Yeahhhh.. Isnin ni cuti !! Jimat sehari lagi cuti. Tahniah dan terima kasih kepada semua atlet negara dan mereka-mereka yang terlibat sepanjang temasya Sukan Sea yang berakhir semalam. Merasa juga cuti panjang sempena hari kemerdekaan dan hari raya korban ni 😊😊. Tak lupa juga terima kasih kepada PM kita sebab bagi cuti ni. Bukan mudah tau nak dapat cuti free ni
Janam Janam Versi Melayu by Sheryl Shazwanie
Best la dengar lagu Janam Janam versi melayu ni.
siapa tak dengar lagi boleh dengar sekarang. memang tak menyesal la dengarnya hikhik
Tajuk : Janam Janam versi melayu
Nyanyian : Sheryl Shazwanie
Kasih oh kekasih kau selalu di sisiku
Berjanji setia kita bertemu semula
Berdua jasad berbeza namun hati menjadi satu
Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku.
Dan hanya kamu yang bisa mengubati rasa rindu
Tanpanya dirimu hatiku jadi tidak menentu
Dan hanya satu permintaan yang ku ingin darimu
Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku.
Ohhhhhh..
Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku
Kau kekasihku, aku cinta kepadamu
Kaulah bintangku, menerangi malamku
Sepi duniaku pabila tiada dirimu
Jiwa ragaku tersemat di kalbumu
Kau selama-lama..
Tetap dalam jiwa..
Kau lah yang bertakhta..
Bersama selamanya..
(ulang*)
Giveaway Saya Nak Prime Buster Cream
klik banner join GA ni jom !!
jom la support first GA Nona sama-sama
Prime Bust Cream (PBC) adalah cream semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan, serta mencantikkan bentuk payudara wanita.
b) Kesan boleh dirasa seawal 7-14 hari (denyutan lembut di sekitar payudara)
c) Cadangan pemakaian sebanyak 3 botol utk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal (sustain the effects)
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Lagi seminggu kita bakal menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita yang ke 60 !! Alhamdulillah, syukur.. Semoga negara terus aman damai, sejahtera hendaknya. Terus maju ke depan dibawah pucuk pimpinan pemerintahan negara yang berdaulat.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, Ciktie berbangga sangat kerana menjadi salah seorang daripada rakyatnya. Yalah negara kita Malaysia bukan sahaja aman damai, sejahtera. Rakyatnya pula hidup dalam keadaan bersatu hati walaupun terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Tetapi kita juga terkenal di mata dunia. Kita bebas dari peperangan.. Hidup pun tiadalah dalam ketakutan. Kita bebas bersuara. Pendek kata kita bebas melakukan apa saje yang kita suka, yang kita nak tapi biarlah bertempat tak gitu 😄😄 Jadi ciktie bersyukur sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni dan berdoa semoga ianya berkekalan. Aamiin #ilovemalaysia #1malaysia
Ehh..kebetulan pula sekarang ni musim cuti sekolah kan? Ulang tahun Kemerdekaan kali ini pula jatuh hari Khamis. Jumaat tu Raya Korban dah. Sabtu tu raya lagi..Ahad pula cuti hujung minggu. Aaiii cuti panjanglah kita kan 😘😘
Bila cuti panjang kaum hawa terutamanya mak-mak lah yang paling sibuk. Nak-nak pula Jumaat ni dah raya. Aiii sambut haji besar kita tahun ni kan. Macam-macam persiapan dan kelengkapan perlu disediakan. Tapi kalau bukan sebab raya pun memang si mak-mak lah yang sibuk pun. Nak uruskan anak-anak lagi nak kena masak lagi 😢😢
Tapi dengan bantuan PENSONIC dari siri Chef' Like aktiviti memasak itu mampu dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Sesuai dengan rekabentuknya yang ringkas dan menarik serta pratikal ianya menjadikan aktiviti memasak itu sesuatu yang mengembirakan seisi keluarga dan yang lebih penting sebenarnya hasil dari masakan itu sendiri lebih lazat dan berkualiti.
