Selawat Murah Rezeki

Oktober 20, 2017 11 Comments
Selawat Murah Rezeki

Haiii assalamualaikum..
tak sempat nak taip panjang-panjang. Hari dah petang sekejap lagi dah nak balik. sebelum kita balik tu jom kita sama-sama hayati selawat ni dulu. Selawat Murah Rezeki, in shaa Allah semoga rezeki kita sentiasa dilimpahi untuk kita semua. Aamiin




Semakan Pusat Peperiksaan KPSL

Oktober 18, 2017 10 Comments
Semakan Pusat Peperiksaan KPSL
Pusat peperiksaan untuk duduki exam KPSL N29 dah keluar dah !! Inipun kawan yang dekat HQ bagitau kalau tak memang tak tau la hikhik. Thanks henz ! Dia dah ciktie pun dah. Korang dah semak ke kena exam kat mana nanti ?? Arhhh tak tau nak check kat mana. Oo..oo ok camni bagi sesiapa yang tak tau nak check pusat peperiksaan tu kat mana. Klik sini takpun tekan je pautan ni


Masuk no.ic pastu tekan hantar. Pastu klik pautan dekat Tahun 2017. Dah boleh print slip tu. Tapi kalau korang tak mohon jangan tanya ciktie apasal tak ada ya hehe.. Jangan lupa bawa slip tu masa exam tu nanti. Karang tak pasal² tak boleh ambil exam. Ciktie tak tau 😌😌


All the best korang !!
 Harap² lulus la tahun ni ya 😅😅








Hari Sukan Negara Zon Pengkalan Chepa

Oktober 15, 2017 4 Comments
Hari Sukan Negara Zon Pengkalan Chepa
Hari Sukan Negara Zon Pengkalan Chepa | Tak sempat nak snap gambar mana tadi. Sampai office pun dah terlewat sikit. Orang dah mula senamrobik dah 😨😨 ikutkan hati tak moh join dah, segan nak masuk 🙊🙊🙈

ciktie

Selamat Hari Sukan Zon Pengkalan Chepa. Tahun ni kitorang join aktiviti senamrobik je tak cam tahun sebelum ni. Yalahhh last minute sangat baru tau kan.

ciktie

Sebelum ini ada juga ternanti-nanti surat agihan ke apa² memo pasal hari sukan ni. Tapi memasing sepi tanpa berita je..

ciktie

ciktie

ciktie



Tshirt Hari Sukan Negara 2017

Oktober 14, 2017 1 Comment
Tshirt Hari Sukan Negara 2017
Tshirt Hari Sukan Negara | Baru siang tadi dapat ni tau. Panas² lagi ni..Warna hitam dan lengan panjang. Mula² ingat nak ambil lengan pendek ngan warna putih. Tapi sebab satu office cam dah sepakat nak ambil lengan panjang dan warna hitam. Kira on je lahhh

Ciktie

Ingatkan cetakan dekat baju tu ikut design hari sukan negara yang mula² tu tapi tak la. Kawan ni just tunjuk je design tu hari tu tapi sebenarnya cetakan design ni hehe. Tapi tak mengapalah..dah siap dah pun. Dapat pun dah.. Just tunggu tuk dirasmikan je lagi hikhik.

Ok lahhh.. Jenis kain pun ok. Sejuk je ni. Cuma ciktie tak tau jenis kain apa. Nanti ciktie update balik jenis apa ni. Harga tuk sehelai baju ni RM 37 tuk lengan panjang tapi tuk lengan pendek beza RM2 or RM5 camtu la hmm kena check balik ni hikhik. Sori korang..lupa da





Salam Jumaat

Oktober 13, 2017 Add Comment
Salam Jumaat
Cepatnya masa berjalan.. Dah pukul 1.25 dah. Rasanya baru je dengar azan tapi alahaiii.. Hari ini lunch lama sikit. Ingatkan sekejap lagi dalam pukul 2 kot nak keluar cari makan tapi tah jadi or tak hikhik. Teringin nak makan nasi ayam penyek.. Kalau jadi dapatlah nanti kalau tak hmmm next time je lahhh


Sementara tu pekena kopi ni dulu. Lama dah teringin tapi memandang esok off. Tiada menjadi masalah dah jika malam ni susah nak tidur hehe. Tapi antara kopi dengan nescafe, ciktie lebih suka kopi. Ianya bukan sahaja hitam memikat tapi rasanya juga. Baunya tu betul² menyenangkan. Hmmm...kalau masa kecil² dulu minum kopi memang takkan tapis dulu la serbuk dia tu. Bila minum ia akan melekat atas bibir tu. Konon² buat misai la hahaha kenangan sungguh.

