10 Perkara Diseru Bumi Kepada Manusia Setiap Hari

Julai 18, 2014
10 perkara diseru oleh bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a :-
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
  • Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalam perutku kelak.
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.



Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. perkongsian yang so deep deep ni kak.. ^__^ peringatan untuk diri dan semua

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com