Tak sihat

Oktober 11, 2017
Huk..huk.. Sakitnya dada. Semalam selsema je. Tapi hari ini batuk dah join sekali dah. Cuaca 2/3 hari ni cam terik sangat je. Semalam dah banyak dah minum air kosong. Jenuh juga la berulang alik gi tandas. Hari ini sambung lagi.. tapi tak mengapalah. Dah lama tak sakit kan huhu. Tapi tu lahhh sesekali bersin tu mau dua tiga kali. Terasa geli sangat hidung ni. Sesekali terasa cam tersumbat pun ada huhu

COLOUR OF LIFE K

Hari ni tak sempat nak singgah beli makanan pun. Lunch tadi pun makan kuih muih mana yang ada je. Kebetulan pula akak yang pergi haji hari tu dah masuk kerja hari ni. Dia bawa balik air zamzam, buah kurma, coklat tah ada lagi la. Terima kasih ya kak.. Boleh la buat alas perut sementara tunggu balik jak lagi. Esok ada kursus kat Kem Desa. Penutup dah ni..semoga diberi kesihatan yang bertambah baik la esok ni. Kalau tak hmmm tak boleh nak join la esok kat sana.






Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com