Happy Birthday My Sist !!

Julai 23, 2014 3 Comments
Happy Birthday My Sist !!
Happy birthday my sist !!
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, ceria-ceria selalu, diberkati dan 
sentiasa dilindungi oleh-Nya selalu serta semoga cepat-cepat dikurniakan baby yang comel, aamiin.

Hari ini dah bertambah 1 angka lagi  :)..
tak ada apa yang diingini oleh seorang akak akak ke hehe kecuali tuk melihat adik-adiknya bahgia ! 
Senyum gembira tanpa sekumit perasaan sedih apatah lagi terkilan.
Walau apa jua yang berlaku langkah perlu diteruskan. 

ctnoraishah





#PrayForGaza : Doa Qunut Nazilah

Julai 21, 2014 2 Comments
#PrayForGaza : Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah Buat Saudara Kita Di Gaza

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
Di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari 
kejahatan mereka

Ya Allah hancurkanlah kumpulan mereka
ya Allah pecahkanlah pakatan mereka
Ya Allah leburkanlah pendirian mereka
Ya Allah musnahkanlah langkah mereka
Cengkamkanlah anjing-anjing-Mu 
kepada mereka

Ya Allah Yang Maha Pemaksa
Ya Allah Yang Maha Perkasa
Ya Allah Yang bersifat Murka
Ya Allah. Ya Allah, Ya Allah

Wahai Tuhan Yang menurunkan Al-Quran 
Yang menggerakkan awan
Yang Menewaskan Tentera Ahzab
Kalahkanlah mereka, kalahkanlah mereka, kalahkanlah mereka 
dan menangkan ke atas kami

aamiin..


Sampul Duit Raya

Julai 20, 2014 4 Comments
Sampul Duit Raya

Sebenarnya ini cerita dari tahun sebelum ni..
Officemate tetiba buat sampul duit raya a.k.a angpau raya
Tah dari mana die dapat. So, semua officemate pakat tolong apa yang patut. 
Dari mula mengunting, gam dan seterusnya mengagihkannya.
Banyak juga sorang-sorang dapat so, tak perlu lagi buang duit tuk beli sampul duit 

Cara nak buat sampul duit raya :- 

Gunting design sampul duit mengikut acuan yang diberikan
lipat dan gamkan di sebelah bawah dan tepi sampul
Gam jangan sampai terbuka
Keringkan sebelum ia diagihkan




MH17 terhempas

Julai 18, 2014 1 Comment
MH17 terhempas
Salam takziah buat keluarga dan anak kapal MH17 yang terhempas jatuh dikatakan ditembak oleh peluru berpandu milik pejuang pemisah di Ukraine awal pagi tadi. MH17 yang berlepas dari Amsterdam sepatutnya tiba di KLIA jam 6.10pagi.

MH17

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga semua waris mangsa MH17 tabah menghadapi detik dan saat ini. Belum pun terungkai misteri kehilangan pesawat boeing 777 penerbangan MH370. Negara dikejutkan pula dengan detik yang amat menyedihkan. Tak sangka dan tak pernah menyangka sama sekali. Dalam mengejar 10 malam terakhir ramadhan, negara dikejutkan dengan berita sebegini. Tempat lain yang haru biru kenapa kita pula yang terkena. Kenapa Malaysia?? tertanya-tanya kenapa Malaysia?? Astafirullahal-azim..

sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. 
Semoga Dia memberi kekuatan kepada semua waris MH17 dan semoga urusan membawa pulang semua mayat mangsa berjalan lancar dan dipermudahkan. Aaamiiin

 #prayforMH17
#prayforgaza




10 Perkara Diseru Bumi Kepada Manusia Setiap Hari

Julai 18, 2014 1 Comment
10 Perkara Diseru Bumi Kepada Manusia Setiap Hari
10 perkara diseru oleh bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a :-
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
  • Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalam perutku kelak.
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.



Balik Awal Dengan Awal

Julai 17, 2014 1 Comment
Balik Awal Dengan Awal
Tah kenapa tetiba boleh lak taip ayat camni ! Dah tak pasal-pasal boss tanya siapa Awal hikhik tak kan la balik awal dengan Awal Ashaari lak kan. Semangat nak balik awal punya pasal. Dah la tu, dari bulan 5 lagi interframe kat sini. Nasib baik boss tanya kalau tak setahun la ianya kat sini tak tukar-tukar. Pelik lak bunyinya tu..






