Kenangan manis sepanjang 2017

Disember 31, 2017
Hanya dengan 3 langkah. Maka terhasillah #2017bestnine tu. Tapi ciktie tak nak cerita pasal #2017bestnine tu..  yang ni certa lain ya. Tapi bagi sesiapa yang nak buat #2017bestnine atau mana-mana tahun untuk best nine tu boleh rujuk kat sini ya.. Hari terakhir di tahun 2017 bukan hari lagi dah ni ciktie oooi !! Detik-detik dah ni hikhik

Banyak kenangan manis sebenarnya dalan tahun ni. Tapi yang tak berapa nak manis pun ada juga. It's ok! Yang manis tu kita bawa tahun 2018 ya. Yang pahit tu pula kita simpan dalam-dalam biar ia jadi penawar. Ehh boleh pulak gitu ya hikhik

Kenangan manis sepanjang tahun 2017

Ciktie

Dapat kursus kat luar pejabat! 2 Kali berturut-turut tau. Walaupun kursus tu hanya buat dekat PCB Resort je aka berdekatan dengan pejabat tapi ia punya rasa cam satu kepuasan hahaha. Kita  join sebagai salah seorang peserta tau bukan sebagai AJK ke apa! Mesti ada pelik kan apasal happy sangat setakat attend kursus je kot sebenarnya sejak balik kerja kat sini nak join kursus /program sebagai peserta ni susah sikit. Asyik kena jadi ahli jawatankuasa je tapi bila dah dapat tu peluang tu seronok la juga.. 

Ciktie

Dapat pergi LIMA !! Siapa sangka kan dah balik kampung baru berpeluang untuk pergi sana.  Sebelum ini cam dah dapat peluang tu cuma bukan rezeki lagi masa tu. Ia punya story tak sempat nak publish lagi. Kononnya nak edit gambar tu dulu sekali phone hilang. Adoiii !! Tak pasal-pasal semua gambar pun habis gitu jugaa. Tapi nanti kita akan keluarkan juga certa pasal LIMA tu. insyaallah

Ciktie

Dapat anak buah baru! Bukan sorang tau..kita dapat 3 orang sekali gus untuk tahun ini je. 2 tu yang kembar tau! Sepasang lagi. Yang sorang lagi tu pula lelaki. Tambah 2 orang yang dah ada tu jadi 5 la semuanya. Itu yang kadangkala riuh serumah lebih dari pasar tu.

Ciktie

Join group Blogger Pantai Timur ! Ini juga salah satu daripadanya. Sebelum ini kita hanya buat blog sekadar blog. Janji ada je camtu!! Pas joint group ni barulah nak ambil bahagian sikit-sikit hehe. Orang ada blog kita nak juga pastu mulalah tak tau menda. Apapun thanks Kak Awa! Sudi invite kita kat group tu.

Ok! Cukup 4 jelah kita kongsi dekat sini ya! Apapun semoga tahun baru 2018 yang akan datang ni akan lebih meninggalkan kenangan manis dalam hidup kita semua. Lebih dipermudahkan dan lebih dimurahkan rezeki. Insyaallah, amiin.

Dalam tahun ini juga ciktie kehilangan 2 orang bapa saudara sekali! Jarak hanya sebulan yang membezakan arwah berdua.  Semoga semua bapa, mak saudara dan insan tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kita ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin

Masuk pejabat minggu ini juga ciktie kehilangan geng makan-makan dah la.  Ni sebenarnya bukan setakat geng makan-makan tapi juga geng gosip. Geng berjalan jugaaa hmm it's ok! Setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Apapun all the best kat pejabat baru ya. 








Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

  1. hai geng blog pantai timur. hehehe..
    slmt tahun baru

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih! Selamat tahun baru juga Mrs Virgo

      Padam
  3. selamat tahun baru ciktie. harap 2018 ni dapat melakar lebih lagi.

    BalasPadam
  4. Semoga tahun 2018 akan membawa lebih banyak kenangan manis. Selamat tahun baru :D

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru.

    semoga yg datang semua baik baik sahaja !

    BalasPadam
  6. Hai geng BPT hihihihi.. kenal cik tie menang giveaway blog ekin.. hahahah loni jadi satu family bila join BPT kan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com