Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah
Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan
berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan
sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500.
Kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500.
- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.
NOTA
- Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
- Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain.
- Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.
Cara Memohon PR1MA
Aktifkan
Buka akaun di sini dan aktifkan akaun anda melalui e-mel.
- Isi borang Buka Akaun
- Aktifkan akaun dalam masa 14 hari dengan mengklik pautan dalam e-mel yang dihantar oleh PR1MA
- Cipta kata laluan baru untuk akaun anda
- Akaun PR1MA anda telah dibuka! Anda mestilah terus ke proses pendaftaran
Daftar
Hantar semua dokumen
yang diperlukan secara online untuk melengkapkan proses
permohonan anda.
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
- Isi borang, pilih lokasi dan lampirkan semua dokumen yang diperlukan
- Terima 12-digit nombor rujukan PR1MA anda (P1212-0000125) dan guna nombor ini sebagai rujukan
- Anda akan dimaklumkan mengenai lokasi pilihan yang bakal dilancarkan melalui e-mel dan SMS
Mohon
Sebaik sahaja pembangunan PR1MA di lokasi pilihan anda
dilancarkan, anda MESTI mengikut langkah-langkah berikut untuk melayakkan diri
bagi cabutan undi:
- Log masuk ke www.pr1ma.my menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
- Kemas kini maklumat peribadi (jika ada) untuk memohon cabutan undi
- Pilih dan mohon kediaman pilihan melalui senarai yang disediakan
Info PR1MA yang perlu anda ketahui !
PR1MA tidak
mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen
atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau
menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.
Dokumen-dokumen
yang diperlukan untuk permohonan PR1MA:-
- Salinan kad pengenalan (IC)
- Slip gaji atau penyata bank terkini
Layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php
untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman
PR1MA.
Saiz-saiz
kediaman PR1MA secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps
hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps dan
berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
Sebarang
pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat
Panggilan 03-7962 4374
Isnin hingga
Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)
atau Sabtu
(9:00 pagi – 1:00 petang)
E-mel:
info@pr1ma.my
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.