Mr. Fussy Or Mr. Cool? | Mengisahkan Dhieya Amiera yang telah membawa hati yang lara kerana kecewa pertunangannya terputus gara² fitnah sehingga menyebabkan dia kehilangan ibunya buat selama-lamanya.
Pertemuan pertama kali dengan seorang jejaka cerewet- Zharif Farhan akhirnya telah mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung telah membawa cerita yang tersendiri. Kebetulan pula Dhieya telah diterima bekerja sebagai cleaner di pejabat Zharif.
Suatu hari dek kerana suatu kesilapan yang tak disengajakan, dia telah dipecat ! Tetapi pertemuannya dengan Puan Zulaikha telah menyebabkan dia serba salah untuk mengecewakan permintaan Puan Zulaikha yang menginginkan dia bekerja semula di Kemilau Holdings. Dalam tak sedar dia sebenarnya telah jatuh cinta. Macam² dia lakukan untuk menambat hati Zharif tetapi langsung tak diendahkan. Walaupun sebenarnya Zharif juga mempunyai rasa yang sama cuma sedikit keliru.
Akhirnya Dhieya menarik diri dan meninggalkan Kuala Lumpur dan berkerja di anak syarikat Kemilau Holdings tanpa pengetahuannya. Kepulangannya semula adalah kerana dinaikkan pangkat sebagai pembantu Zharif. Sepanjang tempoh kehilangannya, Zharif telah banyak berubah..
Pertemuan semula Dhieya dengan bekas tunangnya - Ammar Ziqri mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekali gus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam dirinya. Panas tak bererti cerah, Dhieya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Dia telah dituduh sebagai perampas oleh Aryana gara² Zharif yang telah memutuskan pertunangan mereka untuk bersama Dhieya.
Akhirnya Zharif dapat juga berkahwin dengan Dhieya tetapi perangai dia tetap juga tak berubah. Ikut kepala sendiri semuanya berlaku apabila dia termakan hasutan Afiqah. Dhieya tak dipedulikannya..tetap juga dibuli. Eeerr geram la dah la Dhieya sakit walaupun last ending tu kembali ok.
Omg.sian dhieya,lelaki mmg ssh nk berubah ..gitu la diaa..len kali jgn bg peluang dh..haha
BalasPadamHahaha.. Nak buat camne dia confius kan hikhik
PadamMacam best ajer cerita ni....
BalasPadamBest walaupun geram sikit bila difikirkan
Padammacam best je cerita nih. nak kena beli nih. tapi nak membaca tu haihh takde masa
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Hehe..kena cari masa juga la nak layan novel ni. Tapi seronok membaca ni..boleh bayang sendiri dia punya tahap kekacakkan dan kecomelan heroinnya tu
PadamTerima kasih sudi baca Mr. Fussy Or Mr. Cool? Hope tdk mengecewakan.
BalasPadamahaa betul !! memang tak mengecewakan.. best tapi geram sikit hehe
Padam