Selamat Hari Pahlawan

Julai 31, 2017 2 Comments
Selamat Hari Pahlawan

Sejak dah melangkah ke alam pekerjaan ni ciktie rasa cam dah lama tak dengar orang minta sumbangan sempena hari pahlawan.. #jangankecam Bukan nak gtau ciktie ni pemurah ke apa.. Cuma yalah dah lama sangat rasanya tak dengar certa. Mungkin ciktie yang tak berapa ambil tahu kot tapiii atau mungkin juga sebab promosi tak cukup kuat kan. Itu sebab tak orang tak berapa tau sangat opss sory kalau ciktie silap🙊🙊 

Ciktie ingat masa zaman sekolah² dulu memang kerap la dengar. Cikgu² akan ingatkan akan ada tabung sempena hari pahlawan. Pastu cikgu akan edar surat then esoknya takpun lusa tu sesi kutipan dilakukan.. Tapi nilai sumbangan masa ni ciktie dah lupa dah berapa. Rasanya cam dah rm5 !! Tah..sape masih ingat ??

Kat bawah ni ada serba sedikit info tentang Hari Tabung Pahlawan yang sempat ciktie google tadi. Yalah lama dah nak tau tup-tup hari ni baru sempat cari tahu kan ☺☺

Matlamat Tabung Pahlawan
  • Membantu kebajikan anggota tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
  • mengumpul dana tabung kebajikan khusus untuk memberi bantuan kepada bekas² tentera dan keluarga mereka yang memerlukan. Bantuan itu meliputi kos sara hidup bagi mereka yang tiada berkemampuan/cedera, keperluan perubatan/rawatan, bantuan persekolahan,pengajian tinggi dan lain² bantuan berunsurkan kebajikan.

Tabung Hari Pahlawan dilancarkan pada tanggal 31 Julai setiap tahun. 
Diuruskan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)


Kesempatan ini juga ciktie nak ucapkan Selamat Hari Pahlawan pada semua mereka² yang bergelar pahlawan tu. Terima Kasih atas semua pengorbanan kalian..



Line Internet Tak Ada

Julai 31, 2017 5 Comments
Line Internet Tak Ada
Alaaahhh..line internet kat office k.o lagi la. Dah seminggu lebih-lebih dah camni 😢😢 sedih la camni nak buat kerja pun tak best walaupun masih ada 1 pc ni internetnya masih boleh digunakan. Nasib baik juga komputer tu tak guna line office ni. Kalau tak lagi haru..semua pc offline !!


On blog gan handphone je lah buat masa ini dulu. Nanti bila line dah kembali ok, kita on blog gan komputer balik. Masa tu boleh la singgah baca entry korang semua kan..




Tips Sedapkan Acuan Kastad

Julai 28, 2017 2 Comments
Tips Sedapkan Acuan Kastad
Dah boleh makan dah hikhik

Sukatan gula untuk tepung kastad

Ni kali ke-2 ciktie buat puding ni dalam minggu ni je. Gara² terbuat dan bawa mai office hari tu. Lupa nak tinggalkan sikit kat rumah hari tu. Tapi sebenarnya bukan lupa..memang pisah tak moh tinggalkan hehe.

Sukatan gula untuk tepung kastad

Biasa buat kat rumah tiada sambutan dari si pemakan. So, angkut mai office je lahh mudah 😆😆 Kali ni ciktie buat khas untuk mak buyong sorang ni #hantumakan Kesian dia buka peti ais itu buka peti ais ini, tercari-cari bila dapat tau ciktie buat puding ni hari tu. Semoga berpuas hati la ya cumaaa kali ni ciktie terpaksa kurangkan sikit gulanya tu.

Sukatan gula untuk tepung kastad

Resepi puding ni ciktie pernah share kat blog ni sebelum ni. Klik
https://colouroflifek.blogspot.my/2013/09/puding-triffle.html?m=1 tuk tengok resepinya ya.