Pelakon Utama Drama JodhaAkbar

Julai 15, 2014 1 Comment
Pelakon Utama Drama JodhaAkbar
JodhaAkbar

Hero 
  • Rajat Tokas.  
  • 19 Julai 1991 dilahirkan umur (23 tahun)  
  • Munirka, Delhi
  • Warganegara India
  • pekerjaan Pelakon
  • Tahun aktif 2005 sehingga kini  
  • Terkenal dengan watak Akbar di dalam drama JodhaAkbar
  • Belajar di Sekolah Yayasan Harapan Hall, RK Puram, Delhi.
Tokas memulakan kerjayanya dengan menyertai rancangan televisyen Bongo sebagai Ashu. Kemudian beliau memegang watak sebagai Tantya (adik Sai Baba) dalam Sai Baba. Beliau memegang watak Prithviraj Chauhan muda dalam Dharti Ka Veer Yodha Prithviraj Chauhan Star Plus. Dan bermula Jun 2013, beliau telah diberi peluang untuk memegang watak utama sebagai Jalaluddin Muhammad Akbar di dalam Jodha Akbar.

Antara drama yang dibintangi :-

2005-Sai Baba sebagai Tantya
2006-07 Dharti Ka Veer Yodha Prithviraj Chauhan Prithviraj Chauhan 
2008-Dharam Veer sebagai Veer
2010-Keshav Pandit sebagai lebih muda Keshav
2010-11 Tere Liye sebagai Robindo Ganguly
2011-Bandini sebagai Krishna
2012-Takut Fail: Darr Ki Sacchi Tasvirein sebagai Ankus (Episode 26 ke-23 September 2012)
2013-Jodha Akbar sebagai Akbar





Heroin
  • Paridhi Sharma  
  • Born Bagh, Dhar, Selangor  
  • Warganegara India  
  • Pekerjaan Pelakon 
  • umur 27 tahun (lahit tahun1987)  
  • Dilahirkan di sebuah kampung bernama Bagh, Madhya Pradesh
  • Mempunyai ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dari Prestige Institut Pengurusan dan Penyelidikan Indore, dan MBA dari Pune
  • Tahun aktif 2010 sehingga kini  
  • Terkenal dengan watak Jodha dalam JodhaAkbar (siri TV)
  • Berkahwin dengan Tanmai Saksena yang bekerja sebagai pengurus kanan dengan M & M Ltd yang berpangkalan di Mumbai 
Antara drama yang dibintangi :-

Tere Mere Sapne (siri TV) sebagai Meera / Rani
Ruk Jaana Nahin sebagai Mehek 

Jodha Akbar sebagai Jodha


 

Piala Dunia 2014 Milik Jerman !!

Julai 14, 2014 2 Comments
Piala Dunia 2014 Milik Jerman !!
Akhirnya !! Malam tadi Jerman megulangi sejarah merangkul gelaran juara Piala Dunia buat kali keempat ehhh betul ke?? kalau silap tolonglah bagitau yae..kita ni bukannya peminat bola sedunia pun hehe.. selepas menewaskan Argentina 1-0 menerusi gol Mario Gotze pada minit ke-113 di Stadium Maracana.

Tahniah !!

ctnoraishah

#gamesdahhabis
#pasnisunyibalikla
#alasanmengantukmasukofficeapapulayae
#prayforgaza



Rose dan Mawar

Julai 13, 2014 2 Comments
Rose dan Mawar
ctnoraishah
Subhanaallah
Cantiknya ciptaan Dia !
 Mawar dan Rose 
beza kedua-duanya hanya pada nama

Mekarnya ia
memang cantik dipandang

ctnoraishah

ctnoraishah

Suka tengok bunga sebelum ia mekar setaman. 
Cam kelihatan menarik sangat.
cam mengajak-ajak kita untuk sama-sama tersenyum gembira
ctnoraishah

ctnoraishah

ctnoraishah

ctnoraishah

 #dahmasukpuasake16
#selamatberpuasauols
#berbukaganapajak lagi??




Pindaan Jadual Peperiksaan KPSl N27 Tahun 2014

Julai 12, 2014 2 Comments
Pindaan Jadual Peperiksaan KPSl N27 Tahun 2014
Pindaan Jadual Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (PSL N27) Tahun 2014 adalah seperti berikut :-

ctnoraishah
Surat edaran  memaklumkan pindaan jadual Peperiksaan PSL N27 sini

Sumber : JPA

** Maknanya
selepas ini, exam KPSL bukan lagi 3 hari tetapi telah dipendekkan menjadi 2 hari je. Untuk paper II dan paper III dibuat dalam hari yang sama
****



