Selamat Hari Raya

Julai 16, 2015 1 Comment
Selamat Hari Raya

selamat hari ulloss
hari ni tetamu kita, Ramadhan dah nak balik. Sebulan bersama kita..macam2 ragam dia jumpa.
dan hari sekali lagi pelbagai ragam tu terlihat. Syawal kan menjelma menggantikan Ramadhan yang akan pergi. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
InsyaAllah, aamiin..

Hari ni ciktie balik awal. Sebelum ciktie balik..ciktie nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala kekhilafan ciktie sekiranya ada selama ini. Semoga segala amal ibadat kita selama ini diberkati. aamiin.


Doa menaiki kenderaan

Julai 14, 2015 2 Comments
Doa menaiki kenderaan

Hati2 dalam perjalanan tau uolls
tak kira la korang naik kereta ke..motor ke..keretapi ataupun kapal terbang ke tuk balik kampung or ke mana-mana. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sebelum mulakan perjalanan tu..jangan lupa baca doa dulu tau. semoga perjalanan kita tu berjalan lancar dan selamat tiba.
Aamiin..

DOA MENAIKI KENDERAAN
'Maha Suci Allah yang telah mengawal semuanya ini untuk kami, pada hari sebelum ini kami tidak menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan jualah kami kembali.

Pertama kali bayar zakat fitrah

Julai 14, 2015 Add Comment
Pertama kali bayar zakat fitrah
Alhamdulillah, selesai sudah tunaikan zakat fitrah. Bayar kat sebelah office ni je..dan ni firstime bayarkan tuk diri sendiri. sebelum ni tengok orang bayar je. bayarkan jugak tuk mak. Total RM 14 tuk 2 orang dengan nilai kadar RM 7 seorang. 



Ehh..ehh.. rupanya zakat fitrah tuk ciktie gan mak dah dibuat la. So, terbayar 2 kali la jawabnya ni. Tak mengapa lah kot. janji dah settle. My bro pun satu.. apasal tak gtau awal-awal. Korang lak ?? dah bayar belum..


Persiapan Raya Ciktie

Julai 09, 2015 6 Comments
Persiapan Raya Ciktie
Yaahhuuu
gaji dah masuk dah. boleh la topup sikit lagi apa yang patut jak lagi. Tapi tak boleh la nak lebih-lebih ni..gaji akan datang lambat lagi nun disana.


Persiapan raya tak tau ke mana lagi.
kalau seblum ni asyik sibuk nak balik raya..nak kena kira berapa hari nak cuti..berapa banyak kuih raya nak bawa balik... sibuk duk tanya saudara-mara bila nak gerak balik dan blah..blah..blah lagi tapi tahun ni, tak lagi !

Tuk kuih raya dah settle. InsyaAllah, kan ada juga satu dua jenis yang jadi kuih tunjuk-tunjuk tu. Selebihnya dibuat khas oleh mak buyong kat rumah tu. Tuk baju pulak hmmm cam tahun lepas-lepas jugak kot..pakai mana yang ada. janji boleh beraya kan. Duit raya pun dah siap tukar ni..nak tunggu masuk sampul dan agih je lagi. Tahun ni tak terbuat la nampaknya rumah terbuka. my cousin nak kawin raya ke-2 ni dan majlis bertandang raya ke-7. Kalau sempat nanti ciktie share kat sini pasal majlis diorang tu.

Orang lain dah dalam mood raya dah tu. lagu-lagu raya dah berkumandang lama dah tu.
So, ciiktie nak ucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat menunaikan solat terawih dulu. raya lambat lagi ni..ada lagi minggu depan 

Arahan dah keluar cuma surat tak sampai lagi

Julai 06, 2015 2 Comments
Arahan dah keluar cuma surat tak sampai lagi
hai ulloss
selamat petang dan selamat berpuasa. Hari ni dah 19 ramadhan dah bersamaan dengan 19 hari kita semua umat islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah..semoga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. aamiin.

Hari ni ciktie masih lagi menunggu surat arahan pertukaran ciktie. Kalau ikutkan memang ciktie dah dapat surat tukar cuma ciktie masih lagi menunggu satu lagi surat arahan pertukaran. Kawan ciktiie kat kolumpo dah dapat dah surat tu cuma salinan tuk ciktie belum sampai lagi kat sini. Ikutkan ianya berkuatkuasa 29 Jun 2015 lagi. So, tak apa la janji pasni ciktie tak ada lagi nak pening-pening dah fikir pasal ni. Just go on je gan kerja harian je.




My Ping in TotalPing.com