Welcome back !!

Mac 31, 2014 1 Comment
Welcome back !!
Welcome back !!

Seminggu kat kampung dan hari ni, memulakan kembali rutin-rutin harian. Tiba Stesen Bas Putra pagi tadi dah agak lambat..masuk kerja memang dah terang-terang lambat. Pagi tadi tah camner, bas shamisha tu berhenti kat luar, tak masuk stesen bas. terkial-kial cari jalan keluar dari sana gan barang banyak giler tu.

Tah camner, antibodi ni tak kuat lak. Boleh lak deman time-time kenduri-kendara tu. Sekarang ni pun, masih tak kebas-kebas nak-nak batuk ni. Banyak minum air kosong pun masih tak mau jalan. Penangan cuaca kat kampung ushhhh panas walaupun anginnya cukup nyaman ! terbaiklah orang Kelantan. Sihat-sihat belaka tuuu..

Stop sampai sini dulu.. sempat nanti boleh share apa dah jadi seminggu kat kampung. Sekarang nak  tengok-tengok apa lagi tugasan nak kena siapkan :)


#PrayforMH730
masih lagi berharap pesawat MH370 dapat ditemui
penumpang dan anak kapalnya
masih selamat

Wordless 21 : Busy Body

Mac 22, 2014 1 Comment
Wordless 21 : Busy Body

Sedar tak...
Kekadang terlalu nak tau sesuatu
tak sedar yang diri ini menjadi seorang yang menyibuk hal orang lain
ada juga sampai tersasur meluahkan isi hati dan 
yang pedih dan perit
ianya menguris perasaan orang tanpa sedar :<
**PrayforMH370**



Wedding for Nana, Pink and Lina

Mac 21, 2014 5 Comments
Wedding for Nana, Pink and Lina
Alhamdulillah, bertemu lagi Jumaat minggu ke-3 bulan Mac 2014.
Dan hari ini adalah hari terakhir kerja tuk minggu ini sebelum bercuti seminggu kat kampung. 
InsyaAllah hari terakhir bulan ini, akan kembali bekerja cam biasa.

Cuti sekolah akan bermula esok hari sehinggalah hari Ahad, 30 hb ni (ulang tahun my sister). 
Cam biasa time-time cuti persekolahan ni memang banyak betul undangan kenduri kendara. Termasuklah undangan dari my cousin dan my sister (bongsu perempuan). Alhamdulillah, sekali serentak kenduri dari hari Sabtu 22 Mac hingga 25 Mac. Mengikut perancangan semua majlis bertandang ke rumah pihak lelaki diadakan selepas tarikh itu just tarikh berasaingan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Ehhh lupa pula, sebenarnya my cousin yang kat depan rumah tu (kat kampung sana) dah selamat berkahwin Jumaat lepas. Sabtu, 22 Mac iaitu esok sebenarnya majlis bertandang di rumah pihak perempuan je tak silap. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Dengar kata warna tema majlis diorang ni, pupple-kunig ! Wahhh mesti cantik ni nak-nak pengantin perempuan tu berkulit putih. Ohh ok..tak sabar tunggu majlis itu berlangsung tapi tah kan sempat tah kan tidak ingat nak balik gan officemate tapi kalau tak dapat kena keluar cari tiket juga la tengahari ni hmmm

My sister pula memilih tema pink-biru. Warna pink itu memang dah sebati dengannya ni. Mana-mana nak pink. pink pula nak comel..nak yang pinky..nak yang manis..tak main yang kusam tau hihi. Majlis ini dibuat untuk keluarga dan sahabat handai. Isnin-24 Mac 2014.

Just, my cousin kat Ketereh je yang belum diketahui warna temanya. Tapi dengar kata ianya dibuat besar-besaran. Mungkin juga, sebabnya dia yang pertama dan anak perempuan sulung mak saudara kat sana :) 
Selasa - 25 Mac 2014

Apapun, I'm happy for uols !!
selamat pengantin baru; dan 
semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat.
aamin
 

 ** #prayMH370**
** tak sabar nak balik kampung**
*semua dah berkumpul di kampung but me .. sabar-sabar**



Kari Ayam Terbaik

Mac 19, 2014 4 Comments
Kari Ayam Terbaik
Wah secukup rasa...
cukup masam..
cukup garam..cukup pedas...cukup pekat
pendek kata ianya cukup sempurna
inilah penangan kari ayamku

Menunya simple je..
dari dulu sampai sekarang memang suka sangat makan kari
tak kisah lah kari apa
roti jala cicah kari, kari daging, 
maggi kari pun layan juga tapi yang paling best adalah kari ayam
nak-nak ada kentang lak tu
nyum..nyum..
boleh sampai menjilat jari lololo


