Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

November 30, 2016 4 Comments
Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016
Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016 | Baru sempat layan persembahan gegar vaganza peringkat semi final hehe.. Tak sempat nak tengok live malam tu gara-gara tv kat rumah ada masalah teknikal sikit. sekarang ni pun masih ko lagi. Tahniah zarul berjaya juga sampai ke final !! Tahniah juga buat Gmie dan Intan Sarafina. korang memang best.

Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

Azharina -
Mama Aku Ingin Pulang / Izinkanlah
Zarul - Gerhana / Dendangan Laguku
Intan Sarafina - Sedetik Lebih / Kemelut Di Muara Kekasih
Siti sarah - I Will Always Love You / Matahariku
Ameng - Bougenvilla / Romantis
Gmie - Bila Bulan Berwarna Biru/ salam terakhir





Bayaran Khas Kakitangan Awam Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2016

November 30, 2016 1 Comment
Bayaran Khas Kakitangan Awam Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2016
Petang semalam ciktie dah bagitau kan bonus kakitangan awam akan dibayar pada 03 Januari 2016 kan. Jadi kepada sesiapa yang masih tercari-cari lagi pekeliling mengenai bantuan khas kakitangan awam ni disini ciktie nak kongsikannya untuk rujukan kita semua.


Macam biasa sesiapa yang ada kemushilan jangan lupa rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2016





Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 3 Januari 2017

November 29, 2016 3 Comments
 Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 3 Januari 2017
Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 3 Januari 2017 | Alhamdulillah !! Dah tau dah bila bonus kakitangan awam akan dibayar. Mula-mula ingatkan hujung bulan Januari 2017 tapi rupanya tak..awal bulan. Alhamdulillah, syukur.  Sesi persekolahan untuk sesi 2017 pun bakal bermula 3 Januari 2017 kan?? Bonus untuk penjawat awam pun bakal dibuat pada tanggal yang sama. So, mesti busy la sikit hari tu kan dengan kemasukkan pelajar-pelajar baru. mak ayah nak uruskan keperluan anak-anak lagi. Betul tak? Tak percaya kita tunggu tanggal 3 Januari 2017 nanti ya. peace


Milo panas

November 29, 2016 1 Comment
Milo panas
Selamat pagi !! Huarghh..malasnya rasa nak datang kerja hari ni. Kat luar masih lagi hujan walaupun tak selebat malam tadi. Tapi kalau turun ni boleh basah kuyup juga la. Pagi ni pun solat dulu sebelum mandi. Ketaq rasa menahan sejuk air pagi ni.


Tak sempat nak sarapan kat rumah lagi pagi ni. Tapi sempat la ambil sebungkus dua keropok segera buat kudapan. Masa-masa camni pekena pula kopi panas fuhhhh bestnya. Tapi disebabkan stok kopi dah habis. Milo panas pun bolehlah. Jemput minum semua✌✌saje-saje je letak gambar hitam putih tu. Hari ni kan hujan 😉


Interface Blog Baru

November 25, 2016 4 Comments
Interface Blog Baru
perubahan dashboard


Interface Blog Baru | Sebenarnya bukan interface blog yang baru tapi sebenarnya penampilan dashboard yang dah berubah. Perubahan ni ciktie tengok dari 2 hari yang lepas - 23 November 2016 masa tengah update window notebook. 

So, terkial-kial juga la nak tengok post terkini korang-korang semua. Yalah sebelum ni kan klik je Blogger atas tu terus keluar tapi kali ni ia terus line ke ruangan catatan hikhik. Penampilan dashboard yang baru ni nampak lebih dinamik. Betul tak


Result Kpsl 2016

November 21, 2016 5 Comments
Result Kpsl 2016
Result KPSL 2016 - Result kpsl dah keluar dah. Sampai je office tadi member bagitau. Tapi keputusannya cukup-cukup mendukacitakan 😵😵

Apasal la susah betul nak lulus 1 paper ni ya?? Berapa lama mau repeat daa. Dah la..korang yang ambil exam bulan8 hari tu camne?? Lulus ekk.. Jelous nyaaa

Senarai lagu Separuh Akhir #GV2016

November 20, 2016 2 Comments
Senarai lagu Separuh Akhir #GV2016
Dato' Vida dah pilih Gmie dah untuk join 6 peserta Gv2016 yang lain untuk sesi ke separuh akhir melalui imuniti yang dimilikinya minggu depan. Tetapi tak tau lah Gmie akan berduet gan sape nanti..