Sebenarnya ciktie nak tunjuk 2 barang ni..Sebenarnya banyak yang ciktie nak tunjuk tapi 2 dah la. Ciktie dah terjatuh cinta dekat jenama ni pun sebab tertengok program masakan Chef Ismail hari tu. Itu yang teringin hikhik
Pensonic Chef's Like Air Fryer PDF-2201
untuk memasak makanan yang sihat yang ni memang sesuai sangat la |
Pensonic Chef's Like Food Steamer PSM-1603
Membantu kita menikmati makanan yang segar. Lagipun ia ada 3 tingkat dan masa boleh disetkan |
Sepertimana yang semua orang tahu jenama pensonic ni memang bukan calang-calang brand. Ia memang cukup dikenali dan dipercayai ramai. Jadi harganya tak yah certa lah kan.. Berbaloi gan barangnya tak gitu.
Tapiii sekarang ni diskaun istimewa sehingga 80% boleh diperolehi sempena dengan merdeka! Merdeka! Sale yang sedang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos tau. Tunggu apa lagi !! Rebutlah sekarang juga sebelum terlambat
belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour
Alhamdulillah, hari ini ada juga masa terluang setelah beberapa hari sibuk dengan agenda kat office.
belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour
email pun hari ini baru sempat tengok.. Ohh ya Mondelēz International, sebahagian daripada pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International telah memperkenalkan satu produk baru bagi rangkaian biskut belVita Breakfast iaitu belVita Perisa Pisang dan Oat ! Mungkin ada yang dah tahu mungkin juga ada yang belum kot kan
Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuits and Salty Snacks, Mondelēz International bersama Dr Hamid Jan, Profesor Madya, Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) |
belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour
Produk yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia sekaran ini telah menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa.
Oat atau bijirin memang terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Walaubagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.
Jadi dengan gabungan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, ia bukan sahaja dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat menyediakan sarapan yang lazat dan
seimbang tetapi juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekali gus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk sekarang ini.
(Dari L ke R) Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana dan Jenn Chia pada pelancaran Pisang & Oats belVita baru |
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.” tambah Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM).
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.
Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast
terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Ini merupakan perisa ketiga belVita yang diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.
“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.” ujar Hansen Lee seorang personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour.
(Dari L ke R) Guru gaya hidup yang terkenal, Jenn Chia, Hansen Lee dan Dr. Ezani Farhana menunjukkan pengalaman minda, badan dan jiwa yang lengkap pada majlis itu |
Harga dan Tempat Jualan
- belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
- 80g (RM2.90)
- 160g (RM5.20)
- Perisa baharu ini telah dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
- Semua biskut belVita Breakfast ini mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
- Biskut belVita Breakfast ini juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan berserta lapan jenis vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
Belajarlah memahami
Pelik !!
Macam² kita boleh belajar dari seseorang. Tak semestinya orang itu perlu berkata² baru kita nak memahami. Perlu bertekak..perlu berbicara bagai. Tapi dengan tingkah laku juga kita boleh belajar sesuatu dari seseorang itu.
Belajarlah untuk memahami kenapa seseorang itu buat begini..begitu.. Tak semestinya hanya dengan berbicara kita mampu belajar..mampu memahami. Sejarah kita sebagai manusia juga pernah belajar sesuatu dari burung tanpa perlu berbicara secara langsung dengan kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Kita je yang betul !! Yang tepat yang benar. Maybe yang arif. Yang serba tahu.. Umpama diri itu malaikat. Yang cukup sempurna ! Ya, cukup sempurna mungkin.
Kalau kita sendiri tidak sukakan sesuatu itu begitu juga dengan orang lain. Mungkin bagi sesetengah kita berbicara itu perlu..meluahkan itu perlu..tunjukkan kita bagus itu perlu tapi mungkin juga tidak pada sesetengah kita. Belajarlah memahami sesuatu yang orang lain tunjukkan dengan mata hati juga bukan sekadar mata kasar.
Kita bukan malaikat yang sentiasa betul !! Dan kita juga tak semestinya selalu salah dan silap menilai tapi tak tau lah kan 😥 sebabnya kita manusia ada akal. Boleh fikir sendiri.. Apa guna ada akal kalau orang je kita nak salahkan. Penat tau..
Contoh la kan anak kita sendiri melalak kita salahkan orang apa hal.. Time anak kita melalak tengah² malam menganggu tidur orang lain ada terfikir tak camne perasaan orang tu?? Kalau kita je nak orang faham kita masakk la dik oooiii
Lagi satu kalau dah guna barang orang tu. Letak la balik tempat asal. Ini pun nak kena ajar ke?? Betul² buang duit p sekolah la. Dah tau orang tak suka memandai pula tangan itu nak capai. Kalau dah bekenan sangat apa kata g beli je kat kedai tu. Bukan setakat 1 tapi 1 kedai ko dapat apa. Janji ada pitis la ya. Ini tak ada hati pula nak jual hok orang 😟😟 tak sedar diri betul laa..
