Tips meninggalkan rumah

Julai 01, 2016
Bermula semalam warga kota mula bergerak pulang ke kampung halaman. Ada yang dah sampai kampung halaman dan ada juga yang terpaksa menahan gelora di dada. Macam-macam pengangkutan yang telah dipilih untuk kembali beraya bersama keluarga tercinta. Ada yang balik menaiki kereta, bas, motosikal tak kurang juga kapal terbang. Rasanya setakat tengahari ni, bunyi kapal terbang ok lagi..maybe sehari dua lagi bunyinya tak putus-putus kedengaran.



Certa bab balik kampung ni, ciktie teringat lagi time-time orang sibuk nak balik beraya camni la ciktie kena tahan dalam wad dulu. Pasal kena denggi tu ciktie ada bagitau kat sini. So, sebelum terkena tu baik kita beringat, kan. Sebelum keluar untuk meninggalkan rumah tu pastikan :-

  1. Bekas-bekas yang mengadungi air dibuang dan ditutup;
  2. matikan semua suis elektrik sebelum di cabut;
  3. tutup kepala gas memasak;
  4. kunci pintu dan tingkap dengan rapat, dan
  5. maklumkan kepada jiran atau rukun tetangga tentang ketiadaan kita sepanjang tempoh bercuti.








Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com