Selamat Ulang Tahun Malaysiaku

Ogos 30, 2016 1 Comment
Selamat Ulang Tahun Malaysiaku
Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-59 negaraku Malaysia tercinta. Semoga keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi ini selamanya milik kita. In shaa Allah, aamin

#sehatisejiwa

Susah betul nak snap gambar bendera ni berkibar. Apapun semoga ia akan terus berkibar megah diangkasa sebagaimana bangganya ciktie menjadi salah sorang dari rakyatnya..

Tema kemerdekaan tahun ni ialah sehati sejiwa. Semoga kita semua saling lengkap melengkapi dan sepakat antara satu sama lain..



Exam KPSL N27 Isnin ni (29 Ogos 2016)

Ogos 27, 2016 2 Comments
Exam KPSL N27 Isnin ni (29 Ogos 2016)
Baru je selesai majlis apc peringkat negeri kelantan dan terengganu. Hari isnin ni ada exam kpsl. Ingatkan tiada terus dah 😄😄 nasib baik la sorang office mate ciktie ni perasan.

Gud luck korang. Selamat duduki exam pada sesiapa yang akan dudukinya isnin gan selasa ni. Ciktie tak sempat nak study pun. Apapun ciktie harap jawapan yang ciktie bagi nanti menepati soalab la kan 😀😀.

Bawa si hitam jumpa pomen

Ogos 27, 2016 Add Comment
Bawa si hitam jumpa pomen
Tengahari ni bawa si hitam jumpa pomen jak. Risau juga dibuatnya si hitam ciktie ni ada masalah lain ke. Sebelum ni time bawa je si hitam ni cam ada bunyi tin je kat tayar dia ni. Pastu kat pintu belakang tu lak time lock pintu cam ada bunyi.. yang paling gusar sebenarnnya time elok-elok bawa si hitam jejalan boleh pula dia mati tetiba.

sekadar hiasan

Risaunya la..jangan la jadi apa-apa kat si hitam ni. Dah la bajet tak berapa nak ada ni huhu. Sebelum ni ciktie dah bawa si hitam ni pi service kat proton. Tapi time tu dah ada bunyi krek..krek camtu je la. Walaupun dah minta diorang tolong tengokkan bunyinya still ada juga. Sekarang nak tak nak si hitam kena juga jumpa pomen kawan bapa saudara ciktie ni. Harap-harap dia dapat membantu la. 

Tinggal jak ya si hitam. Duk sini elok-elok ya. Petang nanti kita balik ya..

Antara Pencil dan juga Eraser

Ogos 25, 2016 Add Comment
Antara Pencil dan juga Eraser

Sekalipun kita tak mampu menjadi seperti kedua-duanya, cukuplah kita menjadi diri sendiri yang punya hati dan perasaan. Sekalipun tak banyak ia mampu menyelami sedikit kesedihan itu. Jangan diguris hatinya orang andai terluka sukar dirawat. cewahhh hahah

"Jika kita tidak mampu menjadi Pencil untuk menulis Kebahagiaan orang lain
Jadilah seperti Eraser untuk memadam kesedihan orang lain"


Rm50 dulu dan Rm50 sekarang

Ogos 24, 2016 2 Comments
Rm50 dulu dan Rm50 sekarang

Inilah hakikat sebenarnya. RM50 dulu dengan sekarang..nilai tetap nilai. banyak gan sedikit je bezanya. kalau sebelum ini setroli kita boleh dapat gan nilai ni tapi sekarang plastik biasa tu pun tak belum tentu penuh lagi nilainya dah kena tambah

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com

Ogos 23, 2016 10 Comments
Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Persiapan terakhir dah

Ogos 17, 2016 Add Comment
Persiapan terakhir dah
Assalamualaikum wbt. Selamat pagi uoolls. Dah bangkit dah ke or masih ada yang berkira-kira nak bangkit ni. Ishhh tak yah berkira sangat la bangkit je lahhh. Ayam pun berkokok sahut menyahut tak berhenti lagi ni..

In shaa Allah hari ni last dah kot persiapan majlis apc tempat ciktie. Kalau ikut pagi ni ada meting dekat kem desa sana tu. Orang hq turun. Harap-harap semua ok lah kan, in shaa Allah aamiin.

Dah la ciktie kena siap-siap dah ni. Tak sempat langsung nak update sini.

Menilai Harga dan Kualiti Mutiara

Ogos 04, 2016 Add Comment
Menilai Harga dan Kualiti Mutiara


Kalau nak tau, sebiji mutiara itu boleh dinilai berdasarkan kualiti dahulu sebelum harga sebiji itu dapat diketahui. Nak tau camner?? Camni caranya menilai harga dan kualiti mutiara di dasar laut berdasarkan :-
  • Kilauan

