Selasa, 19 Disember 2017

Alhamdulillah, kemenangan Cikgu Azizan

Alhamdulillah.. hari ini cikgu Azizan atau nama sebenar Azizan Manap (44) Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid (PK HEM) di sebuah sekolah di Seremban yang telah dituduh mencederakan muridnya Oktober lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban. Hmm dilepas tanpa dibebaskan camne sebenarnya tu ya?? Dok faham sangat istilah tu..

Syukur sangat! Rasa seperti satu kejayaan bila mendengar khabar gembira itu pagi tadi. Dianggarkan 300 orang ramai tu yang terdiri daripada ibubapa, guru, penduduk setempat, ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah menghadiri perkarangan mahkamah Seremban seawal 8.00 pagi tadi.

Menurut satu akhbar ni, Cikgu Azizan  telah ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakannya, buli, memukul murid serta ponteng sekolah sebelum dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu.

Difahamkan lagi, dakwaan ke atas cikgu itu dibuat pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadapnya yang mengenakan tindakan tegas kepada anak mereka yang dikatakan terlibat masalah disiplin di sekolah. 

Berikut adalah kronologi kes Cikgu Azizan sebelum ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

Kronologi Kes Cikgu Azizan 

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru. Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.
Nasib Cikgu Mohd Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.
Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:
31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.
Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500
Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.
Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah.Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:
Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016. Buli. Memukul murid lain. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.
19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.
NUTP Mohon Sokongan Moral Orang Ramai Kepada Cikgu Azizan
Ayuh, sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon sokongan moral orang ramai terhadap seorang guru yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin pelajar.
Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.
Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.
Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.
Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan
Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:
Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.
Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Sementara itu, Presiden NUTP, Kamarozaman Abdul Razak ketika dihubungi Ismaweb.net mengesahkan kenyataan itu.
Beliau berkata, pihaknya bersama penduduk Taman Semarak akan melaksanakan solat hajat bagi Cikgu Azizan, pada malam ini.
Sumber : pendidik2u dan ismaweb


3 ulasan

  1. Finally, Alhamdulillah. Sokongan padu rakyat malaysia ^^

    BalasPadam
  2. Budak2 zaman sekarang tak boleh disentuh..Kang mak bapak datang serang cikgu kat sekolah..huhu

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.