Lagi 2 minggu

Februari 22, 2015 5 Comments
Lagi 2 minggu
Lagi 2 minggu bulan ni kan berakhir. Lagi 2 minggu juga cik tie kat sini. Pasni cik tie dah tak perlu lagi berulang alik mai kolumpo dah. Yea yeaaaa tapi dalam suka-suka ni terdetik juga rasa sedih nak tinggalkan kolumpo ni. nak tinggalkan HQ.. nak tinggalkan kawan-kawan.. nak kena tinggalkan semua kenangan kat sini. Susah perit kat sini bersama-sama housemate..officemate yang telah banyak membantu. Masa susah mahupun senang. Thanks for everything.
Macam tak percaya pula bila diingatkan balik. Time excited gile nak posting hari tu tak dapat tapi sekarang time tak cukup tangan nak pulun hehe. Alhamdulillah, syukur.. Tapi risau juga hati kecil cik tie ni, cam tak cukup masa je 2 minggu ni. Penganti  cik tie pun dah ada. So, harapnya tak jadi hal sangat la, insyaAllah. Cuma penganti ex-boss cik tie je yang belum masuk lagi. Siapalah agaknya pegawai yang bernasib baik mengisi kekosongan tu, ya?? Tak sabar sebenarnya cik tie nak jumpa dia tapi dah namanya bukan rezeki cik tie nak jumpa dia dulu kan..kan *-*

So, kepada penganti cik tie, selamat datang ke CP. Kerja elok2 tau dan jangan terlebih main. Kautlah kepercayaan orang sebanyak yang boleh tapi jangan sesekali hancurkan ia.. sebabnya bukan semua orang mampu memberi peluang ke-2 untuk kita.

Pulangnya Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat (TGNA)

Februari 15, 2015 1 Comment
Pulangnya Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat (TGNA)
Takziah buat keluarga allahyarham Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat dan seluruh warga kelantan atas kepulangan allahyarham pada  malam kemarin- 12 Februari 2015 (9.45malam) bersamaan malam Jumaat, penghulu segala malam.



Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah pusara ayahandanya di perkuburan Pulau Melaka. Tah naper sebak sangat rasa. Rasa cam kehilangan sangat-sangat. Sebak dan sayu sangat bila membaca kisah arwah semasa hayatnya. Tambah sebak lagi bila menyaksikan lintas langsung solat jenazah dan pengembumian arwah yang dibawa khas dari Tanah Perkuburan Pulau Melaka yang dihadiri oleh ribuan orang dari seluruh pelusuk negeri. Begitu ramai yang ingin mengiringi arwah untuk kali terakhir.


Dulu, masa adik cik tie belajar di Darul Anuar. pernah sekali cik tie pergi sini. Tapi tak sempatlah jumpa arwah. Rumah arwah sama je cam rumah kampung yang lain. dekat2 tu juga ada masjid.. Tu je yang cik tie ingat. Walaupun cik tie tak pernah jumpa arwah tapi keperibadian dan kesederhanaan orangnya betul1 mengagumkan cik tie. Siapa duga itulah mantan Menteri Besar Kelantan. Sempoi je orangnya..

 Awan mendung turut mengiringi arwah.
Semoga arwah tenang disana. 
aamiin 

Dapat surat Pertukaran

Februari 10, 2015 1 Comment
Dapat surat Pertukaran
Alhamdulillah, syukur…akhirnya penantian cik tie sampai ke penghujung juga. Nak jadikan cerita, pagi rabu hari lepas kena panggil mengadap big boss 1 cawangan ni. Awal pagi lagi staf dia coll bagitau boss dia nak jumpa. Kalau ikutkan hari jumaat tu sebelum cuti wesak  lagi nak jumpa. Ralat betul la diriku ni jadinya !! Yalah tetiba big boss dia nak jumpa. Ingatkan ada masalah bawah program yang ciktie jaga. 
Rupanya nak dapat surat arahan pertukaran balik kampung *-* 

Alhamdulillah.. tapi sedih juga bila diingatkan balik. Lagikan tempat jatuh dikenang ..inikan pula tempat bergelak ketawa. Mesti ciktie rindu habis la gan semua kat sini nak-nak warga CP ni. sedih la pula.
Tengahari tu juga, warga CP dapat orang baru *-*

Hari Wilayah di kampung

Februari 03, 2015 2 Comments
Hari Wilayah di kampung
Selamat malam semua..
seronoknya cik tie rasa dapat balik kampung camni. 
Dapat berkumpul gan adik gan mak..gan sepupu gan bapa saudara. Alhamdulillah, walaupun penat kena bersih dan kemas rumah belum settle lagi tapi ianya iaya cukup bermakna.

 4 hari balik kampung. Sabtu - Ahad memang dah cuti..hari ni cuti gantian. esok pula cuti Thaipusam.. Apa tunggu lagi kan hehe cabut la. Tapi cik tie memang tak puas hati la ada member cik tie tu dapat ambil cuti 3minggu terus. Naik kolumpo balik pas Tahun Baru Cina. Bestnya kannn

sampai pagi sabtu dan insyaAllah esok sehari lagi kat sini sebelum bertolak naik ke Kuala Lumpur tunaikan kewajipan sebagai pekerja.. malasnya cik tie rasa nak naik KL. Kan best kalau dapat kerja kat sini je tapi tak merasa la cik tie balik kampung cam sekarang ni, kan?? hmm..ada baiknya juga jadi perantau ni. yang pasti kepulangan kita tu tetap dinanti. betul tak??

Esok dah last kat sini. Tahun baru cina insyaAllah cik tie balik lagi. 
Nanti kita jumpa lagi.



My Ping in TotalPing.com