Ingatan pada sesiapa yang bakal menimbang cahaya mata bermula 01 Januari 2018 ni jangan lupa join ADAM50 tau. Pendaftaran dibuka bermula 01 Januari 2018 ni juga.
ADAM50 sebenarnya singkatan kepada Amanah Dana Rakyat Anak Malaysia 2050. Sepertimana yang dimaklumkan dalam bajet sebelum ini, bayi yang dilahirkan bermula 01 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 layak mendapat dana tabungan permulaan sebanyak Rm200. Tabungan seterusnya sendirian berhad lah ya. Ia dalam bentuk unit amanah ASB (bumiputera) dan AS1M (bukan bumiputera).
Kelayakan Memohon
- Hanya terbuka kepada bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan pada 01 Januari 2018 atau selepas sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Ibubapa / penjaga bayi itu juga mestilah warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas semasa pendaftaran dibuat. Sekiranya pendaftaran dibuat selain ibubapa bayi tersebut, dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau Perintah Mahkamah perlu dibawa bersama.
- Ibubapa/penjaga bayi itu tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh percubaan.
Tempoh pendaftaran adalah setahun dari tarikh kelahiran bayi tersebut. Lama kan tu
Cara Memohon
Ibu bapa / penjaga yang sah boleh pergi ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB berdekatan di seluruh negara dengan membawa dokumen berikut :-
- Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
- Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
- Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi.
Ejen ASNB
- Maybank
- Maybank Islamic
- CIMB
- CIMB Islamic
- RHB
- RHB Islamic
- Pos Malaysia
- Bank Simpanan Nasional (“BSN”)*
- Affin Bank
- Alliance Bank*
- AmBank
- AmBank Islamic
Untuk maklumat lebih jelas rujuk http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php#adam50
Jadi apa tunggu lagi!!
Jangan lepaskan peluang yang terhidang ini ya
Waw bestnya. Lahir lahir dah ada simpanan sendiri. Alhamdulillah rezeki.
BalasPadamkena bijak amik peluang.
BalasPadamrejeki jangan ditolak :P
Nice sharing
BalasPadamwishlist k.fiezz ni..haha
BalasPadam