Majlis Berbuka Puasa Peringkat Bahagian

Ogos 24, 2014 3 Comments
Majlis Berbuka Puasa Peringkat Bahagian
Ni bulan puasa lepas punya cerita, buka puasa kat office bersama kawan-kawan pejabat sebelum kena deman denggi. Tak sempat nak snap gambar makanan. Dah lapar sangat..ini je dapat.  Lepas solat magrib terus ke dewan Seroja untuk makan. Sebelum tu dah berbuka dulu dengan sebiji buah kurma dan segelas air kosong. bubur lambuk terpaksa tolak tepi...dah memang tak makan time berbuka camni. Sebenarnya dah ambil siap-siap air teh susu gan air apa tah. warna merah tapi masam-masam manis rasanya.


Terkilan juga tak dapat nak solat terawih sama. Peneman nak balik awal huhuhu nak buat camner lagi ikut je la. Balik tu terus cover solat terawih, 8 rakaat. Ok, sebenarnya yang datang pun tak la ramai sangat. Office ni, yang tak datang 2orang je pegawai. yang lain ada anak kecil tak boleh tinggal kot tah la pandai-pandai je buat andaian sendiri huhu..

ctnoraishah

Layan jelah.. tapi comel betul anak-anak officemate ni. pandai bergaya lak tu

ctnoraisah

ctnoraishah

Apa agaknya dipandang budak Irfan Dan Zarif ni

Selfie Alia dan Mimie






  

Malaysia Berkabung

Ogos 22, 2014 Add Comment
Malaysia Berkabung

Takziah kepada semua keluarga penumpang dan juga anak kapal #MH17
semoga tabah dan cekal menghadapi semua ini.

 Dan bagi menyambut kepulangan jenazah mangsa-mangsa tragedi #MH17,
negara telah mengisytiharkan hari ini - 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Malaysia.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.
aamiin..






9 Awesome Blogs of the Month

Ogos 21, 2014 1 Comment
9 Awesome Blogs of the Month
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/9-awesome-blogs-of-month.html
Klik banner untuk join

Segmen ini akan berlangsung selama 9 hari 
bermula 20/08/2014 (Rabu) sehingga 28/08/2014 (Khamis) jam 12.00 malam.

9 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 29/08/2014
 
 

Exam untuk lulus atau lulus untuk exam

Ogos 21, 2014 Add Comment
Exam untuk lulus atau lulus untuk exam
Minggu depan dah exam.. cepatnya masa berlalu, tak bersedia lagi rasanya nak jawab exam. tapi samada bersedia ataupun tidak, nak tak nak terpaksa hadapi juga. Hmmm.. mood nak stdy pun tak juga datang. Camner niii..

Kalau dah ambil test, sah-sah nak lulus. 
tapi ada ke sesape ambil test sesaje je.....................

#majlissambutanrayaperingkatbahagiandahselesai
#jawatantukangcebukkuahpundahtamat
#lepasnitunggugiliranrayakatcppula



Wordless : Follower's

Ogos 20, 2014 1 Comment
Wordless : Follower's

Baru sempat nak update blog. Memula teng's uols sudi jadi follower's my blog ni.
Memula create blog ni hanya sekadar nak suka-suka je tapi
lama-lama cam habit pula. Semua nak kongsi hehe tapi no.. no.. no.. bukan semua boleh kongsi. 
Mesti ada sedikit untuk empunya diri simpan sendiri.
 
Teng's juga untuk uols yang sudi singgah kat sini..




Aku dan Denggi

Ogos 14, 2014 2 Comments
Aku dan Denggi
Alhamdulillah, minggu ni mula masuk office balik. lebih kurang 2 minggu kat kampung..rehatkan diri selepas seminggu lebih tak sihat kat sana. Tak sangka langsung ingatkan deman biasa tetapi rupanya deman denggi. Semuanya tak tau bermula dari mana..selepas sehari join majlis berbuka, anjuran Bahagian. Next time certa pasal ni.. Esok tu terasa penat sangat..ingatkan disebabkan terminum air teh sejuk malam tu. Lusa tu tak kerja - hujung minggu. Seharian asyik tidur je. Bersahur, berbuka hanya dengan air kosong je. Tak ada selera langsung nak makan atau nak minum. Bau makanan saje pun dah nak muntah. Kalau makan atau minum mesti muntah balik huhu penatnya badan. Lesu betul rasanya. Sakit kepala tak tau nak bagitau camner, cam nak pecah rasa gan badan terasa panas bagai. Malam-malam tak dapat nak lelap, miang amat rasanya.

ctnoraishah

Memula check kat Klinik Khairat dekat blok bawah kawasan rumah je, deman katanya. Pas makan ubat diorang bagi tak juga kebah-kebah. Sebelum tu dah makan 3/4 biji uphamol 650 dah. Kepala still lagi pening. Tak tahan punya pasal pergi check darah kat Klinik Jelatek. Hmm klinik tu tak ada makmal pula, terpaksa bawa sample darah tu ke Klinik Desa Pandan, Ampang. Dalam masa 5 minit dah dapat result. Tengok-tengok huhu cam nak nangis rasa - positif denggi. Dalam berhati-hati terkena juga. Then patah balik ke Klinik Jelatek, jumpa doktor.bacaan platelet 57 huhu.  Plan asal nak balik kampung esok tu (khamis) gan kekawan, tapi terpaksa biarkan dia balik dulu. Kena tahan kat hospital lepas check darah esok tu.. Doktor kat sana minta rujuk pada doktor pakar. Dia risau takut jadi apa-apa sebelum sampai kampung nanti. So, rujuk kat HAT Mizan (hospital tentera) diorang minta masuk wad. Senang nak pantau. memula diorang bagitau sehari 2 kot masuk kat situ, pastu diorang bagitau 3/4 hari pula. Mana tak sedih. Tinggal tak sampai 5 hari je lagi nak raya. Tawakal je la duk sana walaupun jauh my sis datang ajak balik sama. Sape tak sedih tengok orang datang dan pergi meninggalkan kita, kan... 

ctnoraishah

Syukur alhamdulillah, nasib baik 3 hari 2 malam je kat sana. Kalau tak lagi sedih kena beraya kat hospital. Dah la dalam wad sorang-sorang. Terus keluar wad tengahari Sabtu, minta officemate datang ambil. Nasib baik dia non-muslim. Tak join sama cuti raya.. Sebelum tu dah janji gan officemate sorang lagi. Nak tumpang kereta dia balik kampung. Dan nasib baik juga dia balik kampung lambat...kalau tak, nak tak nak terpaksa juga my bro naik KL ambil. Teng's korang semua sebab banyak tolong sepanjang kita kat hospital..dari memula masuk hospital sehinggalah sampai kampung. Hanya Dia sahaja yang mampu membalasnya. Terharu sangat dengan perhatian yang diberikan.

ctnoraishah
 
Sanggup bersusah payah pusing sana-sini nak dapatkan ketam, jus jambu batu lagi bagai. Sanggup drive kereta malam-malam semata-mata nak bawa sup ketam, air rembusan pucuk betik untukku ni. Terpaksa tinggalkan anak kecil kat rumah pula tu. Terharu sangat-sangat !!  

Thank for everything. I love you all ..



  



My Ping in TotalPing.com