Rabu, 7 Disember 2016

Br1m 2017

Br1m 2017 | Permohonan dan pengemaskini permohonan bantuan rakyat 1 Malaysia (Br1m 2017) telah dibuka mulai 05 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 ni. Permohonan boleh dibuat melalui manual atau dalam talian.  Sementara pemberitahuan kelulusan atau kegagalan permohonan BR1M 2017 akan diberitahu melalui notis atau surat yang dipos mulai minggu kedua Februari 2017.



Borang BR1M 2017 ini boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Khidmat Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my  atau www.treasury.gov.my ataupun boleh terus boleh online di https://ebr1m.hasil.gov.my

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai pertengahan Februari tahun depan.



  • Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi, Selain tu perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan. 


Sumber : Berita Harian

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.