Sebelum itu ciktie nak share 1 tips ni. Tips untuk pastikan acuan kastad tu sedap. Alahhhh tips untuk sukatan gula untuk tepung kastad sebenarnya. Tiada la tahap kemanisannya tu terlampau manis atau terlampau tawar sangat. Sesedap rasa je gitu 😀😀

Tips
Berapa bil sudu kastad yang digunakan = bil sudu gula yang akan digunakan 
Sebagai contoh
Kalau 6 sudu kastad yang kita gunakan bersamaan dengan 6 sudu gula






Spicy Korean Burger Jom

Julai 28, 2017 3 Comments
Spicy Korean Burger Jom
Burger Korea

Berjaya juga dapatkan burger korea hari ini. Lunch semalam ianya dah sold out. Ini pun nasib baik office mate keluar lunch tadi..dialah  yang tolong belikan burger ni. Tapi tak aci lahh ciktie punya burger ni je dia punya siap gan air lagi 😩😩 #orangdahtolongbelikanpundahbaik #merungutlak hikhik. Thanks shaz!! Merasa juga makan burger korea a.k.a burger gelap ni hikhik

Burger Korea

Semalam masa office mate bagitau nak makan burger ni. Mati-mati ciktie tak nak tapi bila terpandang je rupanya camni terus terasa cam nak cuba. Ialah mana ada burger colour camni kan..tu yang beria minta belikan tu. Naklahh try menu baru kan. Setakat ni semua tak mengecewakan lagi la 😆😆

Hmm..boleh tahan pedas juga rasa burger korea ni. Tapi sedap !! Roti gelap tu biasa je rasanya..colour je kot bezanya 😯

Resit harga burger korea



Tutorial Blog Masukkan widget Live Traffic Feed

Julai 22, 2017 6 Comments
Tutorial Blog Masukkan widget Live Traffic Feed
Yeaaa..akhirnya dapat juga ciktie masukkan widget Live Traffic Feed dalam ni. Dah lama cuba masukkan tapi hari ni baru dapat. Alhamdulillah !! Berkat hari jumaat kot kan hikhik. Sabar je lahhh sebenarnya dulu² dah buat..dah jadi dah pun tapi tah camne memandai je tangan ni pergi delete 😧😧

Live Traffic Feed

Ok, kat sini ciktie nak share cara ciktie masukkan widget ni tadi. Bukan apa senang nak rujuk kalau apa² jadi kan..

Langkah 1 
Masuk http://feedjit.com/ 
> Pilih warna, saiz lebar dan bil.yang ingin dipaparkan > Blogger Blog > Go! 
Live Traffic Feed 

Langkah 2 
Copy kod Html/JavaScript
> Pilih Step 2: Click here to install Feedjit now that you're signed in 
Live Traffic Feed 

Langkah 3 
Edit Kandungan > Paste kod Html/JavaScript dalam kotak tu > Tambah Widget
Live Traffic Feed

Mr. Fussy Or Mr. Cool?

Julai 14, 2017 8 Comments
Mr. Fussy Or Mr. Cool?

Mr. Fussy Or Mr. Cool? | Mengisahkan Dhieya Amiera yang telah membawa hati yang lara kerana kecewa pertunangannya terputus gara² fitnah sehingga menyebabkan dia kehilangan ibunya buat selama-lamanya.

Pertemuan pertama kali dengan seorang jejaka cerewet- Zharif Farhan akhirnya telah mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung telah membawa cerita yang tersendiri. Kebetulan pula Dhieya telah diterima bekerja sebagai cleaner di pejabat Zharif.

Suatu hari dek kerana suatu kesilapan yang tak disengajakan, dia telah dipecat ! Tetapi pertemuannya dengan Puan Zulaikha telah menyebabkan dia serba salah untuk mengecewakan permintaan Puan Zulaikha yang menginginkan dia bekerja semula di Kemilau Holdings. Dalam tak sedar dia sebenarnya telah jatuh cinta. Macam² dia lakukan untuk menambat hati Zharif tetapi langsung tak diendahkan. Walaupun sebenarnya Zharif juga mempunyai rasa yang sama cuma sedikit keliru.

Akhirnya Dhieya menarik diri dan meninggalkan Kuala Lumpur dan berkerja di anak syarikat Kemilau Holdings tanpa pengetahuannya. Kepulangannya semula adalah kerana dinaikkan pangkat sebagai pembantu Zharif. Sepanjang tempoh kehilangannya, Zharif telah banyak berubah..

Pertemuan semula Dhieya dengan bekas tunangnya - Ammar Ziqri mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekali gus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam dirinya. Panas tak bererti cerah, Dhieya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Dia telah dituduh sebagai perampas oleh Aryana gara² Zharif yang telah memutuskan pertunangan mereka untuk bersama Dhieya.

Akhirnya Zharif dapat juga berkahwin dengan Dhieya tetapi perangai dia tetap juga tak berubah. Ikut kepala sendiri semuanya berlaku apabila dia termakan hasutan Afiqah. Dhieya tak dipedulikannya..tetap juga dibuli. Eeerr geram la dah la Dhieya sakit walaupun last ending tu kembali ok. 

