Gelagak Si Kenit

Jun 30, 2016 Add Comment
Gelagak Si Kenit

Sekali pandang cam geram je nak cubit-cubit pipi budak kecil ni. Melihat gelagak dan tingkah lakunya yang aktif dan ceria itu pula menyebabkan kita gembira sangat. Dengan kereta merahnya itu sekejap ke depan sekejap ke belakang. Suaranya pula yang kekadang menjerit betul-betul menceriakan suasana walaupun ada sesekali rasa geram menguasai diri.

Nak capai apa lagi nih

Gaya lincahnya masa nak berebut hp

Budak manja time nak tidur



Laluan balik beraya

Jun 29, 2016 2 Comments
Laluan balik beraya
Mengikut berita semalam, lebih kurang 3 juta kenderaan akan mula memasuki negeri kelantan bermula hari ini. banyaknya kenderaan dalam negeri kelantan pasni..yang sedia ada dah berapa banyak..pastu tambah pula yang akan masuk sehari dua lagi ni. memang cam biasa la mana-mana jalan kan sesat la. Sana jammed sini jammed hahaha kelantan tak pernah tak jammed nak-nak time nak raya ni. Negeri lain pun jammed jugak kan tapi tak adalah seteruk negeri kelantan rasanya. 

Apapun selamat kembali ke kampung halaman perantau-perantau semua. Tak kisah balik manapun memandu tu biar cermat ya. banyakkan bersabar jangan stres-stres walaupun gerenti punya korang semua kan stres. Drive tu janganlah asyik nak memotong pula. tak adanya korang sampai awal sangat pun kat destinasi yang dituju tu. 


Sebelum memulakan perjalanan tu check dulu apa yang patut. 
Berhenti dulu kalau mengantuk ataupun penat. Jangan lupa semak dulu laluan trafik sebelum mulakan perjalanan tu. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi yang dituju nanti, aamiin. Eeehh ehhh sebelum tu ciktie nak tau juga korang yang balik kelantan ni ikut laluan mana ?? 3 or 1 and 2..






Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 3

Jun 27, 2016 Add Comment
Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 3

Sinopsis

Kruz (Fattah Amin) berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun, apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. 


Kemudian dia bertemu dengan Ayu (Mira Filzah) dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya yang lain kerana Ayu seorang yang pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja. So, apa akan jadi pada Kruz seterusnya. So, meh layan Ketupat Palas Mr.Handsome Episode 3


10 malam terakhir

Jun 26, 2016 1 Comment
10 malam terakhir
10 malam terakhir..


Dah tak sampai 10 malam dah. Kalau ikutkan malam ni malam ke 22 dah. Semoga kita semua berpeluang bertemu satu malam yang diimpikan itu. 

Walaubagaimanapun, teruskan melakukan amal ibadat kepada Yang Esa. Selain solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa dan keluarkan zakat. Baca al-quran, berzikir dan selawat jangan di lupakan. Semoga kita sentiasa istiqomah melakukannya kerana Dia. In Shaa Allah, amiin

Beg duit dari mesir

Jun 26, 2016 Add Comment
Beg duit dari mesir
Kopek dah sikit beg ni. Selalu sangat di gigit si kenit kat rumah sebelum ni. Selalunya ciktie tak sempat pun nak menilik-nilik camni. Tapi hari ni sempat pula..sementara menunggu seseorang kan hikhik


Beg ni sebenarnya akak kat office lama tu bagi. Memula tu ciktie nak pinjam je. Kebetulan masa tu ada jamuan raya peringkat bahagian. Minta pinjamkan dulu tuk masukkan duit seringit dua gan handphone. Tup-tup dia bagi terus. Thanks kak.. Setahun dah rasanya beg ni gan ciktie. Ciktie sayang sangat..nak-nak ia datang dari Mesir. Terubak juga rindu suara akak yang riuh satu office dulu

Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 2

Jun 26, 2016 Add Comment
Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 2

Sinopsis

Kruz (Fattah Amin) berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun, apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. 

