Tiada Air

April 23, 2017
Penatnya !! Dah lama tak kena angkut air dari telaga tup..tup kena lak. Dah dua tiga hari dah air paip ni bermasalah. Kalau sebelum ni still keluar air walaupun cukup slow tapi dari semalam langsung tak keluar. Haru biru juga la camni keadaannya huhu. Nasib baik la telaga kat rumah ni masih ok. Airnya pun jernih tak berubah. Tiada bau bagai.. memang berbaloi la penat² angkut tu


Tah apalah masalah air kat rumah ni. Tengok kat rumah orang lain cam tiada masalah je. Tapiiiii hmm rumah diorang semua ada tangki rumah ciktie ni je tiada. Tak apa.. kita tunggu orang dari Syarikat Air tu datang check dulu camne..kalau perlu tangki kita buat je la.. 

Bila dah jadi camni..terfikir juga nak pasang enjin je kat telaga tu. Senang ! Bila air paip tu tak naik, ada juga alternatif lain boleh guna. Just tekan suis je. Tapi risau juga kalau dah pasang enjin tu. Air dalam telaga tu akan keruh atau berminyak pula. 






Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Susahkan jadi macam tu...semoga cepat selesai sis...

    BalasPadam
  2. Kalau ada telaga, baik pasang moto sebagai alternatif.

    BalasPadam
  3. Saya paling stress kalau takda air ni. Nak buat apa pun tak jadi. Semoga dipermudahkan urusan kak.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com