Br1m 2017 | Permohonan dan pengemaskini
permohonan bantuan rakyat 1 Malaysia (Br1m 2017) telah dibuka mulai 05 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 ni. Permohonan boleh dibuat melalui manual atau dalam talian. Sementara pemberitahuan kelulusan atau kegagalan
permohonan BR1M 2017 akan diberitahu melalui notis atau surat yang dipos mulai
minggu kedua Februari 2017.
Borang BR1M 2017 ini boleh didapati
secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Khidmat
Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Pemohon juga boleh memuat turun borang
permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my
atau www.treasury.gov.my
ataupun boleh terus boleh online di https://ebr1m.hasil.gov.my
Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke
akaun penerima secara berperingkat mulai pertengahan Februari tahun depan.
- Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi, Selain tu perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan.
Sumber : Berita Harian
jum update br1m
BalasPadamHehe.. Tak layak la unni
Padam