Bantuan Khas Sempena Hari Raya Untuk Kakitangan Awam 2014

Julai 11, 2014 1 Comment
Bantuan Khas Sempena Hari Raya Untuk Kakitangan Awam 2014
Alhamdulillah, syukur. Ada juga rezeki sambut raya nanti hehe puasa pun dah nak masuk hari ke-13. InsyaAllah, esok genap 2 minggu kita berpuasa. 

ctnoraishah
Benda dah betul, nape nak sorok lagi

Rasanya semua dah sedia tau..dah heboh satu malaya orang perkata Pejawat awam dari gred 1 hingga 54 mendapat bantuan khas RM500. Golongan pesara kerajaan juga dapat bantuan khas kewangan tu sebanyak RM250 sebagai persiapan sambutan raya tahun ni. Alhamdulillah, dapatlah beli baju raya nanti. Ingat nak beli kain pasang je tapi sape nak tolong jahit. Akak kat penang pun dah tolak..dah banyak tempahan katanya. Tak apa la..guna je mana yang ada.

Hmmm duit tu pula kan diagih minggu depan ni - 15 Julai 2014 (Selasa)
elok benar la tu..duit pun dah kurang ni
balik kampung laju bebenor la pula duitku jalan
hehe


#PrayForGaza
#Semogamerekasentiasadiberiketabahankekuatan
#SemogamerekasentiasadilindungiNya



Kelebihan Zakat Fitrah

Julai 10, 2014 2 Comments
Kelebihan Zakat Fitrah
Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin".

Hikmah Zakat Fitrah

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud :


"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara (percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat."
 
 

30 Koleksi Lagu Raya Popular Tahun Ini

Julai 09, 2014 4 Comments
30 Koleksi Lagu Raya Popular Tahun Ini
1. Dayangku Intan - Senandung lebaran
2. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
3. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
4. Anuar Zain - Suasana Aidilfitri
5. Hair Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
6. Mamat Exist - Ku Mohon Restu
7. Zamani Slam - Suasana Hari Raya
8. DJ Dave - Menjelang Hari Raya
9. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
10. Al-Mizan - Selamat Berhari Raya
11. Senario - Seminggu Berhari Raya
12. Gembira Di Hari Raya
13. Saloma - Manusia Miskin Kaya
14. Rafeah Buang - Selamat Hari Raya
15. Sudirman - Selamat Hari Raya
16. Jalil Hamid - Al-kisah bulan puasa
17. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
18. Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
19. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
20. Noorkumalasari - Pulang Di hari Raya
21. Zul Handy Black - Cahaya Di hari Raya
22. Aishah - Pulanglah
23. 4U2C - Di Pagi Syawal
24. Nikmat Hari Raya
25. P.Ramlee - Dendang Perantau
26. Mohon Padanya Sujud Padanya
27. Jay-jay - Hari Raya Bahagia
28. Zamani Slam - Takbir memecah hening
29. Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
30. Anuar Zain - Bersabarlah Sayang
31. Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia


Selsema Bertandang lagi

Julai 07, 2014 3 Comments
Selsema Bertandang lagi
Encik Selsema bertandang lagi. Rasanya jarak diantara encik selsema datang sebelum ini dengan sekarang ni cepat sangat. rasa cam baru lagi ia datang bertandang..sekarang datang lagi huhu. Tak best betul masuk office kalau tak sihat camni nak-nak kalau encik selsema yang datang bertandang.

ctnoraishah


Dari pagi dah beberapa bersin..habis satu workstation ni dikerjakan. Lap terus guna Dellto - antiseptic. Dengan cuaca yang tak menentu camni..berjerebu lak. Mana tak alahnya..terus je encik selsema bertandang. Nasib baik encik batuk tak bertandang sama. Asyik sok sek..sok sek je huhu

Sebenarnya dari petang semalam lagi, dah mula rasa cam tak sedap badan. Ambil 2 biji uphamol dan sebalang air kosong pun still tak ok juga. nampak gaya balik jak lagi tepaksa la kemas balik bilik beradu tu. Biar peredaraan udara lebih nyaman. Harap-harap ok la..esok kena attend meting kat JPA huhu. Ada sesape nak tolong tak?? Plezzz..

