Apa Yang Dinamakan Rezeki??

Disember 30, 2016 1 Comment
Apa Yang Dinamakan Rezeki??

Apa yang dinamakan rezeki | Rezeki itu bukan hanya pada wang !!

Anak, kesihatan, pekerjaan, kediaman, bos/kawan/jiran/pasangan yang baik ataupun kebahgiaan/ ketenangan itu juga rezeki.

Rezeki itu adalah apa jua yang kita nikmati. Yang kita perolehi tapi tidak diperolehi oleh sesetengah orang dari kita.. salam jumaat penghulu segala hari uoolss. Jumaat terakhir di tahun 2016 !!

Koleksi Goodies

Disember 29, 2016 1 Comment
Koleksi Goodies
cenderahati perkahwinan

Goodies | Antara koleksi goodies
 sempena majlis perkahwinan yang ciktie terima dalam minggu lepas. Macam-macam dah sekarang ni orang buat goodies. Kalau dulu-dulu ciktie ingat kalau pergi kenduri kahwin, dapat telur rebus je tapi sekarang dah macam-macam..ada orang bagi kuih bahulu, kekacang, gula-gula, cawan, mug, keychain, pin tudung, bekas rotan, cupcakes tak kurang juga yang bagi telur asim. 

Kreatif lah..bukan je jimat masa tapi jimat belanja juga kan goodies camni. Kita sebagai penerima pun happy je..

#MyTravelokaEscapade - Holiday at Sabah

Disember 27, 2016 2 Comments
#MyTravelokaEscapade - Holiday at Sabah
Dah hujung-hujung baru join contest ni. Baru sempat check email sebenarnya. Tu yang baru perasan ada email pasal contest ni. Rasanya email ni dah beberapa hari dah kat sini. Nasib baik la contest ni masih on lagi. Sempat lagi join walaupun dah hujung-hujung camni.





Manalah tau dah hujung-hujung camni ada rezeki terpijak ke kan. Boleh la kita pergi bercuti satu tempat ni. Tempat ni sebenarnya dah lama dah teringin nak pergi. Bukan mudah sebenarnya nak pergi tempat ni nak-nak kalau nak pergi bercuti dengan family. Kebetulan Traveloka ada juga menawarkan pakej percutian dengan harga berpatutan. So, kenalah rajin-rajin usha kat Traveloka untuk tau lebih lanjut.




Ok, berbalik kepada kat mana tempat tu?? Mestilah dalam Malaysia ni je. Bukan tak nak pergi ke luar negara tapi keinginan untuk pergi bercuti tempat ni paling tinggi. Mana sebenarnya tempat tu?? Haha tak lain tak bukan negari dibawah bayu tu - Sabah je !!


Kenapa sabah?? Sebabnya sabah ni negeri yang unik, cantik !! Kaya dengan alam sekitar yang hijau merimbun.. Flora fauna. Ada banyak pulau.. air lautnya jernih, boleh nampak apa kat dasarnya. Popular luar dan dalam negara. Makanan laut pun murah-fresh-besar pula. Ada macam-macam etnik bangsa dalam tu. Jadi kita boleh explore banyak benda kat situ. 
  • Pulau - banyak pulau-pulau yang cantik antaranya yang famous adalah Pulau Sipadan. Pemandangan kat situ bukan je cantik, nyaman tapi juga tenang. Boleh snorkeling/ berendam dalam laut..
  • Seafood - nak bandingkan gan semenanjung ni harganya lebih murah dan fresh pula.
  • Shopping - hehe dengar kata mutiara murah betul kat sana. Jual pun dekat pasar 

Pulau Sipadan
  • pulau rebutan diantara Malaysia dengan Indonesia pada ketika dulu. Hingga menyebabkan kes tersebut dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebelum ianya diserahkan kepada Malaysia kerana ia mempunyai bukti sah pemilikan pulau ni.
  • Destinasi ke-5 tempat skuba terbaik dunia; mempunyai pelbagai hidupan marin seperti spesis ikan, terumbu karang dan macam-macam keindahan dasar laut. Alangkah bestnya kalau dapat join skuba tu juga. Nak juga rasai pengalaman lihat sendiri kepelbagaian penyu hijau, kumpulan ikan Jackfish / Barakuda.. kalau bernasib baik boleh juga lihat penghuni pulau yang sukar difahami kat situ

Pulau Mabul
  • Pulau ni banyak diperkatakan orang yang mempunyai underwater scenery yang sangat cantik. chalet-chalet sekelilingnya pun tak kurang hebatnya dari yang sederhana hinggalah yang mewah.