Minta maaf la ya.. Ciktie luah apa yang terpendam ni kejap. Rasa cam lama dah simpannya. Siapa yang makan cili tu sila terasa ya. Hidup ni jangan nak senang kita je. Sila tengok orang sebelah juga. Cukup² lah dengan apa yang kita ada. Kalau hak kita, kita dah makan. Hak orang janganlah lebih². Elok² tuhan nak bagi rezeki ditariknya balik sekejap je.
Sesi Temuduga Pemandu Kemahiran Gred H11
Bekerja lagi kita ini hari, hari Ahad.. Kalau minggu lepas sebab ada Majlis APC tapi hari ini kena jadi urusetia temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11. Good Luck pada semua calon yang terlibat.
Sesi temuduga ini dijalankan serentak semua pusat temuduga bawah Kementerian Pertahanan bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2017 mengikut zon. Kalau tak silap negeri kelantan gan negeri Johor yang bermula hari ini. Melaka esok, Terengganu lusa dan terakhir sekali dekat MinDef tapi tak tau lah kan..salah info ke 😴😴
Temuduga jawatan pemandu ni ada 3 peringkat semuanya kalau ikut hari ini punya la selain pendaftaran dan semakan dokumen calon.. Antaranya :
- Ujian pengecaman warna (Ujian psikometrik)
- Ujian memandu menggunakan bas / kenderaan yang disediakan
- Temuduga dengan panel
Sekarang ni giliran temuduga dengan panel. Baru lepas 7 orang calon masih ada lagi 12 orang. Tengahari camni gak mata ngantuk selalu la
Selesai Sudah Majlis APC Tahun Ini
Alhamdulillah, selesai juga majlis APC tahun ni. Kalau tahun sebelum ni buat dekat dewan dalam kem tapi kali ni dapat peluang buat kat hotel. Oklah sikit semua alatan tak perlu cari kat luar kan 😆😆.
Tahniah pada semua penerima Apc, penerima pingat persaraan dan penerima sijil persaraan dan tidak terkecuali penerima sijil penghargaan sukarelawan khidmat negara. Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tak termasuk staf hotel yang memberi kerjasama tadi. Yang terkurang itu minta maaf banyak² ya.
Sorry juga tak sempat nak bertegur sapa..nak snap gambar gan korang tadi. Bukan tak sudi nak ajak ke camne tapi bateri handphone ni dah very² low. Dah sampai hujung² dah. Dah tak boleh buat apa dah. Wifi gan internet pun terpaksa tutup dah. Tengahari tadi tak sempat caj..so, bahananya..ini je lah gambar yang sempat snap pun. Gambar sendiri pun tak boleh nak snap. Harap tumpang masuk line orang je la
Persiapan dewan |
Tahniah pada semua penerima Apc, penerima pingat persaraan dan penerima sijil persaraan dan tidak terkecuali penerima sijil penghargaan sukarelawan khidmat negara. Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tak termasuk staf hotel yang memberi kerjasama tadi. Yang terkurang itu minta maaf banyak² ya.
Sorry juga tak sempat nak bertegur sapa..nak snap gambar gan korang tadi. Bukan tak sudi nak ajak ke camne tapi bateri handphone ni dah very² low. Dah sampai hujung² dah. Dah tak boleh buat apa dah. Wifi gan internet pun terpaksa tutup dah. Tengahari tadi tak sempat caj..so, bahananya..ini je lah gambar yang sempat snap pun. Gambar sendiri pun tak boleh nak snap. Harap tumpang masuk line orang je la
Tapii kan tahun ni tiada sesi bergambar untuk semua penerima apc, pesara cam tahun lepas, bergambar ramai² camtu. Tak sempat..masa suntuk sangat kan tadi
Apapun semoga semua berpuas hati ya. Yang terkurang tu nanti kita sama² usaha perbaiki untuk majlis akan datang 😅
Harga Minyak 10 - 16 Ogos 2017
Naik lagi !! Bila turn nak turun..turun..dan turun ni hmm tak isi kang tak bergerak pula. Tapi kalau berterusan camni 😭😭😭 apa nak dikatakan lagi, terpaksa la juga terima. Bising² pun bukan boleh buat apa pun 😥 Sikit² pun dalam yang sikit² itulah yang jadi banyak sebenarnya.
