Prof Hariz atau nama sebenar Ridhauddin Hariz merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi dalam bidang Internet
Marketing Malaysia. Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Merupakan anak
sulung daripada tiga adik beradik. Pemegang
Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC
Melaka dan semenjak dari itulah beliau menceburkan diri dalam bidang Komputer dan
internet seterusnya melangkah ke bidang online marketing dan pemasaran atas
talian.
Bermula tahun 2014 beliau telah menubuhkan syarikatnya
sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ jugalah beliau
berkecimpung dengan kaedah pemasaran atas talian dengan menggunakan media
sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine
Optimization (SEO), rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing.
Kepakaran dan pengalaman beliau melalui SEO menyebabkan
beliau dilamar oleh Syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada 2 tahun lalu.
Beliau dipertanggungjawabkan untuk menjana idea-idea baru serta menerokai
strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang
terkini seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga
lain-lain kaedah komunikasi.
Pada tahun 2017, Prof Hariz maju setapak lagi apabila dilantik sebagai Penasihat SEO di syarikat As White Global Sdn Bhd. Sebagai Penasihat SEO beliau bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara.
PENCAPAIAN PROF HARIZ
- Penganjuran program diet secara online ‘Prof Hariz Kongsi Tips Kurus’ bersama Utusan Malaysia yang melibatkan 500 peserta dari seluruh Malaysia (Ogos 2014).
- Diiktirafkan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya kerana berjaya menjana jualan sehingga RM 1000,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA (Disember 2014).
- Penganjuran Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog di Karangkraf dimana beliau telah berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh yang singkat (Disember 2014).
- Penganjuran pelbagai bengkel dan seminar, antaranya :-
- Bengkel/Seminar bertajuk Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai (Mac 2015)
- Bengkel Affiliate Ninja (April 2015)
- Bengkel Email Marketing (Jun 2015)
- Private group coaching bersama Shaklee Malaysia untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM 10 juta pada tahun 2016 (Disember 2015)
- Kerjasama dengan Irfan Khairi dalam seminar khusus untuk peniaga-peniaga bagi membuat penjualan dengan blog (Februari 2016).
- Penganjuran Private Coaching Group 365 – Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog bersama 40orang suri rumah. Hasil daripada program ini Berjaya membantu 10orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM 10,000 sebulan secara konsisten (Ogos 2016).
- Temuramah oleh Astro Awani, memberi pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk Negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (Pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group Of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaa Malaysia (Disember 2016).
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PROF HARIZ INTERNET
MARKETING MALAYSIA
Prof Hariz menawarkan perkhidmatan SEO yang mampu membantu
para usahawan memasarkan perniagaan mereka secara atas talian. Bukan itu sahaja
tetapi beliau juga menawarkan perkhidmatan review di blognya WWW.PROFHARIZ.COM kepada usahawan yang
ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai dengan cara lebih cepat
dan pantas. Artikel review ini adalah artikel yang mempunyai unsur SEO dimana
ia boleh meningkatkan penjualan sesuatu produk berlipat kali ganda dari biasa.
Antara lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan oleh Prof
Hariz adalah :-
- Marketing di Google
- Personal Coaching Zero Marketing to Hero
- Funnel Marketing
- Review
Jadi sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan atau
tidak tahu bagaimana cara untuk melariskan jualan produk anda Prof Hariz sedia
membantu anda sebagai penasihat perniagaan anda. Hubungi terus Prof Hariz di
laman sosial berikut :-
Info Mengenai Prof Hariz
Website : https://profhariz.com/
Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/
Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/
Instagram : https://www.instagram.com/profhariz/
Whatsapp : 6012-5336713
PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA BY POLICYSTREET
Dan sekarang ini Prof Hariz telah dilantik sebagai Pengurus
Pemasaran Internet di sebuah syarikat Insurans iaitu PolicyStreet. Apa yang
anda perlu ketahui sekarang adalah ..
POLICYSTREET
PolicyStreet merupakan syarikat
insurans yang mudah, senang dan mampu di bayar oleh semua orang kerana
PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans contohnya
seperti kakitangan syarikat, university, usahawan, kelab kesihatan dan macam-macam
lagi.
PolicyStreet
merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut
keperluan. Antaranya adalah :-
- Insurans Perubatan
- Diabetes
- Kanser
- Kehidupan yang mampu
- Tulang belakang
- Bantuan jalan raya jangka pendek
- Peralatan musik
- Perbehentian kerja
Apa yang
lebih menarik lagi, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan insurans untuk
produk yang lebih kecil seperti
- Keracunan makanan
- Kerosakan rambut
- Sewaan
- Berbasikal
- Keracunan alkohol
- Menonton
- Mendaki
- Penyewa
- Perlawanan bolasepak
- Cinta
- Peralatan musik
- Perkahwinan
- Majlis pengebumian
Bukan semua
syarikat insuran menawarkan perkhidmatan tersebut bukan?? Jadi DAPATKAN SEGERA
INSURANS POLICYSTREET SEKARANG ! Bersama-samalah kita mencipta masa
depan bersama
Info Mengenai
PolicyStreet
Website : https://www.policystreet.com/
Instagram : https://www.instagram.com/policystreet/
" Contest Cash RM1100 by PH x Emas
Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila
rujuk disini”
so inspiring kan. singgah sini dr segmen yg sama
BalasPadamgudluck ... mrs pip dtg melawat T_T
BalasPadamGood luck
BalasPadam