Caranya pun tak susah sangat. Cam orang lain punya juga
yang penting bagiku, janji cukup bahan-bahannya pastu masak lah hik..hik..
Biasanya masak pun sikit je.
cukup-cukup untuk isi perut kecilku ni.
Kalau masak lebih jenuh lak nak makan..

dari dalam periuk

Bahan wajib ada tuk kariku :-

Ayam bahan utama
Bawang merah dan putih
Halia sikit semua masakan mesti nak masuk
Bunga lawang, Kulit kayu manis dan buah pelaga
minyak untuk menumis
lada mesin atau apa-apa lada yang dikisar
serbuk kari
santan 
air sedikit
asam
garam

Caranya pula :-

  • Tumis bawang dan halia sehingga garing, masukkan bunga lawang, kulit kayu dan buah pelaga
  • masukkan lada mesin pastikan lada itu masak sepenuhnya
  • masukkan serbuk kari dan kacau
  • masukkan santan, air dan ayam
  • tunggu sehingga mendidih
  • masukkan asam, garam dan perasa secukupnya
 
 
 


Gilalah – Stacy

Mac 18, 2014 Add Comment
Gilalah – Stacy
Mereka berkata aku tak normal
Otakku tak bisa put something moral
toleransi dan hemah tinggi ku tak mengerti
Hormat menghormati ku besar hati

Aku tak tahu hatiku macam batu
Tapi ku tahu kamu pun begitu
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna
Bila Aku Tiada

Aku Selamba Aku Gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Ku suka berfoya bersama Beyya

Bila ku ketawa dia gembira
Makan aiskrim dan makan jelly oh favourite kami
Hidup bahagia selalu mengada
Aku tak tahu hatiku macam batu

Tapi ku tahu kamu suka aku
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna
Bila Aku Tiada

Aku Selamba Aku Gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Ketawa bersama Menari bersama
Aku dan kamu bersatu bersama

Cuba kau mengerti dan jangan sesali
Aku memang pilihan yang terbaik

** best juga lagu ni**
aku selamba ketawa giler la..la..la.. 

Nasi Goreng Kasih Sayang

Mac 17, 2014 Add Comment
Nasi Goreng Kasih Sayang

Penangan tiada kedai makan kat area rumah semalam. Inilah hasilnya !!
Nasi lemak makcik gerai bawah pun dah habis. Pekena mihun pun tak kenyang tepaksa juga masak.


tumis bawang gan lada kecil pastu masuk udang seterusnya nasi sebelum kacang buncis yang dipotong kecil-kecil. Dan pastikan garam dan perasa secukup rasa, 
sedap juga rasanya.

Menu 
yang cukup
ringkas dan senang 
untuk makan tengahari ",)



Semut

Mac 17, 2014 Add Comment
Semut
Camner nak mula ya?? Hmmmm hari tu, terlelap sekejap atas sejadah gan telekung tak buka lagi apa. Bangun je ingat nak sambung tidur kat atas katil tapi tetiba mata ni tak nak lelap lak. terkebil-kebil mata memandang kipas berpusing. Tah camner masa nak turun dari katil tu...

Picture by encik google !!

Banyak betul semut hitam kat lantai. sekali tengok cam dari pintu beranda menuju ke pintu bilik terfikir gak kenapa tetiba ia datang. Banyak lak tu bukan seekor dua, hujan nak turun ke tapi cuaca hari tu panas betul. Hmmm mungkin juga ia mencari perlindungan dari cuaca panas. Nak kata kita ni makan kat dalam bilik memang tak la. Dalam duk fikir-fikir tu, tengok-tengok dah tak ada. 

Pelik, tercari-cari juga kemana perginya semua semut itu. Tak kan secepat itu ia beredar tapi betul ke secepat itu ia boleh beredar?? Masih lagi tertanya-tanya betul ke pandangan mata ketika itu ...


Papinka - Masih Mencintainya

Mac 12, 2014 3 Comments
Papinka - Masih Mencintainya

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahgia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu

Waktu Solat Sunat Yang Tidak Di Benarkan

Mac 11, 2014 3 Comments
Waktu Solat Sunat Yang Tidak Di Benarkan
Solat sunat/hajat bukan sahaja boleh dilakukan secara berjemaah tetapi juga boleh dilakukan secara persendirian. Ia boleh dilakukan bila-bila masa tetapi bukan semua masa di bolehkan. 

Berikut adalah antara waktu yang dilarang untuk solat :-
  • selepas solat subuh
  • selepas solat asar
  • ketika matahari naik
  • matahari tegak diatas kepala (seketika sebelum zuhur)
  • sebelum matahari terbenam



Hari ke-4, semoga kesemua penumpang dan anak kapal pesawat #MH370 dapat ditemui dengan selamat dan selamat kembali. InsyaAllah..