Kemudian dia bertemu dengan Ayu (Mira Filzah) dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya yang lain kerana Ayu seorang yang pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja. So, apa akan jadi pada Kruz seterusnya. So, meh layan Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 2


Tips mudah kaut pahala malam lailatul qadar

Jun 26, 2016 Add Comment
Tips mudah kaut pahala malam lailatul qadar

Tiada siapa tau bila malam lailatul qadar tu. Sepertimana semua orang tau ianya berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan. 10 malam terakhir itu boleh jadi malam ni..malam esok atau malam-malam seterusnya. 

So, sama-sama lah kita cuba rebut peluang keemasan ni dengan apa cara yang boleh. Tak dapat banyak sikit pun boleh..

Jumaat - 8 Julai 2016 Cuti Peristiwa

Jun 25, 2016 Add Comment
Jumaat - 8 Julai 2016 Cuti Peristiwa
Betul ke apa yang diperkatakan atau hanya omon-omon kosong penambah citarasa ??


Ciktie tak tau betul atau tak berita ni sebenarnya. Dalam wassap orang duk certa je. Kalau betul, alhamdulillah la. Tapi kalau tak pun alhamdulillah jugak. Orang bagi cuti kita cuti kalau orang tak bagi pun kita masuk kerja cam biasa la kan hikhikhik..

Apapun sesape yang tau certa ni bolehlah inform ciktie balik ya..


Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 1

Jun 24, 2016 Add Comment
Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 1
Gandingan Fattah Amin (Kruz) dan Mira Filzah (Ayu). Drama arahan Yeop Hitler dan ianya dah mula ditayangkan semalam di Slot Lestary TV3 tapi ciktie tak sempat pun nak tengok lagi. So, ciktie share kat sini dulu. nanti bila senang-senang boleh la ciktie tengok kat sini


Sinopsis

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun, apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. 

Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya yang lain kerana Ayu seorang yang pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja. So, apa akan jadi pada Kruz seterusnya. Meh layan Ketupat Palas Mr. Handsome Episode 1




Hikmah hari ini

Jun 24, 2016 Add Comment
Hikmah hari ini

Boleh jadi saat engkau sedang tidur, 
pintu-pintu langit sedang diketuk puluhan doa kebaikan untukmu ;-

-Dari seorang lelaki yang telah engkau tolong
-Dari seseorang yang kelaparan yang telah engkau memberikan makan
-Dari seseorang yang berdukacita yang telah engkau bahagiakan 
atau mungkin 
-Dari seseorang yang dihimpit kesulitan yang engkau telah lapangkan

salam jumaat semua



Bloglist Ramadan By Hasrulhassan

Jun 21, 2016 1 Comment
Bloglist Ramadan By Hasrulhassan

Wahh..wahhh bw blog HH sat ni. 
Tengok-tengok COLK dah tersenarai dalam Bloglist Ramadan HH la. Terima kasih HH. Walaupun ciktie tak sempat nak meng'update bagai colk ni tapi ok lah kan dari tak da hehe boleh lak camni kan.

Hari tu ciktie ada join segmen HH KENAPA CIKTIE JOIN SEGMEN HASRUL HASSAN (HH) then ni lah sebenarnya jawapannya




Resepi Mudah Mihun Singapore Ciktie

Jun 16, 2016 2 Comments
Resepi Mudah Mihun Singapore Ciktie

Antara menu berbuka puasa pilihan ciktie - Mihun Singapore a.k.a mihun putih a.k.a mihun lada hitam. Alhamdulillah clear sekuali hehe tapi adik ciktie bagitau dah sedap dah. 2/3 kali dia menambah tau. Lagi satu ni pertama kali ciktie goreng mihun camni. Tekak ciktie ni dah teringin sangat nak makan. Ada juga usha-usha kat pasar tapi tak ada la pula. Nasib baik juga tak ada..kalau ada memang sah-sah ciktie tak masak punya.  

