Isnin, 18 September 2017

Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Apa khabar?? Rasanya cam dah lama tak bertanya khabar korang semua ni. semoga semuanya sihat la ya. Jaga diri tau sekarang ini musim orang deman. batuk-batuk, selsema. banyakkan minum air kosong tu. semoga antibodi badan kita kuat melawan segala penyakit tu. In shaa Allah, aamiin

Alhamdulillah, kesihatan family ciktie pun nampaknya dah bertambah baik. mood ciktie pun dah kembali ok haha terima kasih ya Rahman.. semoga ianya berterusan camni, aamiin. Dalam kehidupan kita ini, apa yang kita buat itulah juga yang kita dapat. Apa yang kita laburkan itulah pulangan yang kita dapat, betul tak? Pelaburan itu tak semestinya perlu keluarkan wang ringit, keringat semua. Dengan hanya mengukirkan senyuman pun kita dah dapat pulangannya kan. Hati kita pun senang. Tak fikir macam-macam. raut wajah pun manis tak gitu 

Jadi cubalah ukir senyuman tu meskipun tak ikhlas. Kita ni bukannya tak selalu jumpa, terserempak lagi la selalu tapii kalau nak ukirkan senyuman pun susah. jangan katakan nak tegur. orang nak pandang pun tak nak.. Masa tu jangan pula nak menuding jari salahkan orang pula. Biasalah mood kita ni ada masa-masanya turun dan ada masa-masanya naik. Macam air laut la, ada masa ianya pasang kan tapi rasanya tak pernah pula ianya asyik air pasang je tapi tak taulah kot-kot ada :)

Jangan ada yang salah faham pula. ini sekadar coretan untuk muhasabah diri tak lebih dari itu. Biasalah kita ni suka sangat bercerita kelemahan dan keburukan orang tapi keburukan kita?? Oklah sebelum melaluk lebih panjang.. stop kat sini dulu. 

Dah, jom pi solat









2 ulasan

  1. Assalamualaikum kak Aishah,. Lama tak singgah ke sini. Cantik dah blog ni. Moga semuanya dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik ..

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang bila terasa penat dengan semua keadaan adalah lagi baik kita duduk dan muhasabah diri kita di mana silap yang kita dh lakukan.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.