Bila dah lambat tu memang tak sempat beli sarapan. Kadang-kadang dah petang baru jumpa nasi. Jadi dengan pengambilan KayLiz Granola dalam 30 hingga 1jam sebelum bekerja ia mampu membekalkan tenaga sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja kita.


Cara penyediaannya pun mudah! Hanya perlu tambah susu je. Dah siap! Tak perlu nak tambah apa-apa dah. Sebabnya kandungan KayLiz Granola itu sendiri sudah mencukupi. Ia dah ada madu, dah ada potato sweet. Tapi kalau nak tambah bahan lain lagi boleh aje.. tak nak guna susu nak guna Milo pun boleh. Pendek kata boleh dipelbagaikan lagi. Rasa ia pun sedap sangat!


KayLiz Granola ini sesuai diambil oleh semua golongan terutamanya mereka yang terlibat dengan gaya hidup yang sibuk, nak cepat contohnya seperti pelajar, atlet.


Siapa yang nak diet, nak awet muda pun sesuai ni. Sebab kita tau peranan potato sweet itu sendiri mengenyangkan ditambah pula dengan susu.

Antara kelebihan lain yang dimiliki KayLiz Granola:-
  1. Mengenyangkan dan tidak mudah rasa lapar
  2. Membekalkan tenaga
  3. Baik untuk menstabilkan kolesterol
  4. Membantu mencegah penyakit jantung
  5. Baik untuk kesihatan usus (mencegah sembelit dan buasir)
  6. Mencegah kanser
  7. Menguatkan sistem imun badan
  8. Baik untuk kesihatan kulit
  9. Tiada bahan pengawet
  10. Tiada bahan pewarna
  11. Kandungan gula rendah
  12. Tiada gula tambahan

Dan kanak-kanak pun sesuai ni tau! Dari bagi diorang jajan tu lebih baik bagi KayLiz Granola ini hehe memang la rupa ia sebijik-sebijik camni. Sekali imbas ia macam kacang kan? Tapi sebenarnya bukan


Harga asal untuk se pack KayLiz Granola ini hanya Rm17.90 sahaja. Tetapi sekarang ia tengah promosi tau. Jadi harganya sekarang Rm15.90 je. Dapatkan segera sementara stok masih ada tau.

Renyah, enak dan sihat!

Dikeluarkan oleh :
Care Liz Resources
No.1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender
Height, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/KaylizHQ/ atau boleh hubungi 011-1090 6902 / 019-6255 010




HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

Januari 23, 2018 3 Comments
HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM
www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG berserta EMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018
My Ping in TotalPing.com