Persembahan mihun singapore simple by ciktie. 

Mihun Singapore Ciktie

Bahan-Bahannya
1 Bungkus mihun **ciktie pilih cap merak
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit halia
2 biji telur
3 biji cili burung ** boleh tambahkan kalau suka pedas
fish cake * dipotong halus
1 batang daun sedari * dipotong halus
1 biji carrot * dihiris panjang2 tetapi halus 
sedikit garam dan secukup rasa
segemgam lada hitam **dikisar halus

Untuk hiasan 
** dipotong sebelum ditabur atas mihun
1 biji timun
2biji tomato
2 biji lada besar 
sedikit daun bawang dan daun sup

Cara-caranya adalah :-

1. Rendamkan mihun bersama air panas dan toskan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili burung dan halia yang telah dikisar halus sehingga warna kekuning-kuningan. 
3. Masukkan first cake. Boleh juga ditambah ayam atau udang.
4.Masukkan telur satu per satu dan kacau biar hancur. 
5. Masukkan lada hitam yang telah dikisar halus diikuti dengan garam. kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan mihun dan kacau lagi.
7. masukkan daun sedari dan carrot yang telah dipotong halus.
8. Tambahkan sedikit garam lagi dan secukup rasa.
9. Dah sedia untuk di m.a.k.a.n !!



Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

Jun 15, 2016 7 Comments
Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Ayam Tempayan yang sedap

Jun 15, 2016 Add Comment
Ayam Tempayan yang sedap

Nak jadi certa betul la ramadhan pertama kali ini. Menu berbuka untuk hari pertama orang kata kan. Kononya nak mencuba sesuatu yang baru. So, Ayam Tempayan jadi pilihan.
  

Hari pertama berpuasa, kebetulan semasa tengah scroll fb tu terpandang iklan pasal AYAM TEMPAYAN ni. Tahun sebelum ini empunya menu ni berniaga dekat Taman Bendahara ni je tapi bermula tahun ni beliau pindah tempat. Ok, secara kebetulan juga adik lelaki ciktie dah kena balik Terengganu lepas berbuka malam tu...so, ciktie terus book untuk berbuka petang tu juga la. Nasib baik dia terima tempahan ciktie last-last minit camtu. Kemudian dia pass la lokasi kedai dia tu.


Mati-mati ciktie ingatkan kedai dia tu sebelah Restoran Nasi Ulam dekat Jalan Padang Tembak sana tu. Dalam area pukul 4 lebih2 sikit camtu ciktie baru nak keluar pergi kedai dia. Sekali jam teruk ko tau area traffic light ni. 2/3 kali juga kena pusing last-last balik rumah semula minta adik lelaki ciktie tu temankan kan tak da paking susah lak tapiiii


tah camne laa..
boleh pula sesat kat sana. Eeehh bukan sesat la salah masuk lorong hehe. Memula tu nak terbabas menghala ke Kubang Kerian dah pastu silap masuk lorong ke kiri pulak.. Apalah haii..berkali-kali la ciktie col empunya kedai tu sebelum sampai sana hahahahha lawak lak rasanya. Tempat sendiri pun tak berapa nak kenai. Lepas je ciktie ambil ayam tu..akak gan abang tu pun tutup kedai. Gara-gara ciktie diorang pulak yang terpaksa tutup lambat. Acamner la ciktie boleh tak terperasang signboad besar alam tu kan sob..sob


Apapun merasa juga ciktie makan ayam tempayan tu. 
Sedap tau !! tapi ciktie suka makan camtu je. cicah sos yang dibekalkan tu je. 
So kalau korang nak cuba bolehlah hubungi empunya menu tu dulu. Lambat2 memang tak dapat !!
Ayam tu pula ada 3 kategori tau
 Kecil (RM 22) - Sedang (RM 23) - Besar (RM24)
So, pandai-pandai korang la. 

