Tema APC 2017 | In sha Allah tahun ni masuk tahun ke-3 terlibat gan APC
Briged. Dengar kata Apc kali ni bakal diadakan bulan April ni huhuhu. Sama cam
tahun lepas juga selagi tak ada kata putus bla tarikhnya tu selagi itulah
bajunya tak siap hehe.. jangan kata nak siap, kainnya pun tak cari lagi. Tak
sempat nak usha-usha atas Pasar Siti Khadijah atau Bazar Tok Guru lagi.
Cam tahun lepas juga, temanya tetap batik Cuma warnanya nak
pupple. Dark Pupple camtu la katanya. Tapi warna tu camne sebenarnya ya?
Sesuai tak gan ciktie ni.. bukan apa bagi ciktie batik ni tak semua warnanya
sesuai gan kita. Kekadang warna yang kita suka tu pun nampak cam kusam je. Cam
tiada serinya.
Oklah kenapa pilih
batik kan?? Sebab Kelantan kan terkenal gan batik ! Jadi ianya tak lain dan
tak bukan nak kekalkan budaya Kelantan yang kaya dengan hasil seni warganya.
Hasil tangannya tau bukan yang jenis blok-blok tu. Lagipun setiap batik yang
dihasilkan tu unit sangat. Ada tarikan dan corak tersendiri. Pendek kata corak
yang dihasilkan berlainan dan tak sama. Jadi memang patut la ianya mahal kan.
Nak buat bukan senang ! Nak kena kreatiflah..kalau tak kreatif camne nak
lukis..nak warna dekat kain tu kan. Kalau suh ciktie hehe tak taulah siap atau
tak tuu
Lagi 1 kenapa batik ni jadi pilihan adalah kerana pemilihan
tarikh APC itu sendiri. Kebanyakkannya jatuh pada hari K.H.A.M.I.S !! Rasanya
semua dah tau kot kenapa batik gan hari khamis ni tak boleh dipisahkan..
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.