Bohey Dulang
  • ianya lebih kepada penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut. Teringin sangat nak hiking bukit yang tinggi ni.  Nak tengok live pemandangan dari atas tu tapi tak taulah kuat atau tak stamina diri ni. Agak-agak boleh sampai atas sana tak hikhik. 

Gunung Kinabalu
  • Nak lihat penorama indah matahari terbit sebabnya ia tidak terhad pada pendaki pengalaman je. Tapi kalau tak dapat naik sampai atas tu kaki gunung tu pun dah ada Taman Kinabalu yang cukup menakjudkan. Disekelilingnya dipenuhi hutan tebal dan cuaca yang berkabus sekali sekala wowww bestnya.  


Sabah Tea Farm
  • ala-ala Cameron highland ni


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang teringin sangat nak pergi. Yang terpapar ni just yang terbayang depan mata jelah. Yang pasti inilah antara tempat yang teringin sangat nak pergi. boleh hilangkan tension..rehatkan minda. Lakukan aktiviti bersama keluarga.happy sangat. Bayangkan tiba-tiba dapat naik tempat yang tinggi tu wahh bestnya. Rasa puas sangat tengok hijau je kat bawah tu. Nyamannya.. Rasa cam nikmat sangat-sangat.


Seronok kan kalau ada orang tolong tunaikan impian kita ni. Oh Traveloka, sudilah kiranya realisasikan impian ciktie satu ni..
#MyTravelokaEscapade



My mood

Disember 19, 2016 Add Comment
My mood
Hai, assalamualaikum korang !!
Selamat tengahari. Tak lunch ke?? Ciktie lunch depan letop je tengahari ni bertemankan biskut chipsmore yang dah berminggu-minggu dalam laci meja ni haa. firstday kerja selepas cuti seminggu. Alhamdulillah, nasib baik tak jadi nak deman. Ikut gaya semalam dan kemarin tu tekak ni sakit dah nak menelan dan selsema dah pun menyerang. Tapi alhamdulillah, cuaca kat luar tu pun nampak elok je. 
Dalam pada tu, sempat juga la ambil penadol 2biji hehe..


Ok la dah pukul 1330 dah.. Setengah jam dah berlalu. Semoga hari ini lebih baik buat kita semua. Apa yang dah berlaku semalam dah pun berlaku. Dah pun berlalu. Semoga hari ini lebih baik buat kita. lebih sempurna agar esoknya lebih terang lebih nyata. Sekalipun esok mungkin bukan hari kita sekurang-kurangnya kita dah berusaha supaya perubahan hari esok tetap ada.

Hari ini adalah perubahan yang bakal tiba untuk hari esok !! 
Berusahalah mungkin esok bukan milik kita dah. sayang kamu sangat-sangat walaupun diriku ini macam ini. Selalu sangat kecewakan banyak hati.

#patutnyapublishtengaharitaditapi

Biodata Sultan Kelantan

Disember 15, 2016 1 Comment
Biodata Sultan Kelantan
Biodata Sultan Kelantan | Sempena pertabalan agong yang ke-15. Meh ciktie kongsi sikit maklumat berkaitan Sultan Kelantan ni.


Gelaran : Sultan Muhammad ke-V
Nama : Tengku Muhammad Faris Petra 
Nama bapa : Sultan Ismail Petra ibni al-marhum Sultan Yahya Petra
Nama Ibu : Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
Umur : 47 Tahun (2016)
Tarikh lahir : 06.10.1969
Tempat lahir : Kota Bharu, Kelantan
Adik beradik : Putera sulung dari 4 beradik
- Tengku Muhammad Faiz Petra (37)
- Tengku Muhammad Fakhry Petra (33)
- Tengku Amalin Aishah Putri (27)

Pendidikan
1. Sek. Sultan Ismail I
2. Sek Antarabangsa Alice Smith Kuala Lumpur
3. Oakham School Rutland, England
4. St. Cross College, Oxford
5. Oxford Centre For Islamic Studies

Hobi
- Membaca
- minati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pancuan 4 roda, kejohanan kuda lasak, memanah, boling
-pelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam, burung

Maklumat lain 
1. Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2. Komander 506 Askar Wataniah
3. Terlibat dengan pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan. Juga aktif berperanan dalam organisasi bberkaitan keselamatan dan ketenteraan.



Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-15

Disember 13, 2016 1 Comment
Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-15
Pertabalan Yang Dipertuan Agong - Alhamdulillah, selesai sudah majlisnya. Tahniah tuanku. semoga tuanku dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini seterusnya meneruskan kepimpinan tuanku. Semoga kesejahteraan, keberkatan, keredhaan mengiringi setiap langkah yang diatur. Juga semoga Malaysia terus makmur dan maju di bawah payung tuanku. Amiin 

 








13 Disember Cuti Peristiwa

Disember 07, 2016 Add Comment
13 Disember Cuti Peristiwa
13 Disember Cuti Peristiwa | Alhamdulillah !! Terjawab dah.. Negeri Kelantan cuti 13 Disember 2016 bersamaan hari Selasa. Horeyy dapat 4 hari cuti hujung minggu tambah pula 3 hari cuti sendiri jadi seminggu lebih lepak gan anak buah. 


Jangan jelous ya kawan-kawan. Mood cuti dah ciktie hikhik. Tak sabar nak habiskan minggu ni 😊😊




Br1m 2017

Disember 07, 2016 2 Comments
Br1m 2017
Br1m 2017 | Permohonan dan pengemaskini permohonan bantuan rakyat 1 Malaysia (Br1m 2017) telah dibuka mulai 05 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 ni. Permohonan boleh dibuat melalui manual atau dalam talian.  Sementara pemberitahuan kelulusan atau kegagalan permohonan BR1M 2017 akan diberitahu melalui notis atau surat yang dipos mulai minggu kedua Februari 2017.



Borang BR1M 2017 ini boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Khidmat Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my  atau www.treasury.gov.my ataupun boleh terus boleh online di https://ebr1m.hasil.gov.my

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai pertengahan Februari tahun depan.



  • Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi, Selain tu perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan. 


Sumber : Berita Harian

13 Disember diisytiharkan cuti

Disember 07, 2016 1 Comment
13 Disember diisytiharkan cuti
13 Disember diisytiharkan cuti | Dimaklumkan bahawa 13 Disember 2016 bersamaan hari selasa merupakan hari pertabalan agong yang ke-15 dan dimana Sultan Kelantan telah dipilih oleh Mesyuarat Raja-raja kali ke-243 sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Sepanjang jalan menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pun dah dipenuhi dengan bendera negeri. Cantik pula sesekali pandang hikhik tapi nanti-nanti la ciktie snap gambarnya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk snap gambar hehe


Sana sini orang duk viralkan 13 Disember hari pengisytiharan cuti am sempena pertabalkan agong. Tapi kata putusnya tiada pula. Sebenarnya desas-desus ni dari minggu sebelum ini lagi kedengarannya. Tapi bagi ciktie lebih baik tunggu memo bertulis dulu..walaupun baru je sekejap tadi dapat wassap kat bawah ni..






Ruang dapur yang menarik

Disember 06, 2016 3 Comments
Ruang dapur yang menarik

Cantiknya !! Kalaulah ciktie mampu nak je buat 1 camni. Apakan daya tangan tak sampai hikhik cantik kan ruang dapur ni. sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi yang ni antara yang menarik minat ciktie. share kat sini dulu manalah tau 1 masa nanti dapat ciktie gapai bintang dilangit tu hehe


Sebenarnya ciktie sukakan sesuatu yang simple je. Simple tapi cantik !! Tapi kan kalau dapat yang camni lagi la seronok hati ni hikhik. Dapat dapur cantik tapi kalau dapur tak berasap tak best juga kan hikhik



 




Wordless : Terapi Diri

Disember 06, 2016 2 Comments
Wordless : Terapi Diri

Wordless : Terapi Diri | Cantik kan?? Bestnya la kan sebaik je sampai rumah tengok rumah kita camtu. Kemas, menarik, tersusun eelokkk. Terbang dan hilang terus penat seharian bekerja. Tapi realitinya tidaklah seindah camtu :) Walaupun begitu kita dah bersyukur sangat-sangat dah sekurang-kurangnya kita sudah memiliki apa yang termampu kita perolehi setakat ini. Tidak salah pun untuk kita berangan. Berangan agar kita boleh terus yakin untuk maju ke depan.


