#MyTravelokaEscapade - Holiday at Sabah

Disember 27, 2016
Dah hujung-hujung baru join contest ni. Baru sempat check email sebenarnya. Tu yang baru perasan ada email pasal contest ni. Rasanya email ni dah beberapa hari dah kat sini. Nasib baik la contest ni masih on lagi. Sempat lagi join walaupun dah hujung-hujung camni.





Manalah tau dah hujung-hujung camni ada rezeki terpijak ke kan. Boleh la kita pergi bercuti satu tempat ni. Tempat ni sebenarnya dah lama dah teringin nak pergi. Bukan mudah sebenarnya nak pergi tempat ni nak-nak kalau nak pergi bercuti dengan family. Kebetulan Traveloka ada juga menawarkan pakej percutian dengan harga berpatutan. So, kenalah rajin-rajin usha kat Traveloka untuk tau lebih lanjut.




Ok, berbalik kepada kat mana tempat tu?? Mestilah dalam Malaysia ni je. Bukan tak nak pergi ke luar negara tapi keinginan untuk pergi bercuti tempat ni paling tinggi. Mana sebenarnya tempat tu?? Haha tak lain tak bukan negari dibawah bayu tu - Sabah je !!


Kenapa sabah?? Sebabnya sabah ni negeri yang unik, cantik !! Kaya dengan alam sekitar yang hijau merimbun.. Flora fauna. Ada banyak pulau.. air lautnya jernih, boleh nampak apa kat dasarnya. Popular luar dan dalam negara. Makanan laut pun murah-fresh-besar pula. Ada macam-macam etnik bangsa dalam tu. Jadi kita boleh explore banyak benda kat situ. 
  • Pulau - banyak pulau-pulau yang cantik antaranya yang famous adalah Pulau Sipadan. Pemandangan kat situ bukan je cantik, nyaman tapi juga tenang. Boleh snorkeling/ berendam dalam laut..
  • Seafood - nak bandingkan gan semenanjung ni harganya lebih murah dan fresh pula.
  • Shopping - hehe dengar kata mutiara murah betul kat sana. Jual pun dekat pasar 

Pulau Sipadan
  • pulau rebutan diantara Malaysia dengan Indonesia pada ketika dulu. Hingga menyebabkan kes tersebut dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebelum ianya diserahkan kepada Malaysia kerana ia mempunyai bukti sah pemilikan pulau ni.
  • Destinasi ke-5 tempat skuba terbaik dunia; mempunyai pelbagai hidupan marin seperti spesis ikan, terumbu karang dan macam-macam keindahan dasar laut. Alangkah bestnya kalau dapat join skuba tu juga. Nak juga rasai pengalaman lihat sendiri kepelbagaian penyu hijau, kumpulan ikan Jackfish / Barakuda.. kalau bernasib baik boleh juga lihat penghuni pulau yang sukar difahami kat situ

Pulau Mabul
  • Pulau ni banyak diperkatakan orang yang mempunyai underwater scenery yang sangat cantik. chalet-chalet sekelilingnya pun tak kurang hebatnya dari yang sederhana hinggalah yang mewah.


Bohey Dulang
  • ianya lebih kepada penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut. Teringin sangat nak hiking bukit yang tinggi ni.  Nak tengok live pemandangan dari atas tu tapi tak taulah kuat atau tak stamina diri ni. Agak-agak boleh sampai atas sana tak hikhik. 

Gunung Kinabalu
  • Nak lihat penorama indah matahari terbit sebabnya ia tidak terhad pada pendaki pengalaman je. Tapi kalau tak dapat naik sampai atas tu kaki gunung tu pun dah ada Taman Kinabalu yang cukup menakjudkan. Disekelilingnya dipenuhi hutan tebal dan cuaca yang berkabus sekali sekala wowww bestnya.  


Sabah Tea Farm
  • ala-ala Cameron highland ni


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang teringin sangat nak pergi. Yang terpapar ni just yang terbayang depan mata jelah. Yang pasti inilah antara tempat yang teringin sangat nak pergi. boleh hilangkan tension..rehatkan minda. Lakukan aktiviti bersama keluarga.happy sangat. Bayangkan tiba-tiba dapat naik tempat yang tinggi tu wahh bestnya. Rasa puas sangat tengok hijau je kat bawah tu. Nyamannya.. Rasa cam nikmat sangat-sangat.


Seronok kan kalau ada orang tolong tunaikan impian kita ni. Oh Traveloka, sudilah kiranya realisasikan impian ciktie satu ni..
#MyTravelokaEscapade



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com