Cian my boss kalau tetiba ambil cuti sakit esok huhu




Takziah Datuk Sharifah Aini & Anak Linda Rafar Meninggal Dunia

Julai 05, 2014 2 Comments
Takziah Datuk Sharifah Aini & Anak Linda Rafar Meninggal Dunia
Takziah kepada Linda Rafar diatas pemergian anak tersayang petang tadi. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Rezaimen Keiflin (12tahun) anak ke-2 hasil perkahwinan pertamanya bersama Keifli Othman meninggal dunia petang tadi setelah bertarung dengan penyakit kanser sejak awal tahun ini. Berita sedih ini telah dikongsi oleh Linda sendiri melalui akaun instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Takziah juga kepada keluarga biduanita negara, Datuk Sharifah Aini terutamanya Aliff Omar diatas pemergian ibu tersayang pagi tadi. Menurut sumber, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan paru-paru yang dialaminya. 

Semoga roh kedua-duanya dicucuhi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.


Nilai Zakat Fitrah 2014

Julai 04, 2014 1 Comment
Nilai Zakat Fitrah 2014

Kalau ikutkan kadar zakat fitrah Negeri Kelantan dan WP Kuala Lumpur masih lagi sama cam tahun lepas juga-RM7.00. Kalau ikutkan Negeri Kedah juga masih sama lagi, mengekalkan nilai kadar tersebut. Hmmmm..rasanya tak banyak yang berubah kot.

Kalau tahun lepas dah tunaikan dekat tempat kelahiran. Teringin juga nak keluarkan di sini. Dengar kata kalau kita keluarkan dari mana kita perolehi sumber rezeki..itu lebih afdal. Betul ke?? Entah la..mana-mana tak kisah janji dapat keluarkan zakat fitrah. Jangan tunggu lama-lama..nanti kan lupa nak keluarkan pula.



Segmen : Cik Akak Mencari Bloglist Julai 2014

Julai 04, 2014 4 Comments
Segmen : Cik Akak Mencari Bloglist Julai 2014
Selamat tengahari semua :)
Selamat hari jumaat..Selamat menunaikan solat jumaat buat kaum adam dan juga selamat berpuasa..

ctnoraishah
suka hijau :)

Cam biasa, hari jumaat masa rehatnya panjang berbanding hari-hari lain. Sebelum online facebook, join segmen Cik Akak dulu. Syaratnya simple sangat hehe tu boleh join sebelum on facebook hikhihk.. nak join jangan lupa klik banner, okas


Penampilan Terbaru Neelofa

Julai 03, 2014 1 Comment
Penampilan Terbaru Neelofa
Peewitttt..
Cantiknya ko Jeemah !! dulu ko dah cantik tapi sekarang ko lagi cantik 

ctnoraishah

Alhamdulillah, syukur..
Seorang lagi artis mengikut jejak langkah Fafa a.k.a Farah Fauzana memakai hijab. Pelakon dan pengacara MeleTOP yang bergandingan bersama Nabil telah mula berhijab sejak awal Ramadhan lalu.

ctnoraishah

Orangnya dah cantik pakai apa pun cantik tapi kalau bertudung lagilah cantik. Lebih manis dipandang mata.. Nampak lebih sopan. Semoga Neelofa, 25 tahun akan terus berhijab dan sentiasa istiqamah. InsyaAllah, 
aamiin

Sama-samalah kita doakan sesuatu yang baik sesama kita :)





Salam Ramadhan

Julai 02, 2014 3 Comments
Salam Ramadhan
Selamat Berpuasa.. selamat berbuka.. selamat berterawih.. selamat bersahur .. dan segala macam selamat lagi la ea. Hari ini dah masuk hari ke-4 umat Islam terutamanya kat bumi Malaysia menunaikan rukun ibadat yang ke-3 dalam islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dengan bulan penuh barokah ini. Bulan yang menjanjikan seribu bulan ini. Dan semoga kita semua dapat menggunakan peluang yang terhidang ini sebaik mungkin mengerjakan amal ibadat kepada-Nya. InsyaAllah semoga Dia menerima akan segala amal ibadat yang kita kerjakan ini.

Penjawat Awam Meninggal Di Bazar Ramadhan Putrajaya

Semalam dikejutkan dengan, pemergian seorang penjawat awam dari Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar di bazar ramadhan Putrajaya. Dengar kata arwah memanjat cerun untuk pergi ke Bazar Ramadhan di Presint 3. Walau bagaimanapun, arwah dipercayai terjatuh ketika melangkah untuk cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter. Takziah kepada keluarga arwah dan juga sahabat arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan dari-Nya. Siapa sangka, seusia 34 tahun arwah telah dijemput pulang oleh penciptanya. Usah disangka muda ataupun berusianya kita itu merupakan tiket untuk kita terus leka dari terus mengingati DIA. 

Ehhh panjang lebar la pula intronya hehe.. oklah, stop sampai sini dulu la.. 
selamat beristirehat semua.










My Ping in TotalPing.com