Aii uuooolls
selamat tengahari. Selamat hari raya maaf zahir batin jugak
hari ni baru sempat on blog ciktie ni.
Hari ni dah 22 or 23 syawal dah. kejap je masa berlalu. sedar..sedar dah sampai ke penghujung. hari ni ciktie balik kerja awal sikit. sementara tunggu orang2 lelaki solat jumaat ciktie mai jengah sini jak. Lagipun kat luar tu hujjan lebat lebat sangat. 2/3 menjak ni asyik hujan lebat je kat sini. Risau pula bila sesekali dah jadi camni. Angin pun tak kurang kuat juga. sampaikan tertutup sendiri pintu depan office ni.
Semalam office ciktie sambut raya. sambut peringkat negeri kelantan gan terengganu. yang betul2 office punya minggu depan. hari jumaat bersamaan 14 Ogos 2015. Semalam sambut sekali gan kursus. 2 dalam 1.. kursus bermula hari selasa lagi..last semalam. banyak juga menu raya semalam tapi kebanyyakkannya ciktie gan officemate tak sempat nak makan. Yang datangnya dah tapau siap2 hmmm tapi tak apa la. Bukan rezeki kami selaku empunya program nak merasainya.
Tapi ciktie nak pesan la sikit..kalau datang open house ke apa apa2 program camni, jangan lah nak tapau2 bawa balik rumah ke apa. bukan tak boleh..tapi agak2 la. Jangan sampai licin uooollls kerjakan. kalau dah datang tu..jemput la makan..janganlah tapau2 ke apa. Ingat-ingat la orang belakang juga. Masih ada yang belum makan. Empunya diri pun tak sempat nak merasa.
Ni lah antara menu semalam yang sempat ciktie snap gambornya tak merasa pun tak mengapo