Status MH370

Mac 10, 2014 2 Comments
Status MH370
Hari ini dah masuk hari ke-3 pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang.
Dari masa ke semasa, terasa cepat betul masa berlalu
pesawat dan penumpang itu pun masih lagi belum dapat dikesan
nak tau sangat apa status terkini mereka semua tu

Sedihnya
risau...bimbang semua ada..
geram pun ada sebenarnya tapi 
yang amat penting
semoga pesawat MH370 yang mereka semua naiki itu
dapat ditemui dalam keadaan selamat
dan mereka semua juga selamat. 
 Semoga kekuatan, ketabahan dan juga kecekalan hati
mengiringi mereka dan juga semua keluarga mereka

 Dan 
semoga misi pencarian kali ini berjalan lancar
dan dipermudahkan oleh-Nya
semuanya kan berakhir dengan baik
InsyaAllah 
Aamin..

Dan, sekejap lagi solat hajat akan diadakan 
selepas solat zohor di Surau Al-Hidayah 
untuk memohon keselamatan semua penumpang dan anak kapal  pesawat MH370. 
Dipermudahkan dan di tunjukkan 
jalannya

walaupun mereka semua itu bukan sesiapa
jauh sekali kaum kerabat
kesedihan mereka tetap dirasai..
 mengundang simpati ramai orang



Wordless 19 : Muhasabah diri...

Mac 10, 2014 Add Comment
Wordless 19 : Muhasabah diri...
Hanya untuk 
muhasabah diri kamu dan diriku..
bukan saje tuk mu tapi untuk ku juga :.


Betul kan??
Dan mungkin ada kebetulkannya jua
agak sukar tuk menemui orang yang sanggup menolong semasa dalam kesusahan !!
mungkin juga ada seorang dua 
yang sanggup tetapi
dalam sepuluh yang dikenali itu
belum tentu ada seorang yang sanggup..

 Hanya kepada-Nya
tempat memohon pertolongan dan meluahkan isi hati






Pengaruh Warna Pada Kesihatan

Mac 09, 2014 3 Comments
Pengaruh Warna Pada Kesihatan
Tahu tak yang sebenarnya warna bukan sehaja cantik di pandang tapi juga boleh merawat kepala sakit, stress, kesukaran tidur dan lain-lain. Tak caya???

cantiknya by encik google

 Ok, andai kata kita sedang stress biasa kat office la. cuba fokus kepada sesuatu yang berwarna biru. Warna biru yang dipandang itu gan sendirinyakita kan rasa lebih tenang dan aman..

Cam comel je kan..by encik google

Merah jambu pula biasanya dikaitkan dengan suasana romantis. bagi sesiapa yang mengalami kesukaran tuk tidur or insomnia. warna ini amat sesuai tuk mewujudkan suasana lebih selesa. Hiasi kamar tidur dengan warna merah jambu. Awww romantis amat.

Antara Merah dengan merah hati..by encik google

Sementara warna merah pula digunakan tuk mengurangkan sakit kepala. Caranya just tekapkan tuala warna merah ke atas mata untuk membantu meningkatkan peredaran darah.



Free Peti Ais !!

Mac 08, 2014 Add Comment
Free Peti Ais !!
Wahh kecil molek ianya.. Comel lak tu. Sukanya !!
Thanks Puan a.k.a Lt Kdr Hazilawati sebab bagi peti ais ni. 
Semoga bertambah rezki yang sediaada ni, 
aamin.. 
 

Thanks Sarjan and Jai juga 
sebab tolong hantar ke rumah minggu lepas. 
Tuk seketika..ianya kan menemaniku kat bilik. 
Samada tuk sementara or selamanya kene tunggu keputusan hujung bulan ini.


Amacam?? 
Walaupun ianya kecil tapi rekaan tetap sama cam yang besar, kan??
Sekarang ni..belum isikan apa-apa lagi kat dalamnya.

Makanan Laut dan Darat

Mac 07, 2014 1 Comment
Makanan Laut dan Darat
Sebenarnya perkara ini dah lama di ketahui. Dah banyak kali baca, dah banyak kali dengar dan kali ni nak share kat sini lak. Maybe ada yang dah tau dan mungkin ada yang belum.


Cam biasa suka sangat makan tomyam. Nak-nak ianya makan kat luar. Sekali makan pesti penuh satu meja hehe.. Sedap sangat tapi kena hati-hati juga sebab takut mudarat pada kesihatan.