#yearinreview2016

Disember 05, 2016 5 Comments
 #yearinreview2016

Hari ini penuh wall dengan #yearinreview2016 je !! Ciktie pun tak ketinggalan untuk join sama hikhik. Nak tengok video #yearinreview2016 ciktie punya.. klik sini. Oh ya ada lagi sesape yang tak boleh nak try buat  #yearinreview2016 ni?? Kalau masih ada tu.. kat sini ciktie share cara nak buat video tu ya. Semoga berjaya korang !!


Adakah anda cipta video #yearinreview2016?
-----------------------------------------------
Langkah untuk mendapatkan tahun anda dalam ulasan video.
Langkah 1: kongsi post ini
Langkah 2: menonton video: https://youtu.be/pjhqR8BZ7tc
Langkah 3: komen "#yearinreviews2016" dan kongsi video :)
Langkah 4: permintaan video di sini pautan https://www.facebook.com/yearinreview




Pearl Magic Lipstick by Nurraysa

Disember 04, 2016 5 Comments
Pearl Magic Lipstick by Nurraysa

Pearls Magic Lipstick by Nurraysa - Dah berapa bulan dah guna lipstick ni. Memang sesuai sangat dengan bibir ciktie yang kering ni. Ia bukan setakat merawat je tapi sebenarnya ia juga mesra wuduk. boleh dibawa solat. Warnanya pun ala-ala pinky.  Kalau bukan disebabkan ianya dah patah memang sampai sekarang pun ciktie tak tukar baru lagi. Hikhik tah camne masa nak guna tu boleh pula ia terjatuh. So, redha jelah.

Kalau nak tau, lipstick brand ni ciktie pernah guna dulu. Cuma masa tu brand ni tak femous lagi. So, nak cari memang payah la. Satu hari tu akak ciktie perkenalkan gan produk jenama Nurraysa ni. So, sekarang ni, inilah lipstick pilihan ciktie.


Antara kelebihan lain Pearls Magic Lipstick ni :-

- Tanpa Plumbum
- Elak bibir hitam
-Ikut warna darah
- rawat bibir
- mesra wuduk dan solat
- ekonomi

So, pada korang yang nak cuba dapatkan Pearls Magic Lipstick atau apa-apa produk lain keluaran Nurraysa bagi area Bandar Perda bolehlah hubungi 

Ain (pm/wassap)
019-2670670 / 017-4902464


Sekarang ni ada tengah sale tau
cepat-cepat sebelum terlambat !!




Throwback Supermoon

Disember 03, 2016 1 Comment
Throwback Supermoon

Throwback Supermoon | Alhamdulillah! Walaupun ketika itu hujan renyai-renyai tapi sempat juga lihat fenomena supermoon dari kawasan rumah. Subhanallah memang nampak terang sangat cahaya bulan masa tu. Sempat juga snap gambar kejadiaan supermoon tu dua tiga detik dari luar dan tingkat atas rumah malam tu untuk simpanan.

So, inilah antara hasil snap gambar malam tu. Jadilah kan hikhik. 


Apa itu supermoon ??

kejadian dimana bulan kelihatan lebih 14% lebih besar, 30% lebih cerah
kedudukannya paling dekat dengan bumi.
berlaku pada isnin, 14 Nov jam 7.24 - 9.54 malam yang lalu
sesiapa yang dah ketinggalan untuk melihat fenomena supermoon malam tu insyaAllah boleh melihatnya 18 tahun lagi. 