Inilah dinamakan naik banyak²..turunnya alamattt sangat. Itupun kalau turun 😞😞
Inilah dinamakan naik banyak²..turunnya alamattt sangat. Itupun kalau turun 😞😞
Minta maaf la entry membebel pula malam ni. Dua tiga menjak ni sibuk sikit tak sempat nak jengok blog.
New Cadbury Coklat Oreo
Sedap juga coklat Cadbury yang baru ni. Dah hampir 3 minggu dah beli dan tersimpan elok dalam peti ais ni, baru sekarang ada mood nak makan. Inipun share gan budak kecil sorang ni tapi tak sempat lak nak snap gambar budak ni makan coklat ni..
Coklat Cadbury yang baru ni ada biskut Oreo kat dalam tu. Memang terasa biskut tu sangat la. Biskut tu pun tiadalah terasa keras cam yang biasa kita makan tu. Rapuh je biskut tu tapi bukan lemai tau tu pasal la juga budak kecik ni laju je ngap nya 😀😀
Masa ciktie beli coklat ni harganya dalam rm3.50 takpun rm3.80 camtu la. Masa tu coklat ni tengah promosi rasanya sebab sekarang ni ciktie dapat tau dari kawan ciktie harga ia dah berbeza, dalam rm4.++ camtu la. Tah la..ciktie tak sempat usha² kedai serbaneka - 7E tu lagi
Transaksi Pengeluaran & Simpanan Tidak Memerlukan Borang Di Tabung Haji
Transaksi Pengeluaran & Simpanan Tidak Memerlukan Borang Di Tabung Haji | Mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan?? Hikhik..mesti ada yang gelak kan baca tajuk entry kali ni. Yalah ciktie jarang² pergi tabung haji. Buat apa² transaksi lagi la tak.. Itu yang terkeluar tajuk entry camni kali ni.
Sebelum ini pergi tabung haji pun just temankan kawan..hantar borang je. Kebetulan pula dalam minggu lepas ciktie pergi sana buat pengeluaran sikit 😢😢. Ingatkan sama la prosedurnya dengan bank, asb atau pejabat pos kan. Kena isi borang, ambil nombor giliran pastu tunggu sekejap sebelum giliran tiba. Kebetulan pula masa ciktie sampai sana tu abang polis yang jaga dekat kaunter tu tengah layan sorang akak tu. So, tunggu je lahh sebabnya ciktie tengok dekat tray tu tiada borang tuk pengeluaran pun. Nak terus ambil nombor giliran pun risau jugak sebab tabung haji kan perkhidmatan dia memang terbaik. Cepat dan amat² berpuas hati. Tak perlu menunggu lama² cam tempat lain. Tapi ni tabung haji dekat Kota Bharu la..tempat lain ciktie tak tau. Tak pernah pergi lagi.
Ok, berbalik kepada cerita tadi.. Lepas giliran akak tu, ciktie gtau la nak borang pengeluaran. Sekali dia gtau untuk pengeluaran dan simpanan hanya perlu ambil nombor giliran dan terus ke kaunter. Tak perlu isi borang. Janji dalam akaun ada duit je. Lagi mudah kan 😉😉😀
Sebelum ini pergi tabung haji pun just temankan kawan..hantar borang je. Kebetulan pula dalam minggu lepas ciktie pergi sana buat pengeluaran sikit 😢😢. Ingatkan sama la prosedurnya dengan bank, asb atau pejabat pos kan. Kena isi borang, ambil nombor giliran pastu tunggu sekejap sebelum giliran tiba. Kebetulan pula masa ciktie sampai sana tu abang polis yang jaga dekat kaunter tu tengah layan sorang akak tu. So, tunggu je lahh sebabnya ciktie tengok dekat tray tu tiada borang tuk pengeluaran pun. Nak terus ambil nombor giliran pun risau jugak sebab tabung haji kan perkhidmatan dia memang terbaik. Cepat dan amat² berpuas hati. Tak perlu menunggu lama² cam tempat lain. Tapi ni tabung haji dekat Kota Bharu la..tempat lain ciktie tak tau. Tak pernah pergi lagi.
Ok, berbalik kepada cerita tadi.. Lepas giliran akak tu, ciktie gtau la nak borang pengeluaran. Sekali dia gtau untuk pengeluaran dan simpanan hanya perlu ambil nombor giliran dan terus ke kaunter. Tak perlu isi borang. Janji dalam akaun ada duit je. Lagi mudah kan 😉😉😀