Foto : Fb Norbaidura Shafie


Birthday My Bro

Jun 14, 2016 Add Comment
Birthday My Bro
HAPPY bIRTHDAY TO YOU
Happy Birthday To You
happy birthday to A.R.I.F
Happy birthday to you


Yeahhh !! tepuk-tepuk

Selamat ulang tahun dik
dah terlepas 3 hari dah ni hehehe apapun harap puas hati la makan kek (Cake Layer Chese) pilihan sendiri sebelum tu ya :) :) Dah genap 26 tahun dah usianya. Cepatnya masa berlalu. Rasa cam semalam awak masuk tahun 1. Semoga dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berkekalan dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya sentiasa. Aamiin.






Bonus Kakitangan Awam

Jun 08, 2016 2 Comments
Bonus Kakitangan Awam
Alhamdulillah, syukur.. 
Dapat juga merasa bonus bulan ni. Bonus sempena Aidilfitri tahun ni hehe sebenarnya ia bukan bonus tapi lebih kepada bantuan khas hari raya tuk kakitangan kerajaan dan pesaranya. 

Dengarnya ia dibayar pada 13 Jun 2016 ni. Alhamdulillah, terima kasih PM. 

Dapat la nak berangan-angan tinggi sikit nanti. 
Kakitangan kerajaan dapat bonus rm500 manakala warga pencen lak dapat rm250. 
Alhamdulillah, rezeki dari-Nya.

Hari pertama berpuasa

Jun 06, 2016 1 Comment
Hari pertama berpuasa
Selamat berpuasa !!
hari pertama berpuasa macam2 ragam tergambar di wajah tapi ciktie memang tak nafikan ada kelainannya sedikit berbanding puasa ganti kan opps tu rahsia kaum hawa je tau hikhik

Semacam penat je hari ni. plus ngantuk malam tadi tak cukup tidur. nasib la malam tadi sempat bangun makan mee rebus kalau tak lagi haru. Macam terasa lagi kesedapan mee rebus tu walaupun ianya cuma ada ayam dan sayur sawi je. Masakan ibu mana ada yang tak sedap kan

Apapun hari ni hari pertama berpuasa. Tak terlambat lagi tuk ciktie ucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah terawih di malamnya. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik juga dalam bulan yang mulia ini.

#dahadayangterfikirnakrayadahke

Habbatus Sauda Dari Mekah

Jun 03, 2016 Add Comment
Habbatus Sauda Dari Mekah

Camne boleh tertinggal la Habbatus Sauda ni pagi tadi. Dalam duk ingat2 tu boleh lagi tertinggal..

Tak dapat juga nak bahagi2 dengan office mate hari ni. Sebenarnya habbatus sauda ni pemberian dari kawan yang baru balik mengerjakan umrah. Sebelum balik kerja semalam dia bagi dekat parking kereta. Adalah dalam 5 atau 6 bungkus kecil2 camtu tuk pass pada office mate yang lain.

Habbatus sauda ni antara 7 makanan sunnah tau. So, ia boleh je diambil camtu je. 7biji tuk 1 hari.. Takpun ia juga boleh dikisar halus sebelum dicampur gan madu..

Ohh ya jangan ada yang tertukar pula habbatus sauda gan biji selasih. Walaupun warnanya sama tetapi saiznya berbeza. Rendam dalam air memang tak kan kembang ya hehe


GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Jun 02, 2016 2 Comments
GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Haha..mesti ada yang pelik. Apasal la COLK ni asyik post GA gan segemen je kan. mesti kehabisan idea tuk mengarang dah tu hehe. sebenarnya bukan ! Idea tetap ada cuma masa je tu. Cam tak sempat je nak mengarang ni. Yang sempatnya join segmen camni. Sementara sempat ni join jelah kan daripada tak update apa-apa. Tak gitu

Untuk maklumat lanjut tentang GA ini, sila tekan banner di atas ya.
Sekian untuk kali ini




My Ping in TotalPing.com