OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Oktober 28, 2015 9 Comments
OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE
GA Pertama untuk bulan ni. Dah hujung2 baru perasan rupanya Mek Zumbie buat GA ni.


Secara ringkasnya ciktie suka dengan blog Mek Zumbie ni
Nampak simple gan warna putih..tambah ceria dan menarik gan sedikit kombinasi warna pink, biru dan oren cair betul ke warnanya ni. belasah je la Mek Zumbie ya. dekat2 dah tu colournya tu kan :> Entry kat dalam tu pun jelas dan senang  di nak baca.

 Tarikh tutup
31 Oktober 2015 (Sabtu - 12malam)





KitKat Grean Tea

Oktober 22, 2015 3 Comments
KitKat Grean Tea

KitKat baru. Cover colour hijau. Sebelum ni memang teringin sangat la nak rasa. Kebetulan lunch tadi keluar saje-saje ke Pantai Timur Bendahara. Dah alang-alang nampak tu ambil terus je la. 

Boleh tahan juga la rasanya. Rasa lemak-lemak susu camtu tapi ciktie lebih suka yang biasa sebelum ni. Dengan nilai rm 3.60.. Ni la rupanya



Jerebu melanda lagi

Oktober 21, 2015 Add Comment
Jerebu melanda lagi
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau lindungilah kami dari segala-galanya. Aamiiin.


Teruk betul jerebu hari ni. Lagi teruk dari sebelum ni. Sekali tengok dah cam time hujan lebat je. Sakit mata betul nak tengok sekeliling. Flight pun terpaksa delay sampai ke petang. Kecian pulak tengok mereka2 yang menunggu untuk berlepas.


Tak pelik ke uoools kenapa semua ni jadi?? Tiap2 tahun kebelakangan lak ni. Cam dah jadi kewajipan lak ianya berlaku. Ciktie rasa tak ada gunanya jugak kalau kita aje yang berusaha mengubati andai pihak terbabit /berkenan tidak  berusaha sama mencegahnya. Jangan hanya mementingkan diri sendiri satu dunia pula yang mendapat impaknya. 


Apapun, semoga keadaan akan lekas kembali pulih. Dan alam sekitar juga kembali mewarnai kehidupan kita semula. Aamiin..




Anak saudaraku sayang

Oktober 05, 2015 2 Comments
Anak saudaraku sayang
44 hari dah berlalu, bermakna dah 44 hari dah la ciktie terima kehadiran orang baru dalam keluarga. Neneknya sendiri yang bagi nama tuknya ni tau. Ambil sempena nama anak Rasullullah saw dan juga nama Ustazah Dr Fatma Zaharah, Siti Fatma Al-Zaharah binti Sukardi nama diberi.



Dilahirkan pada 9.05 malam, 23 Ogos 2015 bertempat di Hospital Raja Perempuan Zainad II, Kota Bharu dengan berat 1.6kg. Tp skrg dah 3.6kg dah. Masa dia dilahirkan ciktie dekat Kolumpo. Attend meting. Pagi tu mak dia hantar pi Airport tup2 malam dia dah kuar dah. Alhamdulillah, syukur.

So, ni lah anak saudara pertama dan cucu pertama dalam keluarga. Tak sabar ciktie nak tunggu dia besar. Apapun, semoga adik membesar gan sihat ya. Sayang adik..


My Ping in TotalPing.com