Sememangnya makanan laut dan makanan darat tidak bolehdi makan dalam satu pinggan sebabnya menurut kajian para saintis telah mendapati ion positif dari daging ayam (makanan darat) dan ion negatifi dari daging ikan (makanan laut) yang disatukan akan meghasilkan tindakbalas kimia yang mana ia akan merosakkan usus kita.

So, itu  sebabnya kita digalakkan supaya mengasingkan makanan laut dan darat.


Jadual Catuan Bekalan Air Di Lembah Klang 2014

Mac 03, 2014 4 Comments
Jadual Catuan Bekalan Air Di Lembah Klang 2014
TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR
Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.

  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
  • Pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
  • Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan.
  • Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan.
 

Zon 2 (Kuala Lumpur)
  • Taman Sri Sinar
  • Changkat Kiara Bayu
  • Jalan Kent 1 hingga 7
  • Taman Sri Bintang
  • Changkat Kiara Surya
  • Desa Pandan
  • Taman Bkt Sri Bintang
  • Prima Duta
  • Keseluruhan Kawasan Permaisuri
  • Taman Prima Pelangi
  • Menara Duta
  • Taman Shamelin Perkasa
  • Taman SSPK Segambut
  • Duta Ria
  • Taman Bandar Damai Perdana A & B
  • Taman Segambut
  • Kawasan Mount Kiara
  • Taman Seri Bahagia
  • Taman Segambut Permai
  • Arkib Negara
  • Taman Bukit Angsana
  • Taman Segambut Damai
  • Kompleks Kerajaan Jalan Duta
  • Taman Minang
  • Taman Segambut Muda
  • Masjid Wilayah KL
  • Taman Damai Indah
  • Taman Segambut Aman
  • Lembaga peperiksaan
  • Taman Bukit Anggerik 1 & 2
  • Taman Bukit Segambut
  • Ibu Pejabat BPR
  • Taman Desa Baiduri
  • Taman Indah Murni
  • Persiaran Duta
  • Taman Bukit Segar
  • Taman Prima Impian
  • Pusat Perkembangan Kokurikulum
  • Taman Bukit Segar Masera
  • Taman Desa Segambut
  • Stadium Hoki
  • Bandar Baru Segar Utama
  • Kg Segambut Dalam
  • Flat DBKL Dato Keramat
  • Taman Bukit Segar Jaya
  • Kg Segambut Bahagia
  • Jalan Padang Tembak
  • Alam Damai & Taman Len Seng
  • Kg Segambut Tengah
  • Jalan Semarak
  • Bukit Cheras
  • Kg Segambut Gate
  • Jalan Gurney
  • Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta
  • UTM, Jalan Semarak
  • Kesington Park
  • Bangunan FELDA



Jerebu lagi

Mac 03, 2014 2 Comments
Jerebu lagi
Astafirullah al-azim...tebalnya jerebu kat luar ni..
nak tengok jalan pun tak berapa nampak !! 
 
cuaca tengahari tadi
Sebelum ini jerebu juga tapi tak adalah seteruk hari ini walaupun 
cuaca memang tak boleh dipertikaikan kerna ianya memang panas..
Memandang je ke luar...mata ni cam nak pejam rapat-rapat.
tak sanggup nak tahan mata tuk terus memandang..

Dan rasanya ini bukan satu dua negeri je jerebu menguasai ruang udara...rata-rata semua tempat telah dikuasai jerebu. Berpinar sekejap melihatnya .
Dengar kata cuaca panas yang menyumbang keadaan ni dijangka berlarutan 
sehingga hujung bulan ni or awal bulan depan. Lamanya..

Keadaan di salah satu kawasan di Shah Alam

time-time camnilah, air amat-amatlah diperlukan
nak-nak air hujan tu...nak sangat ianya membasahi bumi yang sedang kering kontang ini walaupun
 banjir bakal berlaku.
kolumpur gan banjir memang dah serasi sebenarnya
kalau dah hujan...kolumpur memang kena jaga-jaga

hmm kita pun perlukan air juga sebenarnya bukan hanya bumi..
kalau ikutkan, kita semua leh mati tanpa air..tanpa air macam-macam penyakit timbul
cam sekarang, nyamuk membiak gan cepat sangat. bagi ubat makin menjadi-jadi lak diorang semua tu hihih

esok
dah mula catuan air di kawasan ni. hari tu ingatkan tak terlibat tapi
apa boleh buat. catuan pun catuan lah
sib baik 2 hari je..kalau di buatnya seminggu
memang haru !!
nak ambil tiket balik kampung je 
paling tak perigi..telaga ada 
tapi airnya ??

Apapun, kena pastikan juga bekalan air tuk di minum mencukupi !!
 

 
My Ping in TotalPing.com