Ok lahh.. Nak pergi sebelah jak. Sekarang ni tak sempat nak BW banyak blog lagi. Yang mana sempat tu adalah jejak ciktie. Kekadang tu sempat baca je entry korang..jejaknya lupa nak kirim hahha. Biasalah anak buah dah pandai bukak youtube.tapi apapun ciktie akan cuba balas mana² kunjungan yang sampai ke sini.

Tak sihat

Oktober 11, 2017 1 Comment
Tak sihat
Huk..huk.. Sakitnya dada. Semalam selsema je. Tapi hari ini batuk dah join sekali dah. Cuaca 2/3 hari ni cam terik sangat je. Semalam dah banyak dah minum air kosong. Jenuh juga la berulang alik gi tandas. Hari ini sambung lagi.. tapi tak mengapalah. Dah lama tak sakit kan huhu. Tapi tu lahhh sesekali bersin tu mau dua tiga kali. Terasa geli sangat hidung ni. Sesekali terasa cam tersumbat pun ada huhu

COLOUR OF LIFE K

Hari ni tak sempat nak singgah beli makanan pun. Lunch tadi pun makan kuih muih mana yang ada je. Kebetulan pula akak yang pergi haji hari tu dah masuk kerja hari ni. Dia bawa balik air zamzam, buah kurma, coklat tah ada lagi la. Terima kasih ya kak.. Boleh la buat alas perut sementara tunggu balik jak lagi. Esok ada kursus kat Kem Desa. Penutup dah ni..semoga diberi kesihatan yang bertambah baik la esok ni. Kalau tak hmmm tak boleh nak join la esok kat sana.






Gelang Tangan

Oktober 04, 2017 2 Comments
Gelang Tangan
Throwback !! Tinggal kenangan dah.. Terpaksa jua lepaskan ia pergi. Tapi tak mengapalah. In shaa Allah ada rezeki lepas² ni kita cari balik ya walaupun dah sah² ianya dah tak sama cam yang ini. Lama juga ia bersama ciktie ni. Kalau bukan disebabkan terdesak nak guna duit hari tu memang sampai sekarang ia masih lagi disini 😥 tetap bersamaku dimana jua ku pergi cewahhh tapi inilah sebenarnya gunanya ia kan 😅😅 


Haha..teringat masa beli ianya dulu. Kebetulan masa tu balik sini 'Kelantan' bercuti la kan. Konon² nak pergi usha² je dulu harga gelang tu dengan bapa saudara. Tah camne lain pula jadinya..dia terus kata jadi dekat tauke kedai emas tu. So, bayar je laa walaupun dalam hati memang nangis habis la. Yalahhh nak usha je kot. Kira² pun tak buat lagi. Dan kebetulan pula masa tu baru masuk gaji. Naik kuala lumpur balik pastu sebulan lebih juga la terpaksa ikat perut cover balik mana yang patut hikhik. Memang kenangan betul la gelang ni.


Suka sangat gelang design camni. Tapi kalau design ni tak cantik la pakai 1 je mesti nak 2 baru sesuai kan hikhik


Hobi baru budak ni

Oktober 03, 2017 Add Comment
Hobi baru budak ni

Hobi baru budak kecil ni sekarang. Asal nampak phone je mulalah merengek nak tengok didi. Tapi bila bagi bukan Didi & Friend yang ditengoknya. Siri lagu yang colour² tu sebenarnya dilayannya. Finger colour! Colour song.. Mula² tengok yang pecahkan belon..pastu bawa ke yang colour jari pula. Tak cukup yang tu yang pecah botol tu pula. Then hmm telur tah macam² lagi la. Sedar² phone dah off..pastu pandai pula suruh kita caj balik.


Fatma..Fatma, kalau tak bagi dah pandai dah buat hal ni. Merengek²..nangis bagai alahai sabar jelahh layan budak kenit.



My Ping in TotalPing.com