  • Ukuran 
    • semakin ia besar, semakin ia sukar ditemui. Sainya pula di ukur secara garis pusat dan ia boleh di dapati daripada saiz 8mm sehingga 16 mm
  • Bentuk 
    • semakin sempurna bulatnya, semakin luar biasa dan bernilai harganya. Yang kedua terbaik dan kerap digunakan adalah mutiara separuh bulat kerana untuk mendapatkan ukuran yang sama amat sukar.
  • Permukaan 
    • semakin sedikit kecacatan pada permukaan mutiara, semakin tinggi nilainya tetapi untuk mendapatkan yang benar-benar sempurna adalah satu dalam seribu berikutan mutiara ini terhasil melalui proses semulajadi dimana tiram biasanya meninggakan kesan unik padanya.
  • Warna 

  • Berat 
    • kalau ianya besar dan biasa di ukur dalam momme dan bentuk sukatananya adalah 0.065gm
  • Semulajadi/ Biakan
    • kebiasannya yang asli (terhasil secara semulajadi) lebih istimewa dan bernilai berbanding yang dibiakan di ladang (di usahakan oleh manusia)

Rumah Pelik Dan Aneh Di Dunia

Ogos 04, 2016 Add Comment
Rumah Pelik Dan Aneh Di Dunia
Unik juga sesekali tengok rumah camni :> kreatif betul diorang. Tak terfikir di akal nak bina atau memliki rumah kediaman camni rupa. Tapi kalau dapat peluang jejakkan kaki kat rumah camni, best juga. Pelik-pelik idea diorang ni tapiiii dalam pelik-pelik tu...memang kagum la dengan kreativiti mereka dalam menghasilkan rumah seumpama ini.

Unik tetapi pelik!! memang gempak.. Agak-agak pasni ada tak orang nak bina rumah pelik camni kat dalam Malaysia??

Country Music Hall of Fame and Museum di Nashville, Tennessee, Amerika

Country Music Hall of Fame and Museum in Nashville dibangun dengan bentuk kunci G (horizontal) dalam musik dan berbentuk piano. Biaya membangun nya adalah juta (sekitar Rp 335 milyar) dan museum ini mulai di buka di tahun 2001

Guggenheim Museum di Bilbao, Spanyol

Arsitek Frank Gehry merancang museum Guggenheim Museum, terletak di kota pelabuhan di Bilbao, untuk menyerupai kapal.
Residential Car-House di Salzburg, Austria
Rumah mobil ini dibangun di Salzburg, Austria, oleh arsitek Jerman, Markus Voglreiter, memakan biaya 1 million euros untuk membangun nya di tahun 2004.
Meseum Seni Frederick R. Weisman di Minneapolis, Amerika


Terletak di sungai Mississippi, Minneapolis, Amerika. Museum Seni Frederick R. Weisman di University of Minnesota ini mempunyai dua sisi yang berbeda. Di satu sisi (kampus sisi), penampilannya bisa berbaur dengan bangunan-bangunan sekitar nya yang dibangun dari batu-batuan. Di sisi lain, museum ini berbaur dengan bangunan dari besi. Museum ini adalah hasil karya arsitek Frank Gehry.
Casa Batllo di Barcelona, sepanyol


Ketika pemilik rumah Josep Batllo, menunjuk arsitek Antoni Gaudi untuk merenovasi rumah nya di tahun 1877 di Barcelon, Spanyol, ternyata arsitek ini bukan hanya  membuat perombakan radikal besar-besaran terhadap rumah tersebut tetapi juga menghasilnya maha karya yang masih diingat orang 100 tahun kemudian. Rumah ini selesai di bahun di tahun 1904.
Ideal Palace of Ferdinand Cheval di Hauterives, Perancis

Di 1879, pak pos asal Perancis mulai pembangunan rumah ini dan baru selesai setelah 33 tahun kemudian. Rumah ini terbuat dari batu-batu yang bersastu dengan lemon dan semen. Rumah ini adalah karya seni yang maha besar
Longaberger Co. di Newark, Ohio, Amerika
 
Tercetus dari produknya sendiri iaitu 'Bakul', Syarikat Longaberger yang terletak di Newark, Ohio, Amerika ini merealisasikan bangunan pejabatnya seumpama Bakul yang sempurna sifatnya cuma ianya adalah berukuran 160 kali ganda dari bakul yang dihasilkan syarikatnya. Berkeluasan 180'000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak tujuh tingkat. Bangunan ini menelan belanja AS$30 juta dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. "Dave Longaberger" adalah pemilik bangunan ini dan dia jugalah yang mengilhamkannya.

Torre Galatea (Figueras, Spain)


Hal pertama yang anda lihat pasti telur raksasa yang ada di langit-langit. Museum ini dibangun oleh sang arsitek, Dali, untuk mengenang istri sang artis yang telah meninggal. Yang heran nya, rumah ini berdiri disamping gereja tempat Dali dibaptis di tahun 1904.

Sydney Opera House di Sydney, Australia

Dirancang oleh arsitek Denmark dengan atap yang mirip kapal, Sydney Opera House dibuka bulan Oktober 1973 dan merupakan ikon paling terkenal dari Australia
The Haines Shoe House di York County, Pennsylvania, Amerika


Di bangun tahun 1948 oleh pengusaha sepatu Mahlon Haines, rumah ini merupakan salah satu alat beriklan terkenal di jaman tersebut. Dimensi rumah ini adalah 48-foot panjang, 17 foot lebar, dan 25 foot tinggi mempunyai 3 kamar tidur, 2 kamar mandi, 1 dapur, dan 1 ruang tamu, dengan 5 lantai.
sumber : lyapuspa 


Disebalik BISMILLAH

Ogos 04, 2016 Add Comment
Disebalik BISMILLAH






eatretertareyt



BISMILLAH 

sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang membawa maksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada   Jibrail..

2. BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf di dalam BSMILLAH mempunyai 19 huruf dan malaikat penjaga neraka juga mempunyai  19 (QS. AL Muddatsir: 30). 


Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Anda ada dua pilihan sama ada:
1. biarkan saja tanpa bermanfaat untuk org lain...

2.Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... Smile

Buah & Sayur Sebagai Bahan Pelawas

Ogos 04, 2016 Add Comment
Buah & Sayur Sebagai Bahan Pelawas
Rasanya ramai yang sedia maklum bahawa buah dan sayur adalah bahan yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita tuk membantu menyingkirkan bahan toksin padanya. Nak tau buah dan sayur yang macam mana yang amat diperlukan tubuh kita? Kat bawah ni cik tie dah tersenarai siap-siap. So, jom follow *-*

  • Buah-buahan
    • ia mempunyai kandungan cecair yang tinggi untuk membantu badan membuang toksin
    • ia mudah dihadam
    • mempunyai banyak antioksida, nutrien, serat dan juga vitamin penting.
  • Makanan hijau dan sayuran segar (saderi, bayam, sayuran berdaun hijau dan barli)
    • meningkatkan klorofil dalam sistem penhadaman di mana ia dapat membuang toksin berbahaya termasuk toksin logam berat, racun rumpai, racun daripada produk pembersih dan juga racun makhluk perosak.
  •  Lemon, limau dan Oren
    •  Membantu badan mengeluarkan toksin dalam saluran penhadaman dengan proses berenzim
    • Jus lemon juga membantu proses pembersihan/penyahtoksikan hati.
      • Tip: untk membantu toksin menjadi bahan yang boleh dihadam
      • mulakan setiap pagi dengan segelas air lemon suam
  •  Bawang putih
    • meransang hati menghasilkan enzim penyahtoksikan untuk membantu menapis sisa toksin daripada sistem penghadaman.
  • Brokoli
    • mempunyai antioksida yang tinggi
    • merangsang pengeluaran enzim penyahtoksikan dalam sistem penghadaman.
  • Teh hijau
    • penuh dengan entioksidan terutam Catechin yang boleh mengeluarkan toksin daripada sistem badan dan meningkatan fungsi hati.
  • kacang hijau
    • ianya mudah dihadam
    • ianyan mampu menyerap sisa toksin daripada dinding usus
  •  Bijiran dan kekacang yang mudah hadam seperti kuaci - biji labu, kacang badam, walnut, bayam dan biji bunga matahari.
  • Minyak omega
    • membantu proses penyahtoksinkan contohnya minyak avokada dan minyak zaitun dalam makanan dapat melincinkan dinding usus untuk dikeluarkan daripada badan.

Help Me Please

Ogos 02, 2016 Add Comment
Help Me Please
Camne nak buat ni?? 
dah dua tiga hari ciktie duk usha-usha camne nak settle kan masalah ni.
try-try buat tak jadi-jadi juga. Camne sebenarnya cara uools buat ya??

#colk

Kalau uolls terperasan la kan tapi memang perasan la menu gan sub menu colk ni cam tiada apa-apa kan?? Cuma bergantung pada home je. mana-mana menu tu cam ko. Kononnya nak mudah la pecah ikut menu tapi sekali arhhhhh tak jcikumpa jalan dah. Please help me !!




Nasi Goreng Special

Ogos 02, 2016 Add Comment
Nasi Goreng Special

Oo..camni ke Nasi goreng special kat sini. Beza ya gan nasi goreng special dekat kedai bawah flat pangsamurni masa ciktie duk sana. Sekarang kedai2 semua tu dah pindah dah. Tuan tapak kedai tu nak buat apa tah. Rindu sangat gan nasi goreng special kat situ !!

Sebenarnya ciktie ada juga cuba nasi goreng special selain kat kedai flat bawah tu dulu. Tapi rupa gan rasa dia lebih kurang gan nasi goreng special kat sini la. Ada udang..ada cendawan.

Nasi goreng special yang ciktie teringin nak makan tu ada daging, ayam, udang goreng. Sesekali diselitkan gan sotong goreng. Sikit2 semuanya.. minyak diorang goreng daging tu diorang masak nasi goreng sebenarnya. Tu yang rasa nasi tu lebih ummmuahhh. Lauk tu pula cicah lak gan sambal belacan dia wahhhhh sedapnya

Apapun tiap-tiap orang mempunyai selera yang berbeza. Kesedapan bagi ciktie mungkin tidak bagi sesetengah kita kan. Apapun bersyukur gan apa yang telah menjadi rezeki kita. Nak enak nak sedap usha lagi esok ya


My Ping in TotalPing.com