Gelang Tangan

Oktober 04, 2017
Throwback !! Tinggal kenangan dah.. Terpaksa jua lepaskan ia pergi. Tapi tak mengapalah. In shaa Allah ada rezeki lepas² ni kita cari balik ya walaupun dah sah² ianya dah tak sama cam yang ini. Lama juga ia bersama ciktie ni. Kalau bukan disebabkan terdesak nak guna duit hari tu memang sampai sekarang ia masih lagi disini 😥 tetap bersamaku dimana jua ku pergi cewahhh tapi inilah sebenarnya gunanya ia kan 😅😅 


Haha..teringat masa beli ianya dulu. Kebetulan masa tu balik sini 'Kelantan' bercuti la kan. Konon² nak pergi usha² je dulu harga gelang tu dengan bapa saudara. Tah camne lain pula jadinya..dia terus kata jadi dekat tauke kedai emas tu. So, bayar je laa walaupun dalam hati memang nangis habis la. Yalahhh nak usha je kot. Kira² pun tak buat lagi. Dan kebetulan pula masa tu baru masuk gaji. Naik kuala lumpur balik pastu sebulan lebih juga la terpaksa ikat perut cover balik mana yang patut hikhik. Memang kenangan betul la gelang ni.


Suka sangat gelang design camni. Tapi kalau design ni tak cantik la pakai 1 je mesti nak 2 baru sesuai kan hikhik


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. simple but nice...inshaaAllah lps ni ada rzki bli yg lgi cantik 😊

    BalasPadam
  2. Cantik.. moga ada rezeki lepas ni .

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com