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Julai 07, 2017 15 Comments
AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Lagi setengah jam lagi nak pukul 5.. officemate masih lagi sibuk settle kan maklumat pencalonan pingat untuk Negeri Kelantan. Sementara tu sempatlah ciktie join giveaway by Faye ni sekejap. Jom reramai kita join giveaway sebagai tanda sokongan pada Faye jom.

Klik je banner tu ya.

Lagipun sebenarnya ciktie telah ditag oleh MV untuk join GA ni. Jadi balasanya sekarang ni ciktie nak tag hmmm diorang dua ni la pula ya.




Menang Lazada Ramadan Raya 2017 Blogger Contest

Julai 07, 2017 9 Comments
Menang Lazada Ramadan Raya 2017 Blogger Contest
Alhamdulillah, Terima kasih Lazada !!
Rezeki hari jumaat.. blog ciktie tersenarai dalam 3rd place Contest Lazada Raya 2017. Dapatlah voucher bernilai rm100. Rasa cam dah tak sabar nak shopping dah ni hikhik

Lazada Malaysia

Kalau ikutkan email kepada pemenang akan dimaklumkan hari ni..tak pa..kita tunggu ya. Maybe sekejap lagi ia menyusul. Tahniah juga ciktie ucapkan kepada semua pemenang. Tak tersenarai sebagai 1st atau 2nd, tersenarai dalam 3rd ini pun ciktie dah rasa happy sangat dah. Kebetulan pula esok ulang tahun ciktie. Ciktie kira ini hadiah ulang tahun dari Lazada untuk ciktie sekali la. 

Bagi sesiapa yang nak semak senarai pemenang tu, klik link ni ya http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti dengan Puasa Sunat Serentak

Julai 05, 2017 3 Comments
Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti dengan Puasa Sunat Serentak
Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua. Hari ini dah 11 syawal. Dah ada yang raya puasa enam ya?? Alhamdulillah, tahniah ya. Dan bagi yang masih lagi dalam proses tu moga dipermudahkan, in shaa Allah aamiin..


Gabung Puasa Ganti dengan Puasa Sunat Serentak
Betapa bertuahnya sebenarnya kita seandainya kita mampu dan berupaya melaksanakan puasa enam hari di bulan syawal ni. Puasa enam hari je tapi pahalanya..seperti berpuasa setahun. Siapa yang larat nak puasa setahun kan. Memang tak sanggup la..nak gantikan yang uzur syarie tu pun bukan main berkira² lagi huhu
Selalu sangat perkara ni menjadi kekeliruan dan pertanyaan kita umumnya kaum hawa dalam bulan syawal iaitu :-
  1. Bolehkah jika niat ganti puasa ramadhan dan niat Puasa Sunat syawal digabungkan secara serentak?
  2. Adakah golongan terbabit mendapat pahala bagi kedua-duanya sekali?

Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti dan Puasa Sunat Serentak

Mengikut apa yang ciktie ketahui, puasa ganti adalah puasa yang difardukan dalam bulan Ramadhan (hukumnya wajib) manakala puasa enam adalah puasa sunat dalam bulan syawal. Jadi, kedua-duanya tidak boleh digabungkan. 

Lagipun Imam As-Syafi'l dalam kitab Al- Umm berpendapat dalam mensyarahkan bab "Setiap amalan dengan niat" : hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kadarnya, puasa qada dan Puasa Sunat.

Dan juga Imam Jalaluddin As-Suyuti dalam kitab Al-Isybah juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadhan atau nazar atau puasa sunat.


Qadar dulu atau sunat dulu 


Walaupun ada pelbagai pendapat yang menyatakan bahawa yang qadar patut dikerjakan dahulu berbanding yang puasa sunat. Tetapi jika ingin mengerjakan puasa sunat syawal dahulu barulah puasa ganti juga dibolehkan.

Tapi kalau kita niat qada puasa dalam bulan syawal ciktie ada juga dengar ada pendapat sebahagian ulama menyatakan kita juga boleh dikurniakan pahala puasa enam tu. Hmm..sebenarnya pokok pangkalnya semuanya terserah pada kita. Yang mana kita rasa lebih mudah.

Ohh ya puasa enam tu boleh je dilakukan secara berturutan ataupun terpisah. Tapi lebih afdal ianya dibuat berturutan. Kita pun lebih teruja 😊






My Ping in TotalPing.com