Minggu depan 6 peserta Gv2016 akan adakan 2 persembahan. 1 duet dan 1 lagi persembahan solo. Berikut adalah senarai lagu untuk minggu depan :-


  1. Kepadamu kekasih - Aris Ariwatan/ Ameng
  2. Bunga-bunga cinta - Misha Omar/ Siti Sarah (Dibawah pohon asmara)
  3. Lagu untukmu - Aizat Amdan/ Nora (Sandiwara)
  4. Fantasi bulan madu - Black/ Azharina
  5. Salahkah - Masha/ Zarul (Hanya kau yang mampu)
  6. Pulangkan - Ezad Lazim/ Intan Sarafina (Siapa sangka siapa menduga)
  7. Andai dapat ku undur masa - Gmie


WhatsApp Video Call

November 20, 2016 3 Comments
WhatsApp Video Call
WhatsApp Video Call | Ada sesiapa perasan tak yang whatsapp dah boleh buat video call. Kalau tak silap rasanya video call ni dah boleh guna dari minggu lepas lagi cuma baru hari ini ciktie berpeluang untuk mencubanya. 

Untuk pastikan video call itu berfungsi kita kenalah update WhatsApp kita tu dulu. Baru boleh guna 😆😆 oppss sorry bukan kita je kena update tapi orang yang kita nak berhubung tu pun kena update sama tau.. ✌✌




Bila bersua ayah su

November 19, 2016 1 Comment
Bila bersua ayah su

Inilah kerenah si kecil bila bersama ayah su diorang. Jarang sekali dua-dua ni dapat berkumpul dengan ayah su diorang ni. Ini pun secara kebetulan ayah su diorang balik malam semalam. Insyaallah malam ini ayah su diorang dah kena balik Terengganu dah. Esok dah kerja.. Seronok sebenarnya tengok telatah diorang berdua ni walaupun kekadang terasa penat nak melayan hikhik


Keputusan UPSR

November 18, 2016 3 Comments
Keputusan UPSR
Alhamdulillah..

Hari ini dah jumaat. Penghulu segala hari dan juga penutup hari bekerja untuk minggu ini. Macam cepat pula minggu ini berakhir. Biasanya akan ada part ciktie menghitung hari sebelum sampai ke hujung minggu hehe.

Masih lagi dalam mood keputusan UPSR. Mak-mak, bapa-bapa, akak dan abang masih lagi rancak bersembang pasal keputusan UPSR yang telah diumumkan semalam. Wall facebook pun masih lagi laju menyiarkan perkongsian gembira keputusan semalam. Tak kurang juga yang sebaliknya.. Apapun ianya baru permulaan..perjalanan masih lagi jauh. Tak berjaya sekarang cuba pula PT3 nanti ya. Buat yang berjaya tu..Tahniah diucapkan. Tahniah juga buat semua guru-guru yang telah bertukus lumus selama ini







Musim tengkujuh

November 16, 2016 6 Comments
Musim tengkujuh
Musim tengkujuh - Sejuknya hari ini. Tangan ni pun dah kuning pucat dah. Hujan turun sekejap-sekejap je berhenti pastu mula hujan balik sampailah sekarang. Kalau berterusan camni memang tak mustahil padang belakang rumah tu kan bertakung. Dalam rumah tu rasanya dah penuh kot gan besen kecil, kecil, besar memenuhi ruang untuk mengelakkan lantai terus dibasahi air. biasalah bila dah hujan lebat cam sekarang ni ruang-ruang paku kat atas bumbung tu memang cukup memainkan peranan la. Habis basah lecun lantai dibuatnya hehe tak pepasal beliau pula yang kena hikhik. 

Kalau ikutkan ramalan kaji cuaca untuk hari ini. Memang hujan sekejap-sekejap dan ribut petir hari ini kat sini. Tempat korang camne pula??


