Nak jadi certa betul la ramadhan pertama kali ini. Menu berbuka untuk hari pertama orang kata kan. Kononya nak mencuba sesuatu yang baru. So, Ayam Tempayan jadi pilihan.
Hari pertama berpuasa, kebetulan semasa tengah scroll fb tu terpandang iklan pasal AYAM TEMPAYAN ni. Tahun sebelum ini empunya menu ni berniaga dekat Taman Bendahara ni je tapi bermula tahun ni beliau pindah tempat. Ok, secara kebetulan juga adik lelaki ciktie dah kena balik Terengganu lepas berbuka malam tu...so, ciktie terus book untuk berbuka petang tu juga la. Nasib baik dia terima tempahan ciktie last-last minit camtu. Kemudian dia pass la lokasi kedai dia tu.
Mati-mati ciktie ingatkan kedai dia tu sebelah Restoran Nasi Ulam dekat Jalan Padang Tembak sana tu. Dalam area pukul 4 lebih2 sikit camtu ciktie baru nak keluar pergi kedai dia. Sekali jam teruk ko tau area traffic light ni. 2/3 kali juga kena pusing last-last balik rumah semula minta adik lelaki ciktie tu temankan kan tak da paking susah lak tapiiii
tah camne laa..
boleh pula sesat kat sana. Eeehh bukan sesat la salah masuk lorong hehe. Memula tu nak terbabas menghala ke Kubang Kerian dah pastu silap masuk lorong ke kiri pulak.. Apalah haii..berkali-kali la ciktie col empunya kedai tu sebelum sampai sana hahahahha lawak lak rasanya. Tempat sendiri pun tak berapa nak kenai. Lepas je ciktie ambil ayam tu..akak gan abang tu pun tutup kedai. Gara-gara ciktie diorang pulak yang terpaksa tutup lambat. Acamner la ciktie boleh tak terperasang signboad besar alam tu kan sob..sob
Apapun merasa juga ciktie makan ayam tempayan tu.
Sedap tau !! tapi ciktie suka makan camtu je. cicah sos yang dibekalkan tu je.
So kalau korang nak cuba bolehlah hubungi empunya menu tu dulu. Lambat2 memang tak dapat !!
Ayam tu pula ada 3 kategori tau
Kecil (RM 22) - Sedang (RM 23) - Besar (RM24)
So, pandai-pandai korang la.
Foto : Fb Norbaidura Shafie
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.