Amaran hujan lebat (peringkat kuning)

Disember 03, 2016 Add Comment
Amaran hujan lebat (peringkat kuning)

Lebatnya hujan ! 
Banding gan semalam gan kemarin yang ni lagi lebat la. Rasanya cam tak berhenti lagi dari tengah malam tadi kot. Nak berhenti pun cam masih ada hujan renyai-renyai lagi tu. Siap gan angin lagi fuhhh..fuhhh..sejuknya. 
Nak bangkit pun rasa ketaq ni. Nasib baik la hari ni cuti. 
Jak lagi kena pi tengok air kat belakang rumah ni. Kalau pagi semalam kereta masih lagi boleh parking kat situ. Petang pula kereta masih lagi  boleh lalui jalan tu walaupun air dah bertakung banyak.tapi hari ni tak tau la. Kita tengok jak lagi camne. Malasnya nak bangkit !!

Mihun Sup Pantai Sabak

Disember 02, 2016 2 Comments
Mihun Sup Pantai Sabak
Mihun Sup Pantai Sabak | Sedapnya kalau dapat makan sup panas-panas dalam cuaca sejuk camni. Tapi sekarang ni dah musim hujan. Tak sanggup pula rasanya nak bertapak ke kedai mihun sup hujan-hujan camni. Sebelum ini dah dua tiga kali dah pergi makan kat sana. Tapi biasanya mee dan kuey teow sup la yang jadi pilihan.



Harga semangkuk tu dalam Rm3.50 camtu la tu (yang biasa) yang special tak ingat. Tapi kalau nak bungkus sup je dalam RM6 je. Tapi bagi ciktie lagi best makan kat situ. Panas-panas lagi supnya tu. Nyum..nyumm sedapnya. 

Ohh ya..kedai ni juga orang panggil Kedai Dasar Sabak. 



Makanan Enak Dimakan Semasa Hujan

Disember 01, 2016 4 Comments
Makanan Enak Dimakan Semasa Hujan
Makanan Enak Dimakan Semasa Hujan | Hujan-hujan camni kalau dapat makan putu panas-panas best jugak kan hehe baru je makan nasi sebungkus ada hati nak makan lagi hikhik. Dah kenapa ciktie ni?? Membela ke apa hehe. Biasalah kalau hujan-hujan camni kan. selera makan ni macam di pam-pam tapi badan camni juga hikhik

Putu herba

Nak tau tak? ada antara makanan tu best sangat kalau kita dapat makan masa-masa hujan camni. Dengan suasana hujan dan sejuk ni. Dapat pula makan sedap-sedap kemudian masuk tidur hahaha dah la. ni antara makanan yang best dinikmati masa-masa hujan camni. walaupun simple tapi ianya sedap tau.

Makanan Enak Dimakan Semasa Hujan

1. ubi rebus / ikan masin
2. ubi rebus / kelapa parut
3. putu herba
4. lempeng telur / sambal ikan
5. lempeng / sambal bilis
6. ubi rebus/ kopi o panas-panas


Hello December

Disember 01, 2016 2 Comments
Hello December
Hello December | Alhamdulillah dah masuk bulan baru dah hari ini. 01 Disember !!
 Selamat datang Disember. 
Welcome December.. 
Ada apa dengan disember?? Rasanya semua orang dah sedia maklum ada apa sebenarnya dengan bulan ini kan atauuuu masih ada yang tak pasti?? 


Ok meh sini nak gtau ada apa dengan bulan disember.
1. Cuti sekolah yeahhhaa 
2. Banjir 🌊
3. Musim tengkujuh☔☔
4. Krismas🎄
5. Ulang tahun my mother🎂

Dah jangan tanya lagi ada apa gan bulan ni. Sejuk plus lapar dah ni. Hujan lebat penyambut bulan disember. So, tunggu apa lagi 😴😴


Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

November 30, 2016 4 Comments
Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016
Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016 | Baru sempat layan persembahan gegar vaganza peringkat semi final hehe.. Tak sempat nak tengok live malam tu gara-gara tv kat rumah ada masalah teknikal sikit. sekarang ni pun masih ko lagi. Tahniah zarul berjaya juga sampai ke final !! Tahniah juga buat Gmie dan Intan Sarafina. korang memang best.

Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

Azharina -
Mama Aku Ingin Pulang / Izinkanlah
Zarul - Gerhana / Dendangan Laguku
Intan Sarafina - Sedetik Lebih / Kemelut Di Muara Kekasih
Siti sarah - I Will Always Love You / Matahariku
Ameng - Bougenvilla / Romantis
Gmie - Bila Bulan Berwarna Biru/ salam terakhir





My Ping in TotalPing.com