Dah musim tengkujuh ni sama-samalah kita beringat. Pastikan anak-anak kecil sentiasa ada bersama kita walau apa jua situasinya, Biasalah budak-budak pantang nampak air. Pastikan juga segala dokumen penting tu berada di tempat yang selamat. Mereka-mereka yang berada dikawasan yang rendah or kawasan sungai tu kenalah sentiasa peka ya. Senang kalau apa-apa jadi nanti


Line internet very-very slow

November 15, 2016 7 Comments
Line internet very-very slow
Line internet very-very slow -  Adoiii makin lama makin slow line internet ni. Tah apa masalah pun tak diketahui. Tengok kiri tengok kanan tiada la ramai mana pun yang tengah online hikhik. Tak mengapalah..tak sempat update blog sempat singgah bw kejap pun jadi la. Maaflah ciktie tak berpeluang lagi nak bw semua followed blog ni. Masa dan penggunaan komputer amat-amat terhad. Apapun ciktie akan usahakan juga untuk bw semua followed blog ini ya. Raking blog ni pun dah semacam sekarang ni. So, sebelum ia bertambah teruk ciktie akan usahakan sesuatu la supaya ia boleh stabil. InsyaAllah







Masih begitu

November 13, 2016 5 Comments
Masih begitu
Masih begitu - Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Ada yang masih belum bangkit ke hehe. Matahari sudah mula menampakkan diri nampaknya walaupun ia seakan malu memunculkan diri. Awan mendung masih lagi berarak dan seakan-akan enggan meninggalkan kawasan ini. Sesekali ia mencurahkan titisan demi titisan hujan membasahi bumi. Sesekali angin tumpang bergabung merancakkan lagi titisan hujan itu. Berkejar-kejar makhluk bumi mencari tempat berteduh. Berselerakkanlah semuanya hahaha. Sebenarnya ciktie nak ucapkan Selamat pagi dan selamat berhujung minggu je. 


Pagi ini masih lagi sama seperti semalam dan kemarin. Masih mendung dan hujan masih lagi turun membasahi bumi Pengkalan Chepa. Bezanya sinar mentari lebih terang membolehkan ciktie melakukan rutin harian dengan lebih sempurna. Tempat korang pula camne??




Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

November 10, 2016 Add Comment
Cuti Keputeraan Sultan Kelantan
Cuti Keputeraan Sultan Kelantan - Seronoknya esok cuti sempena keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V.. Allahu Akbar. Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat, aamiin. Sultan Muhammad Ke-V atau nama sebenar baginda Tengku Muhammad Faris Petra telah dimansyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010. Berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15 bagi mengantikan Sultan Abdul Halim.


Hari ni last day kerja untuk minggu ni sebelum kembali bertugas semula minggu hadapan. Sekejap je dah masuk pertengahan bulan November. Sebulan lagi dah masuk tahun 2017. Terasa cepat betul masa berlalu..rupanya dah setahun lebih berkhidmat di halaman sendiri. 

Tak sempat juga nak jumpa rombongan dari kuala lumpur. Sebenarnya diorang datang berkursus dekat PCP Resort ni bermula 7hb hingga hari ini. Kalau ikutkan jadual rasanya hari ini diorang dah bergerak balik dah kot. Maaflah bukan sombong ke apa tapi ciktie ni memang tak berapa berani drive malam-malam ni nak-nak sekarang ni dah musim hujan. Keluar je office semua sepakat tekan pedal minyak untuk cepat-cepat sampai rumah. Biasalah sekarang ni masuk musim terkujuh dah. Rutin untuk sampai ke rumah awal memang jadi kebiasan..




Buah Kelubi

November 08, 2016 3 Comments
Buah Kelubi
Buah Kelubi - Oooo..camni ke rupa sebenar kelubi yang belum di kupas kulitnya. Mati-mati ingatkan rupa buah salak tadi hehe. Lamanya tak makan jeruk kelubi. Berair mulut dah ni nyum..nyum..nyum.. Teringat masa sekolah dulu, sanggup pi sekolah jalan kaki semata-mata nak singgah pasar tani untuk beli jeruk ni. Masa tu sekolah sebelah petang la. Masuk pukul berapa dah lupa dah hehe lama dah tinggal sekolah ni. Adik-adik ciktie pun dah tiada yang sekolah dah.

Buah Kelubi

Jeruk buah kelubi




Throwback Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

November 01, 2016 5 Comments
Throwback Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
Throwback Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 - Duk tengok- tengok gambar kat phone terpandang gambar lama. Gambar time #apc2015 dekat Hotel Crown Garden. Masa tu selang sehari dua camtu la ciktie lapor diri kat sini hehe. Nak terus buang camtu je cam sayang pula. Apa kata ciktie share je kat sini dulu. Sesekali lihat balik gambar lama ni mampu mengimbau kenangan lalu kan..















My Ping in TotalPing.com