Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa?
Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori
- Qalbi (diingat dalam hati) ,
- Qauli (diucap dengan lidah).
- Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara
- Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
- Niat.[Qalbi]
- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
- Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
- Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
- Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
- Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
- Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
- Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
- Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
- Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
- Tertib [Qalbi]
Sekadar ulangkaji.. Ini pun dapat dari WhatsApp Group..semoga ianya bermafaat
nice sharing kak. boleh buat revision solat kita kan.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan